Ibu berpantang, Kesihatan rambut

Rambut Gugur Selepas Bersalin Apakah Ini Pertanda Bahaya?

Rambut gugur dimana-mana, pegang kepala dah terasa rambut gugur. Takut botak, takut tak cantik dan penampilan jadi hodoh kalau rambut sedikit. Macam-macam lagi kerisauan ibu bersalin yang alami masalah rambut gugur ini. Situasi rambut gugur berterusan sudah tentu membuat ibu menjadi semakin panik dan risau akan kehilangan rambutnya dan menjadi botak sehingga akan kehilangan kepercayaan diri.

Rambut gugur selepas bersalin

Gugurnya rambut selepas melahirkan ini sebenarnya adalah perkara normal dan tidak membahayakan. Situasi ini akan berlaku dalam beberapa bulan awal selepas melahirkan. Namun anda jangan risau kerana situasi ini perlahan akan kembali normal seperti biasa. Dan rambut akan tumbuh normal kembali.

Rambut gugur perkara normal bagi ibu lepas bersalin

Keguguran rambut ini terjadi setiap hari dan ianya adalah normal bagi pertumbuhan rambut normal. Hanya pada ibu hamil, pertumbuhan rambut tidak seperti biasanya. Kerana kadar hormon estrogen didalam tubuh badan mengalami kenaikan sehingga memperpanjang fasa hidup rambut. Dan kesannya pada ibu hamil rambut akan terasa lebih tebal dan lebih sedikit yang gugur.

ibu mengandung harus makan makanan seimbang dan bernutrisi

Sedangkan selepas melahirkan, produksi estrogen kembali ke tingkat normal dan juga peredaran tumbuh rambut akan kembali pada tahap normalnya. Oleh sebab inilah mengapa rambut ibu selepas bersalin akan alami siklus rambut gugur lebih banyak. Selalunya keadaan ini akan berlangsung selama beberapa bulan awal melahirkan. Ada juga sebilangan ibu bersalin alami masalah ini sehingga setahun lamanya.

Jadi keguguran rambut selepas melahirkan ini berkait rapat dengan kadar hormon didalam tubuh badan. Jadi jangan cepat melatah yang anda alami kekurangan zat atau vitamin sehingga alami masalah keguguran rambut selepas melahirkan.

Anda boleh lakukan pelbagai rawatan mahupun tindakan untuk atasi masalah keguguran rambut selepas melahirkan, diantaranya iaitu

  • Kurangi bebanan rambut. Usahakan untuk tidak memberi tekanan pada rambut seperti mengikat, mengepang mahupun mengikat rambut dalam keadaan basah. Kurangi menggunakan alat pengering rambut dan juga pelurus rambut.
  • Gunakan shampoo dan pelembut rambut yang bersesuaian dan tiada bahan kimia. Dengan menggunakan shampoo dan pelembut rambut yang sesuai akan membantu rambut lebih lembut, ringan dan mudah di urus.
  • Mengambil makanan sihat dan berzat. Untuk membantu pertumbuhan rambut kembali sihat dan tumbuh dengan baik, anda diharuskan untuk mengamalkan makanan sihat lagi berzat yang mengandungi vitamin, protein, buah-buahan serta sayuran yang berserat. Seperti mengambil vitamin D, vitamin C, zat besi, magnesium dan juga Omega 3 yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut sihat.
  • Mengambil vitamin semasa mengandung dan berpantang. Untuk melengkapkan nutrisi harian anda. Ianya penting agar kesihatan ibu dan bayi yang dikandung ada dalam keadaan yang baik dan cukup nutrisinya. Apalagi selepas melahirkan anda akan berhadapan dengan situasi rambut gugur dan juga menyusukan bayi yang perlukan nutrisi yang baik dan cukup.

Apabila semua langkah pencegahan dan rawatan sudah anda lakukan tetapi hasilnya tidak jua memuaskan, disarankan untuk anda berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan selanjutnya dengan lebih terperinci.

saksikan Video berikut ini

Bagi anda yang kebetulan tidak tahu dimana nak mendapatkan set vitamin ibu mengandung dan berpantang, anda boleh hubungi Kaknil disini untuk dapatkannya. Anda boleh terus menghubungi kaknil di nombor talian yang tertera dibawah ini.

Kaknil/ Firdaus

+60176281787

Anda boleh juga boleh buat belian terus disini secara online.

>>>Klik Disini Saya Nak Beli Set Mengandung DISINI<<<

>>>Klik Disini Saya Nak Beli Set Berpantang DISINI<<<

Untuk anda yang nak pengkhidmatan Cash On Delivery (COD) disekitar area Batangkali, Ulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, dan Genting HIghland, boleh terus menghubungi talian yang tertera dan in sha Allah kami akan membantu anda untuk menghantarkan Set Vitamin Ibu Mengandung dan Berpantang terus ke depan pintu rumah anda. Sangat menjimatkan masa dan juga tenaga anda.

Anda inginkan pendapatan Sampingan? tiada modal besar? nak Dapatkan side income setiap bulan daripada rumah? Jom join kami disini. Klik Disini untuk dapatkan Join Side Income Anda.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam