Umum

Apa Yang Best Dalam Cerita Shazam???

Semalam tak sengaja terbeli tiket wayang dan ternyata pilihan anak kaknil tak meleset. Selain cerita yang menarik, banyak pengajaran yang boleh kita dapati daripada olahan cerita Shazam yang baru-baru ini ditayangkan di beberapa panggung wayang.

Shazam

Mulanya kaknil dan keluarga nak nikmati cerita viral Upin dan Ipin Kering Siamang Tunggal tu, tapi kerana terlalu ramai dan begitu hebatnya sambutan, kami tak dapat tiket dan terpaksa beli tiket untuk cerita yang lain. Entah mengapa anak kaknil kata apa salahnya kalau kita ganti tengok cerita Shazam pulak, dengan tak pikir panjang kami pun beli tiket Shazam.

Awalnya mulanya tak begitu tertarik dengan cerita ini kerana tak begitu tahu dan tak pernah pun tengok trailernya pun. Tapi anak kaknil yang sulung dah tengok trailer cerita Shazam ini. Dan menurut Rania, cerita ini patut tonton. Jadi kami pun bersedia untuk tengok sama-sama.

aksi Shazam

Pada permulaan cerita macam plot cerita kembali ke masa silam dan akhirnya perlahan pun kami mengerti alur ceritanya. Cerita Shazam ni berkisah tentang seorang anak bernama Billy Batson yang berumur 14 tahun yang terpisah dari ibunya semasa berumur 3 tahun. Dan sekarang hidup dari satu rumah ke rumah lain dan menjadi anak angkat. Ia selalu lari dari rumah panti asuhan untuk mencari sesuatu yang ia inginkan akan tetapi tidak pernah kesampaian.

Hingga pada akhirnya ia pun di angkat oleh salah satu keluarga. Masa inilah perjalanannya dimulai dengan ditemukannya alamat ibu kandungnya sendiri yang di cari oleh saudara angkatnya melalui internet. Walau pada akhirnya ia harus menerima kenyataan bahawa ibunya tak boleh menerimanya pada masa itu. Dan ia pun kembali kepada keluarga angkatnya dan mencuba menerima kenyataan yang ada. Tanpa disedarinya Billy Batson tiba-tiba mendapatkan kekuatan super hebat dan boleh menjadi superhero dewasa yang boleh terbang dan punyai kekuatan istimewa lainnya.

Billy bersama saudara angkatnya

Tinggal dirumah mak ayah angkat dan ada 5 saudara angkat yang sama-sama merupakan anak angkat. Dalam kisah Shazam, Billy hanya perlu menyebut “Shazam” dan ia akan bertukar menjadi superhero yang hebat. Kekuatan Billy didapati daripada penyihir tua yang bernama Shazam. Seperti kanak-kanak, Shazam pun memiliki perwatakan anak kecil yang suka bermain dan berseronok. Billy mencuba kekuatan apa yang ia boleh dengan berlatih bersama saudara angkatnya.

Daripada pecubaan-percubaan kekuatan yang ada akhirnya Billy pun ditemui oleh penjahat yang inginkan kekuatannya. Banyak babak menegangkan yang amat menarik dalam cerita hingga akhirnya saudara-saudara angkatnya pun menjadi superhero yang bersama-sama Billy menumpaskan penjahat. Yang pastinya cerita ini penuh dengan gelak tawa dan juga aksi-aksi menggelikan yang dilakukan Billy dan saudara-saudara angkatnya. Dalam cerita ini Billy pun memiliki kedua orang tua angkat yang amat menyayangi semua anak-anak angkat mereka termasuk Billy.

Dalam cerita ini banyak pengajaran yang dapat diambil terutama sekali kepada kanak-kanak yang menonton. Kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri dapat digambarkan dalam cerita ini. Cerita yang menarik penuh dengan aksi dan kelucuan. Juga kisah yang menyentuh jiwa.

Anda yang belum saksikan dan tonton cerita ini jangan sampai menyesal. Cepatlah datang ke panggung wayang dan saksikan sendiri kehebatan cerita ini. Bawa keluarga tersayang anda dan rasai bersama kehebatan aksi Shazam.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam