Semua Tentang Shaklee

Jom Tingkatkan Sistem Imun Badan Kita Agar Lebih Sihat

Apakah anda selalu alami masalah kesihatan, bergaul dengan orang-orang yang alami masalah kesihatan atau pun alami keadaan lingkungan yang tak sihat seperti adanya keadaan dengan pencemaran udara yang tak sihat?

pencemaran udara

Tidak boleh dipungkiri kita akan selalu menghadapi masalah kesihatan dengan keadaan persekitaran yang tak sihat. Selalu terdedah dengan asap rokok, polusi udara, asap kendaraan mahupun pencemaran udara lainnya. Sudah tentu hal ini akan membuat kita semakin berisiko dengan tahap kesihatan yang menurun.

Dalam keseharian, kita bergaul dengan rakan yang kurang sihat seperti yang sedang demam, flu mahupun orang yang merokok, maka kita akan terdedah dengan pelbagai jangkitan dan juga virus mahupun bakteria yang bila-bila masa sahaja boleh menjangkiti kita. Apalagi bila sistem imun kita lemah, maka dengan mudah kita akan terjangkiti.

merokok membahayakan diri dan orang lain

Apakah anda sering berjumpa doktor ataupun selalu demam? mungkin sistem imun badan anda terlalu lemah. Oleh itu untuk mengelakkan hal-hal yang tak diingini berlaku, kita harus mempertingkatkan lagi sistem imun badan kita agar terhindar daripada pelbagai jangkitan mahupun penyakit.

Tabiat Harian Yang Harus Di Elakkan Agar Sistem Imun Badan Tak Menurun

  • Mengambil makanan yang berlemak dan Minuman Manis berlebihan. Jangan ambil makanan manis dan berlemak secara berlebihan. Kurangkan minuman manis seperti tea tarik, minuman bergas dan minuman beralkohol. Pengambilan makanan yang manis seperti donut, kek manis dan juga makanan yang tinggi lemak jahat amat berisiko bagi kesihatan anda. Sel kanser amat bergantung dengan sumber gula untuk terus hidup. Jadi elakkan makanan dan minuman manis yang mengandungi gula secara berlebihan.
  • Tidak bersenam. Tidak melakukan aktifiti secara aktif akan berisiko menurunnya sistem imun badan dan juga masalah berat badan berlebihan atau obes. Jadi anda diwajibkan untuk bersenam setiap hari agar dapat mengelakkan daripada berat badan berlebihan dan meningkatkan sistem imun badan.
  • Merokok dan juga terdedah kepada asap rokok. Merokok amatlah merugikan kesihatan, bukan sahaja untuk si perokok malahan bagi mereka yang terdedah pada asap rokok. Malahan perokok pasif akan lebih membahayakan kesihatannya daripada si perokok itu sendiri. Elakkan diri anda daripada asap rokok. Himbau dan nasehati ahli keluarga anda yang merokok agar mereka berhenti merokok kerana merokok amat merugikan kesihatan perokok sendiri dan orang-orang disekitarnya.
  • Kurang tidur. Apabila kita tidak mendapatkan tidur yang tak cukup maka kita akan terdedah dengan masalah kesihatan. Dapatkan tidur yang cukup setiap hari minimal 6 sampai 8 jam sehari. Apabila kita kurang tidur, jumlah sel darah putih akan berkurangan dan akan berisiko kepada menurunnya sistem imun badan kita.
  • Tekanan ataupun Stress. Jangan biarkan diri anda alami tekanan.
  • Penyalahgunaan antibiotik. Biasanya apabila doktor bagi kita antibiotik, kita harus habiskan dos yang diberikan agar tidak ada masalah dikemudian hari. Apabila kita tak ikuti saranan doktor dalam pengambilan antibiotik, mungkin di masa akan datang kita wajib ambik dos yang lebih tinggi ataupun antibiotik yang lebih kuat. Kerana antibiotik tu sudah tak berkesan pada tubuh kita. Antibiotik diambil untuk membunuh bakteria bukan untuk membunuh virus. Jangan salah gunakan pengambilan antibiotik.

Adakah Pertahanan Badan Kita Sihat?

  • Selalu merasa letih
  • Kerap sakit contohnya demam, selsema ataupun batuk
  • Luka yang lambat sembuh dan kering
  • Alahan kepada makanan
  • Alahan kulit dan selalu terkena ruam
  • Masalah tidur, sering terbangun pada waktu malam
  • Selalu alami masalah sembelit, sakit perut ataupun cirit birit.

Apabila anda temui masalah-masalah seperti diatas, kemungkinan besar imun sistem anda lemah. Jadi anda harus kuatkan sistem imun badan agar terhindar daripada pelbagai penyakit dan jangkitan. Ambil langkah-langkah pencegahan awal untuk meningkatkan imuniti badan.

Setiap hari kita terdedah dengan penyebaran kuman. Kita juga boleh menjadi penyebab penyebaran kuman kepada orang lain. Contohnya sahaja dengan pertukaran syiling, wang kertas, telepon bimbit, mesin ATM dan juga tombol pintu yang boleh sangat mudah menjadi media untuk kita menyebarkan kuman kepada orang lain.

Jadi untuk mengelakkan terjadinya penyebaran kuman mahupun mengelak daripada menurunnya sistem imun badan kita untuk mempertahankan sistem imun badan kita. Apa itu sistem imun? sistem imun membantu melindungi kita dari penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit. Sistem imun terdiri daripada organ, sel dan tisu khas yang bekerjasama untuk membinasakan penyerang -penyerang ini.

Oleh sebab itu kita harus pastikan ada penjaga atau pun askar-askar yang baik dalam badan untuk mempertahankan sistem imun badan kita. Salah satunya adalah interferon yang mencukupi dalam tubuh badan kita. Apa itu interferon? interferon ini adalah pengera dalam badan kita. Dengan adanya pengera dalam badan kita, maka askar-askar dalam badan kita akan bergerak untuk membantu kita meningkatkan sistem imun badan kita. Interferon ni sejenis protein yang dihasilkan oleh sistem imun badan secara semulajadi sebagai tindak balas kepada jangkitan, virus, bakteria, parasit dan sel-sel tumor. Interferon tidak memusnahkan sel-sel virus atau kanser secara langsung. Tetapi ia menguatkan tindak balas sistem imun.

Interferon bertindak dengan mengesan bakteria, virus atau benda asing dan akan aktif apabila ada serangan dari penjahat-penjahat ini. Dan apabila dikesan, interferon akan diaktifkan dan askar-askar dibadan kita akan bertindak untuk melawan serta memusnahkan patogen ataupun virus tersebut. Pada masa yang sama ianya kuatkan imun sistem badan kita.

4 nurient yang perlu kita ketahui untuk meningkatkan imun sistem badan, diantaranya iaitu

  • Vitamin C yang menyokong aktiviti normal sel-sel imun.
  • Garlic atau bawang putih yang merupakan antibiotik semulajadi untuk perlindungan semulajadi.
  • Interferon yang bertindak merangsang penghasilan interferon secara semulajadi.
  • Vitamin A yang memberikan perlindungan daripada pertumbuhan sel abnormal.

Vitamin C membantu meningkatkan jumlah askar-askar baik dalam badan kita untuk pertahanan sistem imun badan kita. Garlic mempercepat kelajuan askar-askar baik dalam badan kita untuk bertindak cepat melawan serangan bakteria, virus yang menyerang sistem imun badan kita. Sedangkan interferon sebagai pengera yang bantu untuk menguatkan tindak balas imun. Vitamin A untuk membantu perlindungan anti oksidan dan juga pembaikan. Jika ada askar-askar dalam badan kita tercedera, maka Vitamin A ini akan membantu untuk baik pulih yang lebih cepat.

Untuk membantu kita tingkatkan sistem imun badan kita, ada 4 jenis ini yang boleh kita amalkan setiap hari untuk kuatkan sistem imun badan kita. Diantaranya yang telah kita ketahui. Jangan lupa juga untuk makan seimbang. bersenam dan ambil makanan tambahan seperti vitamin.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam