Peluang Bersama Shaklee

Meriahnya Conference 2019 Yang DiGelar Shaklee kali ini

Tak terasa sudah berakhir Conference Shaklee 2019 yang diadakan semalam. Masih terngiang-ngiang ucapan para speaker yang sangat padu dan memberikan banyak aspirasi kepada kami semua yang hadir didalam dewan. Tak seperti Conference sebelumnya, kali ini ramai yang datang dari seluruh negeri di Malaysia yang mengambil bahagian. Lautan warna mustard memenuhi dewan kali ini. Begitu meriah dan beraura.

Shaklee National Conference 2019

Kami bertolak awal pagi kerana acara akan dimulai pada pukul 11 pagi. Kali ini Shaklee National Conference akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre. Tidak begitu jauh dari tempat kami, hanya dalam 1 jam lebih sahaja. Dan Alhamduliah cuaca pada awal pagi amat cerah. Tiada kesesakan lalu lintas dan perjalanan kami pun berjalan dengan lancar.

RatuG7

Kali ini nampaknya banyak yang berbeza daripada national conference sebelumnya. Ramai wajah-wajah baru yang kelihatan ikut bersama-sama meraikan majelis ini. Tak ketinggalan kaknil dan juga group kaknil yang sentiasa inginkan perubahan dan juga motivasi dari mereka insan-insan hebat. Mereka datang dari latar belakang yang berbeza tapi disatukan oleh Shaklee hingga kami menjadi sebuah keluarga. Jom saksikan Video singkat ini untuk tatapan anda semua. Anda boleh merasakan aura yang hebat dalam setiap penyapaian. Saksikan.

Meriahnya Shaklee National Conference kali ini

Kaknil datang bersama suami dan anak-anak. Untung saja hari ini suami kaknil boleh ambil cuti dan anak-anak pun sudah tentu cukup teruja dengan ikut sama dalam event shaklee kali ini. Bukan apa, kali ini mereka akan menikmati santainya bermain dengan pelbagai aktiviti yang disediakan Shaklee untuk kanak-kanak.

Ada satu ruangan khas untuk kanak-kanak bermain. Ada disediakan screen besar untuk menonton wayang, bouncy castel, popcorn secara percuma dan juga pertandingan mewarna. Sudah tentu ini aktiviti seronok bagi mereka kanak-kanak.

Jadi sesiapa sahaja orang tua yang membawa kanak-kanak tidak akan merasa risau kerana ada tempat yang telah disediakan oleh pihak shaklee untuk mereka agar kanak-kanak tidak merasa bosan.

Kaknil Agen Shaklee Batangkali

Disekitar dewan disediakan aneka booth. Ada booth Vivix, booth ais krim vivix, booth Youth dan juga booth Performanced Drink. Semua yang disediakan pihak shaklee adalah percuma dan anda boleh nikmatinya.

Keadaan didalam dewan sungguh meriah. Apalagi semasa para speaker memberikan sedikit sebanyak pengalaman dan kesan pesan mereka pada semua yang hadir. Aura mereka begitu kuat dan begitu bersemangat sehingga membangkitkan lagi semangat juang hadirin yang ada.

Kaknil dapat berjumpa semua mentor-mentor. Yang selama ini telah memberi tunjuk ajar dan juga ilmu yang banyak kaknil gunakan untuk kemajuan bisnes Shaklee ini. Kesempatan ini juga kaknil pergunakan untuk bertemu bersenda gurau dengan rakan-rakan group dan juga semua anggota Shaklee seluruh Malaysia. Memang terbaik event kali ini.

bersama mentor hebat

Mudah-mudahan kaknil akan terus maju dan dapat gapai impian kaknil selama ini. Doakan kaknil ya sahabat semua agar kaknil dapat raih impian dan matlamat yang kaknil inginkan. Ucapan terima kasih banyak pada suami, anak-anak dan seluruh anggota keluarga yang tak putus-putus menyokong kaknil selama ini. Juga kawan-kawan positif, mentor dan juga anda semua yang ada untuk kaknil terus maju ke hadapan.

Untuk anda semua yang mencari-cari pendapatan sampingan, jangan segan untuk menghubungi kaknil disini. Anda akan dapat sesuatu yang tak anda dapatkan diluar sana. Bisnis yang dapat membawa anda menuju matlamat yang anda inginkan. Jangan segan untuk hubungi kaknil disini sekarang juga. Walaupun amda masih belum tahu macamana cara nak berbisnis akan tetapi kami akan bantu anda dari zero hingga menjadi hero. Hubungi kaknil segera disini.

Kaknil /Firdaus

+60176281787

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam