Semua Tentang Shaklee

Cara Mudah Atasi Semut Masuk Kedalam Telinga

Semut masuk ke dalam telinga, memang nampak mencemaskan. Pasti anda juga gerun bila tiba-tiba semut kedalam telinga anda. Bagaimana tidak gerun, kerana semut yang sekecil itu boleh buat apa sahaja dalam telinga kita.

Teringat kaknil dengan kisah mama yang kebetulan memgalami masalah ini. Semut masuk dalam telinga mama dan bergerak-gerak dengan pantas. Sudah tentu ini menimbulkan ketidaknyamanan dan juga rasa sakit yang amat. Kaknil risau dan takut juga pada masa itu. Melihat mama mengerang kesakitan, kita pun jadi panik dan tak tahu harus berbuat apa untuk menolong. Akhirnya kaknil menghubungi kawan-kawan dan juga diantara mereka adalah seorang doktor dan kaknil banyak bertanyakan soalan kepada beliau dan teman-teman yang lain apa yang harus kaknil lakukan untuk membantu mama terlepas dari cengkaman semut yang masuk ke dalam telinga beliau.

Apabila anda berhadapan dengan situasi dimana telinga anda dimasuki semut, anda jangan terus panik. Hadapi dengan tenang dan cepat mengambil tindakan yang pantas dan tidak memudaratkan lagi keadaan telinga anda. Berikut ini adalah langkah-langkah yang kaknil ambil semasa membantu mama mengeluarkan semut daripada telinga beliau. Diantaranya iaitu:

  • Bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan. Titiskan minyak zaitun atau minyak masak kedalam telinga yang dimasuki semut. Jangan korek atau memasukan catoon bud kerana tindakan ini mungkin akan menjadikan semut masuk lebih jauh ke dalam telinga.
  • Tutup buka sebelah telinga dengan tangan dan lakukannya berulang. Sambil menarik nafas dan hembuskan.
  • Sulukan lampu atau pun cahaya kedalam telinga agar dapat merangsang semut keluar mengikuti cahaya yang diarahkan kedalam telinga.
  • Sapu minyak panas seperti balm, losyen ataupun kapur sirih di belakang telinga.
  • Lihat dengan lampu ke dalam telinga apabila terjadi pergerakan atau rasa sakit timbul. Lihat adakah semut mulai keluar dan tunggu untuk mengalihkan semut dafi dalam telinga.

Langkah-langkah diatas boleh anda lakukan agar semut boleh terangsang untuk mencari jalan keluar. Kaknil hanya lakukan langkah-langkah diatas dan alhamdulilah kaknil melihat sendiri semut perlahan-lahan keluar daripada telinga mama. Perlukan kesabaran dan juga doa yang sungguh-sungguh agar Allah dapat membantu kita.

Selepas semut sudah keluar, sebaiknya anda mengambil vita c plus dan nutriferon untuk bantu anda tingkatkan lagi sistem imun tubuh badan. Kita tidak tahu apakah semut ada menggigit atau tidak, jadi perlu sekali untuk tingkatkan sistem imun badan agar terhindar daripada jangkitan.

Vita C plus
Nutriferon

Selain itu apabila ada rasa kesakitan, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuj dapatkan rawatan dan juga untuk mendapatkan nasihat doktor berkenaan kesihatan telinga anda.

Jadi kita perlu berhati-hati dimana jua kita berada agar keadaan yang tak kita inginkan terjadi. Sentiasa peka terhadap keadaan sekitar dan juga pastikam diri anda dalam keadaan yang terbaik.

Oh ya jangan lupa untuk bekalkan diri anda dengan Vita C plus dan Nutriferon agar anda sentiasa sihat, ceria dan dapat mengelak daripada pelbagai jangkitan. Juga memiliki sistem imun badan yang tinggi. Sekian sahaja pengalaman kaknil kali ini, semoga kita terhindar daripada pelbagai perkara yang kita tak inginkan.

Untuk anda yang inginkan nutriferon dan vita c plus, jangan segan untuk hubungi kaknil disini ya.

Kaknil/Firdaus

0176281787

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam