Kesihatan Kanak-kanak

Cara Mudah Untuk Bantu Masalah Tonsil Yang Di Alami Si Manja

Selalu kita dapati anak-anak dirumah mengalami masalah tonsil bukan? Apa yang terjadi pada kanak-kanak sampai selalu saja terkena masalah tonsil? Apakah pertahanan badan mereka lemah? Jom kita kupas sedikit masalah tonsil yang selalu terjadi ini.

semasa doktor cek tonsil

Macam anak-anak kaknil pun selalu alami masalah tonsil ini. Bila demam melanda sudah pasti tonsil membengkak. Kalau kita bawa anak-anak ke doktor, masa cek suhu badan doktor akan suruh anak kita buka mulut dan cek tonsil. Dan doktor akan beritahu kita bahawa ada tidakmya pembengkakan tonsil.

Tonsil ini terletak di bahagian tekak dan biasanya tonsil ini akan membengkak dan akan berdampak kepada tubuh badan seperti akan merasai demam, sakit telinga, sakit kepala, hilang selera makan dan tak bermaya. Akibatnya semua tak kena.

kanak-kanak sukar menelan jika alami tonsil

Selalunya kanak-kanak yang terserang tonsil ini akan sangat moody dan susah nak makan. Susah menelan dan alami peradangan di area tekak. Kanak-kanak alami pembengkakan tonsil kerana semua tonsil berfungsi untuk mempertahankan tubuh badan untuk melawan kuman, bakteria. Jadi apabila kanak-kanak tak sihat, tonsil ini akan meradang dan membengkak. Seiring bertambahnya usia kanak-kanak, lama kelamaan sistem imun badan akan semakin membaik dan tonsil pun jarang alami masalah pembengkakan. Akan tetapi di sesetengah individu, tisu tonsil tetap besar dan sentiasa dijangkiti kuman dan akan berisiko mengalami masalah tonsil dikemudian hari.

Namun begitu, selama kita dapat membantu kanak-kanak menjaga kesihatan dan elak daripada masalah tonsil, anak kita akan dapat lalui pengalaman ini. Masalah tonsil ini tidak lah berbahaya selama kita dapat uruskannya dengan baik.

Diantara cara yang perlu kita lakukan untuk bantu anak elak dan merawat daripada Tonsil iaitu:

  1. Sentiasa mengambil air kosong yang cukup. Pastikan anak-anak dirumah minum minuman yang sihat dan elak daripada mengambil minuman bergas dan mengandungi gula berlebihan.
  2. Berikan makanan seperti ais krim mahupun yogurt atapun jeli sejuk untuk mereka. Makanan sejuk seperti ais krim dan yogurt ini akan membantu mareka rasa lega dan menghilangkan rasa sakit.
  3. Berikan madu serta lemon untuk legakan tekak mereka. Larutkan dalam secawan air suam dan berikan kepada anak untuk legakan tonsil mereka. Madu amat berkhasiat membantu melindungi dan legakan tekak yang sakit.
  4. Pastikan kanak-kanak menjaga kebersihan dan elak berkongsi menggunakan cawan atau pun botol bersama untuk mengelakkan jangkitan.
  5. Elak tempat yang padat dan penuh asap rokok. Asap rokok tidak baik untuk kesihatan dan jauhkannya daripada anak-anak kita.
  6. Makan makanan yang kaya dengan vitamin dan juga mineral. Berikan makanan seimbang agar proses penyembuhan akan berjalan dengan lancar dan cepat.
  7. Berikan si manja makanan tambahan seperti vitamin kanak-kanak Chewable C plus, Nutriferon, Omega guard, Vitalea for kids dan juga Meal shake. Untuk membantu mereka meningkatkan sistem imun badan dan juga elak daripada jangkitan.

Apabila anda melihat tiada perubahan kepada anak anda, jangan tunggu lagi bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Perhatikan perkembangan anak anda selama tonsil menyerang. Dalam sesetengah kes ada tonsil yang menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas. Jadi amati dan beri rawatan yang sewajarnya agar cepat sembuh.

set vitamin untuk kanak-kanak

Anda yang menginginkan makanan tambahan seperti vitamin-vitamin diatas, anda boleh dapatkannya disini. Kami menyediakan pengkhidmatan Cash On Delivery (COD) untuk anda yang berada di area Kuala Kubu Bharu, Batangkali, Rasa, Bukit beruntung dan juga Genting Highland. Hanya hubungi kami untuk dapatkan produk anda dan in sha Allah kami akan sesegera mungkin menghantarkan pesanan anda.

KakNil/ Firdaus >>Agen Shaklee Anda +60176281787

Atau bagi anda yang nak beli disini, boleh klik link di bawah ini.

>>>>SAYA NAK BELI SET VITAMIN KANAK-KANAK disini<<<<<

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam