Jalan-Jalan Lagi

Semalam Di Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur Sempena Hari Jadi Rania Aira

Tahun ini tak seperti tahun sebelumnya. Tak seperti kebiasaannya kami sekeluarga akan meraikan hari jadi anak-anak di luar Kuala lumpur. Akan tetapi tahun ini rasanya cukup dekat-dekat rumah sahaja. Selain waktu cuti yang singkat tapi juga nak berjimat cermat. Tak perlu keluarkan duit minyak banyak untuk merasai petualangan hebat pada tahun ini.

Raikan harijadi bersama dengan nenek tersayang

Kebetulan 2 anak kami memang meraikan harijadi selang sehari sahaja. Adik Aira pada 7 Julai dan kakak Rania pulak 8 Julai. Memang betul-betul selang sehari. Hanya berbeza tahun. Istimewa dan amat jarang terjadi pada kebiasaannya. Jadi setiap tahun kami akan berusaha untuk raikan hari bahagia ini bersama dengan menyatukan sahaja hari jadi mereka.

Tahun lepas kami raikannya di Melaka, akan tetapi tahun ini rasanya cukup dekat-dekat rumah sahaja. Akhirnya kami memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian kami kali ini sempena harijadi mereka. Kuala lumpur dekat sahaja dari rumah dan senang nak berulang alik. Tak perlu terburu-buru juga nak balik rumah nanti.

Tamu Hotel & Suite

Kami ajak anak-anak untuk bersantai di Tamu Hotel & Suite. Lokasi hotel ini berada ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan senang sekali nak kemana-mana. Berada tepat di depan Masjid Kampung Baru. Tepatnya di area Chow Kit. Tepatnya di 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hotel yang cantik, bersih dan mesra muslim. Ada kolam renang dan juga pemandangan yang cantik. Boleh melihat KLCC sambil berbaring atau pun berehat di bilik hotel. Bahkan di area kolam renang pun ada pemandangan cantik. Bila malam pulak akan nampak lampu-lampu yang menghiasi pelbagai jalan dan bangunan disekitar kuala lumpur. Nampak indah sekali.

Swiming Pool di tingkat 14 Tamu Hotel

Ruangan bilik sangat bersih dan masa ini kami menempah bilik junior suite yang amat sesuai untuk family. Ada ruangan bilik yang besar dan juga ada bathtub. Yang tak kalah sukanya kami di bilik ini disediakan sajadah untuk kita bersholat. Kebanyakan hotel tiada disediakan sajadah kan? Tapi di hotel Tamu ini memang berlainan. Tahniah kami ucapkan kepada semua pengurusan Hotel Tamu.

Restaurant di Tamu Hotel

Jika anda nak bersukan seperti bergym, anda juga boleh mendapatkannya disini. Sarapan yang dihidangkan pun cukup memuaskan dan amat banyak pilihan. Anda boleh bersarapan tanpa takut dengan hidangannya kerana pelbagai hidangan anda dapat nikmati dengan cita rasa yang sedap.

Secara keseluruhan, kami memberi 9 bintang dari 10 bintang untuk hotel Tamu ini. Bersih, selesa dan juga ada staff yang peramah dan sangat membantu. Anak-anak kaknil sangat gembira dan berharap dapat kembali ke Hotel Tamu suatu hari nanti untuk bersantai. Mudah-mudahan dilain waktu cuti nanti kami dapat datang lagi. Anda yang mencari-cari hotel yang selesa dan juga dekat dengan pelbagai kemudahan di ibukota, Hotel Tamu lah jawabannya.

Tamu Hotel di waktu malam

Terakhir, kaknil ucapkan terima kasih pada yang mengucapkan selamat ulang tahun pada anak-anak KakNil. Mudah-mudahan mereka menjadi anak yang sholeha dan menjadi kebanggaan dunia dan akhirat bagi kami orangtuanya. Aamiin.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam