Kesihatan rambut

Amalkan Zinc Plus Untuk Bantu Atasi Masalah Rambut Gugur

Masalah rambut gugur ni memang agak merisaukan. Setiap hari tak terkira berapa helaian rambut dah gugur akibat dari masalah rambut ini. Lama kelamaan akan menyebabkan kepala menjadi botak dan sudah tentu rasa percaya diri pun akan menurun.

rambut gugur

Jadi bagaimana kita nak bantu atasi masalah ini? Kebanyakannya lelaki yang lebih sering bermasalah dengan rambut gugur. Akan tetapi rambut gugur ini pun menjadi masalah bagi sebahagian wanita. Pertanyaan yang sentiasa berada diminda adalah mengapa rambut kita terdedah dengan keguguran?

Sudah pasti penyebabnya tak lain tak bukan kerana gaya hidup kita yang tak seimbang dan juga kurangnya nutrisi yang kita dapat daripada makanan kita setiap hari. Masalah tekanan dan juga adanya penyakit tertentu boleh jadi punca keguguran rambut terjadi.

Untuk rambut gugur kembali sihat dan tak gugur lagi perlukan masa untuk ubahnya. Ini bagi mereka yang alami keguguran rambut kerana tekanan mahupun kurang nutrisi. Dengan ubah tabiat dan pemakanan anda dan juga ambil vitamin yang sesuai akan banyak membantu anda dalam melebatkan dan menyihatkan rambut kembali. in sha Allah.

Amalan tidur yang cukup juga harus anda perhatikan. Kadang kita tak mempunyai masa yang cukup untuk dapatkan kualiti tidur yang baik. Ini menjadi salah satu sebab rambut gugur dan tak sihat. Amalkan mengambil protein yang cukup dan juga zinc. Agar rambut anda tumbuh subur dan juga elak dari patah dan rapuh. Amalkan mengambil Vitamin B untuk membantu anda lebih tenang dan hadirkan mood ceria.

zinc plus

Jangan gunakan hair dyer secara berlebihan. Dan juga pilihlah shampoo yang baik untuk kesihatan rambut. Elak menggunakan shampoo yang ada bahan kimia. Gunakan conditioner yang tiada bahan kimia untuk membantu rambut anda lebih lembut dan tak mudah kusut.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam