Jalan-Jalan Lagi

Kolam Air Panas Cholo-Cholo Hulu Tamu, Batangkali Ada Kolam Renang Biasa

Mungkin ramai yang sudah tahu keberadaan kolam air panas Hulu Tamu Batangkali. Akan tetapi mungkin ada juga yang tak tahu bahawa didepan kolam air panas tersebut ada juga kolam air panas yang dilengkapi dengan kolam renang biasa. Letak kolam tersebut berhampiran saja dari kolam air panas hulu tamu.

Kolam air panas Cholo-Cholo Batangkali

Sesampai saja anda di kolam air panas hulu tamu, anda boleh mendapatkan kolam air panas Cholo-Cholo yang mempunyai kolam-kolam air biasa yang boleh dimanfaatkan oleh seisi keluarga untuk beriadah bersama-sama. Anda boleh menikmati air panas dan juga air biasa di kolam-kolam yang terpisah namun masih dalam satu kawasan. Harga untuk masuk ke Kolam Air Panas Cholo-Cholo ini RM 3.00/orang. Ada tempat parking yang disediakan di bahagian belakang berdekatan dengan kedai makan.

kolam renang di Air Panas Cholo-Cholo

Dikolam air panas Cholo-Cholo ini disediakan pondok-pondok untuk para pengunjung agar lebih selesa meletakkan barang-barang bawaan dan berehat. Tersedia juga bilik mandi untuk keperluan pengunjung mandi dan mengganti pakaian. Anda yang nak berendam di air panas boleh memilih kolam yang sudah tersedia. Beberapa kolam disediakan untuk anda gunakan. Ada air yang sangat panas, sedang dan juga biasa. Anda boleh mencuba sesuai dengan ketahanan anda.

suasana kolam air panas Cholo-Cholo

Kolam air biasa ada juga disediakan agar pengunjung dapat berenang. Ada kolam untuk dewasa dan ada juga kolam untuk kanak-kanak. Yang pastinya area kolam ini bersih dan juga dibuka 24 jam. Kerana ada kolam air panas disini jadi pengunjung pun akan datang pada malam hari untuk berendam, kerana suhu air pada malam hari agak nyaman dan tak sepanas masa siang hari. Untuk anda yang nak dapatkan makanan dan minuan, jangan risau ada kedai yang menjual makanan dan minuman disini. Jadi anda boleh beriadah bersama keluarga dengan gembira.

Kolam renang untuk dewasa
kolam renang kanak-kanak

Tempat yang nyaman yang jauh dari kesibukan ibukota dan juga menenangkan. Jika anda melalui kawasan Batangkali, jangan lupa untuk singgah di kolam air panas ini ya. Kaknil dan keluarga sudah beberapa kali datang ke kolam ini dan anak-anak amat berpuas hati. Selain dekat dari rumah kaknil, harga yang ditawarkan pun berpatutan. Anak-anak boleh berenang di kolam kanak-kanak, kita orang dewasa boleh menikmati air panas juga. Jadi anda yang belum pernah datang, jangan segan untuk mencuba ya. Memang patut cuba bawa seisi keluarga anda kesini.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam