Semua Tentang Shaklee

Rindu Dengan Sandwich Strawberry Family Mart Japan

Teringat masa kat Japan dulu, masa tu cuaca sejuk sangat. Setiap hari kami berjalan dan dengan keadaan sejuk sudah tentu perut cepat terasa lapar. Suatu hari tu ketika kami berjalan dengan diiringi hujan renyai perut dah keroncongan dan secara kebetulan sampai pada satu simpang ada Family Mart, ala-ala seven eleven tu kan. Dah banyak pun sekarang kedai ni kat Malaysia.

Tiba kat kedai tu kami terus meluru masuk dan cari apa-apa la yang boleh dimakan terus. Ternampaklah roti-roti, biskut dan sebagainya. Tapi kaknil tak berminat sebab macam takut je.. Hehe.. Takut tak halal. Ada buah-buahan yang boleh dimakan segera seperti pisang.

Akhirnya terjumpa dengan sandwich Strawberry, Rania pun nampak dah ambik sandwich tu. Finally kami beli la sandwich strawberry tu dan ternyata sedap juga rasanya. Sampai kaknil makan 2 terus. Hahahah dah laparr hujan pun renyai2.. Semakin lahap lah.

Dari saat ini kami selalu beli sandwich tu untuk dimakan di hotel atau homestay dan juga untuk semasa perjalanan sambil-sambil bergerak ke kedai makan halal.

Sekarang terasa pulak kerinduannya.  Rasa sandwich Strawberry yang ada di Family Mart Malaysia sini tak sama tau dengan yang di Japan. Hehe.. Kot strawberry dia atau rotinya yang lain.

Kenangan di Japan

Nampaknya kena pegi kesana kot ye baru nak lepas kerinduan ini. Hehe. Apapun kita kena jaga pemakanan kita dimana jua kita berada. Kebersihan dan juga khasiat makanan tersebut adalah sangat utama untuk kita agar terhindar dari apa jua masalah kesihatan.

Bagi anda yang berada di Malaysia. Cubalah Sandwich Strawberry ni, boleh didapatkan di kedai Family Mart. Banyak cawangan family mart kita boleh datangi. Memang sedap dan anda akan berpuas hati. Ok sekian sahaja dulu coretan kaknil hari ini. Entah lah kenapa tiba-tiba sahaja teringin nak makan sandwich ni. Hehehe.

Jumpa lagi

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam