Pengedar Sah Shaklee Batang Kali

Nombor Whatsapp Kena Banned, Apa Nak Buat?

Lama tak bersiaran dan macam berabuk pulak blog ni. Alhamdulillah dah lalui kejadian yang tak pernah lupa sampai bila-bila. Belum lama ni kaknil alami masalah dengan nombor whatsapp. Bagaimana jalan ceritanya?

tampilan nombor whatsapp kena banned

Agak terkilan juga sebab tak boleh gunakan nombor whatsapp sedia ada. Katanya kena banned dek si whatsapp. Tak tahu lah apa penyebabnya. Pagi tu kalau tak silap kaknil pertengahan bulan september, tiba-tiba nombor whatsapp kaknil tak boleh digunakan. Automatik sahaja tak boleh guna. Pening juga sehari tu sebab tak boleh gunakan whatsapp tu. Nombor tu masih boleh digunakan untuk panggilan, sms mahupun telegram. Hanya sahaja tak boleh digunakan untuk whatsapp.

Kaknil pun pelik kenapa kena banned? Sedangkan kaknil tak gunakan untuk hal-hal yang berbaur politik mahupun kegiatan yang membahayakan. Tapi apa mungkin kerana kaknil berurus niaga menggunakan nombor tu? Atau kaknil selalu dapat pesan yang kerap atau mengirim pesanan terlalu banyak? Tak tahu lah apa penyebab pastinya.

Akhirnya kaknil cari cara untuk mengatasinya. Kaknil bertanya kawan-kawan, bahkan google cara untuk menyelamatkan nombor whatsapp tu. Caranya masuk ke whatsapp dan masukan nombor yang kita gunakan lalu apabila tak boleh masuk, terus klik report disebelah kiri dan taip pesanan untuk pihak whatsapp. Anda boleh contoh pesanan yang kaknil buat dibawah ini.

Untuk langkah pertama anda boleh masukan no anda diruang tersedia. Jika anda dapati seperti didalam gambar dibawah ini, anda boleh klik “support” dan akan terus kepilihan seperti gambar langkah 2 dibawah.

Langkah 1

Apabila anda sudah klik “Support” makan akan keluar seperti gambar dibawah ini. Anda boleh jawab sesuai pilihan anda. Seperti kes kaknil iaitu akan jawab my whatsapp number has been banned. Klik jawaban yang anda alami dan akan keluar semacam compose email seperti gambar di langkah ke 3.

langkah 2

Dan anda boleh tuliskan di dalam email yang anda akan hantar masalah yang anda hadapi. Email ini akan terus dihantar kepada pihak Whatsapp yang berada di luar negara. Anda boleh taip apa yang terjadi pada whatsapp anda. Kaknil menulis seperti ini, my number whatsapp has been banned, please turn it on again, Tq. My number is….anda boleh tuliskan nomber whatsapp anda yang bermasalah.

langkah 3

Selepas anda kirimkan email tersebut kepada pihak whatsapp. Tunggu lah jawaban daripada mereka. Mudah-mudahan mereka akan membuka sekatan whatsapp anda. Menunggu dengan sabar dan tetap berusaha memantau mudah-mudahan sekatan telah dibuka.

langkah 4

Biasanya pihak whatsapp akan membalas email seperti gambar langkah ke 4 diatas. Anda boleh balas kembali dan boleh meminta atau menjelaskan alasan anda yang boleh membuat pihak whatsapp akan berlembut hati pada anda.

Kembali lagi kepada cerita Kaknil, Dah sampai seminggu masih sama juga tiada perubahan. Kaknil semakin sedih. Kenapa hal ini terjadi. Ramai customer kaknil tentunya mengirim pesanan dan juga sahabat dan family. Sambil-sambil menunggu kaknil pun beli lagi 1 nombor agar dapat digunakan untuk whatsapp. Akan tetapi baru digunakan seminggu, whatsapp itu pun kena banned. Apa sebenarnya yang terjadi? Kaknil tak boleh pikir lagi dah, sampai hati whatsapp begini dengan kaknil. Apa kaknil dah tak boleh guna whatsapp? Ya Allah pening saat itu. Akhirnya kaknil pun buat report seperti yang pertama kaknil buat.

Dah berminggu-minggu akhirnya kaknil tak gunakan lagi whatsapp. Kaknil biarkan sahaja. Akhirnya dah sampai masuk 2 bulan. Kaknil cuba buka whatsapp di handphone yang berlainan. Mencuba nasib kot la boleh terbuka sekatan pihak whatsapp kan? Cubaan pertama kaknil cuba untuk nomboe whatsapp yang pertama kena banned. Hasilnya tetap tak boleh buka dan kaknil cuba sekali lagi untuk buat report disitu. Dan kembali membiarkan whatsapp kerana macam sudah tiada harapan.

Akhirnya kaknil meninggalkan whatsapp dan mengubur harapan untuk whatsapp. Macam dah tiada selera lagi membuka whatsapp baru. Tibalah pada awal bulan November, pagi tu kaknil cuba on kan handphone yang lama dan cuba masukkan nombor whatsapp lama. Betapa terkejutnya kaknil masa itu, bagaikan memdapatkan durian runtuh dan kabar gembira dari seseorang kekasih yang dah lama tak berjumpa. Tanpa disengaja kaknil buka nombor lama di handphone itu dan hasilnya nombor whatsapp lama tu boleh dibuka. Ya Allah kaknil rasa tak percaya, apa ini betul? Alhamdulillah kaknil dapatkan kembali nombor whatsapp lama tu. Tapi kaknil kekalkan di dalam handphone yang lain bukan di handphone yang kaknil selalu guna.

Jadi kesabaran akhirnya membuahkan hasil. Mungkin pihak whatsapp memblok nombor whatsapp kita untuk beberapa tahapan masa. Boleh jadi kita harus menunggu sebulan atau 2 bulan agar kita dapat kembali menggunakan nombor tersebut dalam whatsapp kita.

Kaknil bersyukur dapat kembali nombor whatsapp tu. Kaknil dah guna hampir 16 tahun nombor tersebut. Mustahil rasanya untuk buang begitu sahaja kan? Apalagi keluarga, sahabat dan customer kaknil juga dah biasa dengan nombor tersebut. Sekarang tiada lagi kegelisahan kerana nombor whatsapp tu dah dapat kembali. Alhamdulillah.

Panjang juga entry kaknil kali ini. Bagi sahabat semua yang mungkin ada masalah serupa dengan kaknil iaitu whatsapp nombor kena banned, jangan putus asa terus buat report dan tunggu sekatan itu dibuka. Jangan tergesa-gesa beli nombor baru kerana mungkin di kemudian hari anda akan dapatkan kembali nombor itu. Mudah-mudahan pengalaman kaknil ini berguna bagi anda semua. Ambil yang baik buang yang keruhnya ya.

Jangan lupa bagi anda yang masih boleh gunakan nombor whatsapp seperti biasa, berhati-hatilah dalam menggunakan whatsapp. Jangan libatkan diri kita dalam aktifiti yang berbahaya mahupun politik ataupun spam kepada nombor lain kerana itu boleh jadi pemicu nombor whatsapp kita terkena blok atau banned oleh pihak whatsapp. Jangan lupa untuk minta rakan atau customer kita simpan nombor kita agar tidak dicurigai sebagai spam. Yang paling penting jangan mengirim pesan atau “blast message” pada mereka yang anda tak kenali dan tak simpan nombor anda. Kerana risiko terkena banned akan tinggi sekali.

Sampai jumpa lagi sahabat dengan entry berikutnya.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam