Penyakit Berbahaya

Pentingnya Tingkatkan Sistem Imun Tubuh Badan Semasa Wabak Covid 19 Ini

Lama Kaknil tak update info kepada anda semua. Kerana satu dan lain hal terpaksa tak menulis untuk sekian lama. Alhamdulillah hari ini Kaknil mula kembali untuk menyampaikan informasi dan juga perkongsian kepada anda semua.

Diharapkan anda semua yang setia bersama Kaknil sampai saat ini dalam keadaan sihat dan serba tercukupi semua keperluan anda. Aamiin. Kita dah tahu bahawa sekarang kita kena duduk dirumah kerana wabak Covid 19 yang tengah melanda. Mudah-mudahan wabak ini akan berlalu dengan cepat dan tak kembali lagi.

corona virus

Selama Perintah Berkurung (PKP) ini, sudah tentu semua orang amat risau dan juga takut terjadi apa-apa kepada diri sendiri dan juga orang tersayang. Untuk itu diharapkan semua orang akan bekerjasama untuk tetap di rumah masing-masing agar tidak ada peluang Covid 19 ini berleluasa. Kita semua berharap agar wabak ini akan segera hilang dari dunia ini dan kita boleh berpuasa dan berhari raya dengan sukaria. Marilah kita bersama-sama mengambil bahagian untuk putuskan rangkaian Covid 19 dan berdoa agar semua ini akan segera berakhir. aamiin.

Dalam pada itu kita harus sentiasa membentengi diri dan keluarga agar sentiasa amalkan gaya hidup sihat dan rajin membersihkan diri dan juga kawasan persekitaran agar sentiasa bersih dan jauh dari Virus. Amalan mengambil makanan sihat dan seimbang setiap hari, rajin meminum air suam dan juga mengambil makanan tambahan seperti vitamin untuk menguatkan lagi sistem imun tubuh badan kita. Jangan lupa juga mengambil sayur dan buah-buahan untuk sentiasa cukup keperluan vitamin dan mieral kita.

set Vitamin Shaklee

Anda boleh mengambil Vitamin Shaklee seperti Vita C Plus, Nutriferon, Garlic Complex, Chewable C Plus dan juga Vivix untuk kuatkan sistem imun tubuh badan. Set vitamin ini sangat membantu untuk berikan tenaga dan juga tingkat sistem imun tubuh badan kita. Juga bagus untuk kesihatan keseluruhan. Disamping itu jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan dan membersihkan diri ketika baru sampai dari bepergian dan memakai mask ketika berada diluar. In sha Allah apabila sistem imun tubuh badan kita kuat dan juga mengelak daripada keramaian dan juga menjaga kebersihan, kita akan terhindar daripada wabak ini.

nutriferon

Usahakan untuk sentiasa di rumah untuk mengurangkan risiko penularan. Jagalah kesihatan diri dan orang terdekat agar semua ini cepat berlalu. Jangan putus asa dan kita sama-sama mengambil bahagian untuk memberantas wabak ini. Tak lupa juga kita teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita yang terinfeksi wabak ini agar mereka cepat sembuh dan boleh berkumpul lagi dengan keluarga tersayang. Semua ini ujian dari Allah dan kita hendaklah bersabar dan berdoa serta bersungguh-sungguh untuk memberantas wabak ini dengan mengikuti arahan dari pihak kerajaan.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam