CARA MENDIDIK ANAK DALAM KANDUNGAN

Walaupun Islam telah lama menekankan tentang pendidikan yang bermula sejak bayi dalam kandungan, tapi jarang di antara umat islam sendiri mengambil perhatian tentang perkara tersebut.

Menurut pakar spikologi islam, anak-anak yang tumbuh dari rahim ibu bapa yang suka bergaduh akan melahirkan watak-watak generasi yang suka bergaduh dan ganas. Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengawal perasaan mereka daripada dilanda kemarahan, kegelisahan atau kesedihan sewaktu anak berada dalam kandungan. Banyakkan berzikir, membaca Al quran, bersembahyang sunat, bersedekah dan apa saja kebajikan yang boleh dilakukan. 

Impak daripada sikap ibu bapa ketika ibu mengandung terhadap bayi setelah lahir

  • Ibu bapa yang sering bergaduh, anak akan menjadi ganas dan panas baran. (negatif)
  • Ibu bapa yang sering bersedekah , anak akan memiliki hati yang lembut. (positi)
  • Ibu yang mengidam benda pelik, pertanda tidak baik terhadap sikap anak. (negatif)
  • Ibu yang tidak meninggalkan sholat, anak mudah mendapat hidayah. (positif)
  • Ibu yang bermain kayu tiga, anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat.(negatif)
  • Ibu yang sering membaca Al-Quran, dapat anak yang bijak. (positif)
  • Ibu yang mengawal emosi, anak sholeh dan senantiasa mengawal keadaan. (positif)

Antara cara pendidikan semasa mengandung

  1. Mengamalkan solat wajib dan sunat
  2. Mengamalkan zikir
  3. Membaca Al-Quran
  4. Mendengar music yang tenang
  5. Membaca buku-buku ilmiah
  6. Berbual dengan anak dalam kandungan
  7. Menjaga adab dan emosi
  8. Tidak tertekan atau stress
  9. Lakukan kerja-kerja ringan dirumah sebagai senaman ringan
  10. Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
  11. Tidak bersifat dendam, dengki, meghasut dan sebagainya
  12. Senantiasa melemparkan senyuman dan bersabar

Selain itu anda boleh mengamalkan beberapa bacaan ketika mengandung

  • surah Al Fatihah, untuk menerangkan hati dan kuat ingatan
  • Surah Maryam, untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  • Surah Luqman, Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf, untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujurat. untuk memperbanyak susu ibu dan anak bersifat hati-hati
  • Surah Yaasin, untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  • Surah At Taubah, untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
  • Surah An Nahl, untuk melahirkan anak yang berdipsiplin.



Sekian saja untuk kali ini tips- tips yang bisa anda amalkan semasa kehamilan anda. Semoga apa yang terkandung boleh membawa manfaat kepada anda semua. Pada lain kesempatan saya akan berkongsi tentang makanan tambahan yang baik ketika semasa mengandung.







Sumber image : ihsan geogle 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Leave a Reply