BERBUAT BAIK DAPAT MENYEJUKKAN JIWA

Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya dan keikhlasan itu sesuci rupanya. Dan orang-orang yang mula-mula akan dapat merasa manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini, akan merasa hasilnya serta merta dalam jiwa dan nurani mereka, hingga mereka pun sentiasa berlapang dada, tenang, tenteram dan damai.

Ketika anda diliputi rasa kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketentraman dan kedamaian hati. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan kepada orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah oran yang ditimpa musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua aspek hidup anda.


Perbuatan baik itu bagai menebar wewangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekeklilingnya.. Dan manfaat kejiwaan dari kebaikan itu terasa seperti ubat-ubat berkesan yang tersedia di farmasi orang-orang yang baik berhati bersih.

Menebar senyum manis kepada orang-orang “miskin akhlak” merupakan sedekah jariyah. Ini tersirat dalam bimbingan akhlak yang menyebut ” sekalipun engkau hanya menemui saudaramu dengan wajah berseri”. ( Hadis Nabi)
Sedang kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain yang hanya diketahui berlakunya oleh Yang Maha Ghaip.




Seteguk air yang diberikan seorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat menghasilkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini merupakan bukti bahwa Yang Pemberi pahala adalah Zat Yang Maha Baik dan sangat mencintai kebaikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Wahai orang-orang yang merasa terancam dengan himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kebimbangan hidup, kunjungilah taman-taman kebaikan; sibukkan diri kamu degan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama manusia. Dengan semua itu, nescaya kamu akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua aspeknya; warna dan juga hakikatnya.






Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *