SUSU IBU JADIKAN ANAK LEBIH BIJAK

Kanak-kanak yang mendapat penyususan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka tujuh tahun.

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.
Menurut satu kajian kanak-kanak yang mendapat penyususan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.
Penyelidikan melihat  penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahwa kanak-kanak yang di susui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan. Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyadari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula.
Sepasukan penyelidik di ketuai Unit Epidemaologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah. 
Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fisikal.
Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

MANFAAT PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU DAN BAYI

Penyusuan susu ibu sangat disarankan oleh semua pihak. Kerana ianya telah dikaji oleh ramai bahwa penyusuan susu ibu sangat baik untuk pertumbuhan bayi. Pada zaman sekarang menyusukan…

Spread the love

Leave a Reply