Adat Baik Yang Patut Dilakukan Di Hari Jumaat

Salam Jumaat yang penuh barokah kepada semua umat Islam dimana jua berada. Semoga hari membawa berkah dan kebaikan untuk semua.Seperti biasa hari jumaat sememangnya istimewa untuk kita umat Islam. Apalagi khususnya untuk para lelaki. Pada hari ini para lelaki akan berpusu-pusu datang ke masjid untuk melaksanakan ibadah sholat Jumaat. Adapaun begitu sudah tentu kita ada adat-adat yang perlu kita ketahui untuk meraikan hari istimewa ini.

sholat jumaat

Sunah-sunah & adab-adan hari Jumaat yang boleh kita terapkan diantaranya yaitu :

  • Mandi dan membersihkan diri bagi mereka yang akan menunaikan sholat Jumaat
  • Memotong kuku
  • Mencabut bulu ketiak, menggunting misai, mencukur bulu ari-ari
  • Memakai wangi-wangian, minyak rambut
  • Memakali pakaian yang bersih dan cantik, warna putih sangat di galakkan
  • Membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya
  • Memperbanyak shalawat kepada Rasullah
  • Memperbanyak doa
  • Memperbanyak kebaikan seperti bersedekah
  • Datang awal ke masjid
  • Mendirikan sholat sunat tahjud masjid, Walaupun imam sedang berkutbah
  • Diam ketika khutbah
  • Makruh melangkah tengkuk atau bahu orang lain untuk saf hadapan.
Bersyukurlah walaupun kita tidak senantiasa mendapat apa yang kita mahu, tetapi kita senantiasa dapat apa yang kita perlu. Jangan lupa untuk menginatkan kepada anak-anak lelaki kita mahupun ahli keluarga kita yang lain agar dapat menunaikan iabadah di hari jumaat dengan khusyu dan penuh ketaatan. Semoga kita sentiasa mendapatkan rahmat Allah dan menjadi hambaNya yang beriman. aamiin ya Allah.

 

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Leave a Reply