Semua Tentang Shaklee

MENGAPA WANITA TAKUT BERSALIN….???

Setiap wanita mempunyai impian untuk bergelar ibu. Justeru setiap wanita perlu membuat persediaan mental dan fuzikal sebelum menjadi ibu. Namun ramai juga wanita yang cuba mengelak kerana mempunyai perasaan terlalu takut saat untuk melahirkan bayi mereka. Ini kerana berdasarkan kisah dan pengalaman wanita bersalin, ramai yang beranggapan proses bersalin adalah sesuatu yang menyakitkan  dan menggerunkan. Bagaimanapun, setiap wanita sebenarnya mempunyai pengalaman yang berbeza. Seperti masalah morning sickness dan proses bersalin juga berbeza bagi setiap wanita. Jadi usah terlalu khuatir saat menjadi ibu sebaliknya nikmati saat manis melahirkan zuriat sendiri !

Proses bersalin dikaitkan dengan kontraksi yang menyakitkan bagi setiap wanita. Ramai wanita mendapat gambaran buruk daripada kisah pengalaman wanita bersalin. Ketika ini diibaratkan proses bersabung nyawa.

Proses bersalin juga dikaitkan dengan berlakunya pendarahan yang banyak dan menakutkan. Darah yang keluar memancut ataupun melimpah sehingga menyebabkan ramai wanita mengaitkan bahwa bersalin dan darah adalah sinonim dengan kesakitan yang amat sangat.

Bersalin bermula apabila ketuban pecah. Ia petanda akhir tibanya waktu bersalin. Biarpun sesetengah kes pecah ketuban tidak menyebabkan rasa sakit tetapi ia seolah-olah ditakuti oleh setiap wanita ham. Ia adalah detik yang ditunggu-tunggu dan mencemaskan.

Proses meneran dan mengeluarkan bayi yang menyakitkan. Bayangkan satu objek besar akan melalui saluran uterus yang sempit. Hal ini  menyebabkan ramai wanita berasa takut dan membayangkan kesakitan yang amat sangat. Sedangkan kelahiran adalah satu proses semula jadi dan sememangnya tubuh seorang wanita telah dijadikan untuk menerima peroses seperti itu.

Daging punggung koyak dan menyakitkan. Proses meneran dikatakan menyebabkan koyakkan pada bahagian serviks dan luka yang menyakitkan. Sedangkan ia tidak semestinya demikian. Jika anda pandai mengawal pernafasan, anda tidak perlu meneran terlalu kuat sehingga berlaku koyakkan ketika mengeluarkan bayi anda.

Jahitan perenium. Luka atau koyakan akibat proses kelahiran mesti di jahit dan dipanggil jahitan perenium. Hal ini menggerunkan sesetengah wanita. Padahal ia adalah prosedur biasa yang perlu dihadapi oleh mereka yang mengalami luka. Cuma luka wanita bersalin terletak di bahagian kawasan serviks dan ia dilihat amat mengerikan dan amat menyakitkan. Sedangkan dalam kebanyakan kes bersalin, ada kalanya guntingan perinium langsung tidak diperlukan. Sekiranya wanita berkenaan bijak mengawal pernafasan dan tehnik bersalin, koyakkan atau luka hampir tidak terjadi.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam