SUDAHKAH ANDA MENJADI ORANG TUA YANG MAHIR DALAM MENGURUSKAN ANAK ANDA….???

Terdapat banyak cara untuk menggalakkan kemahiran keibubapaan yang baik. Diantaranya adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan :

  • Meluangkan masa dengan anak boleh memupuk hubungan antara ibubapa dan anak mereka dan memberi peluang kepada ibubapa untuk memahami serta memberi pengajaran.
  • Memberi pujian kepada anak-anak adalah satu amalan yang baik. Ia menggambarkan apakah tingkah laku tang baik, menunjukkan keprihatinan dan meningkatkan jati diri mereka. Kenyataan yang negatif tidak membantu dan merosakkan jati diri kanak-kanak.
  • Menetapkan peraturan. Setiap keluarga perlua ada peratiran apa yang boleh dibuat dan yang tidak boleh dibuat. Kanak-kanak perlu tahu apa yang diharapkan dari mereka. Adalah penting ibubapa memberitahu anak mereka dengan jelas apakah tingkahlaku yang baik yang diharapkan.
  • Tidak melayan  kelakuan yang buruk. Ada masanya ibubapa akan memberitahu anak-anak tentang kelakuan yang sepatutnya tetapi anak-anak terus berkelakuan sebaliknya. Ini kerana mereka ingin mendapat perhatian. Dengan tidak memberi perhatian pada kelakuan yang tidak baik ini, galakkan mereka berkata TIDAK pada perlakuan yang negatif.
  • Menggalakkan kanak-kanak membuat keputusan sendiri. Aspek penting dalam keibubapaan adalah mengajar kanak-kanak berpikir tentang diri mereka sendiri. Untuk mencapai tujuan ini perlu membimbing kanak-kanak melalui proses membuat keputusan sendiri daripada memberi jawaban yang betul dengan mudah.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Leave a Reply