Cara Cepat Hamil

Ramai diantara kita yang masih belum mendapatkan cahaya mata dan mereka sebenarnya sudah lama ternanti-nanti, bila lagi masanya akan segera menimang cahaya mata. Tidak dinafikan dengan gaya hidup yang serba modern dan pantas sekarang ini ramai diantara kita yang tidak memperhatikan atau menjaga kesihatan diri hanya kerana tuntutan pekerjaan yang semakin menekan. Pada kesempatan ini saya akan berkongsi serba sedikit kepada anda tips-tips agar dapat cepat mengandung,

                                                    pastikan makan makanan yang sihat

  • Jaga pemakanan dan diet 

Pastinya anda selalu terdengar tentang asid folic kan..?? acid folic ialah untuk kesuburan. Daripada itu apabila anda ingin mengandung makanlan asid folic. Juga penting memakan makanan yang berzat dan tinggi akan vitamin. Selain itu anda harus amalkan senaman untuk badan kekal cergas dan sihat.

  • Makan makanan yang mengandungi nutrien  seperti vitamin E, Zinc, Potassium, Vitamin A,C,D,Niacin dan lainnya. Pastikan anda mempunyai berat badan ideal. Jika anada mempunyai berat badan berlebihan “”overweight” atau lebih teruk lagi “obese”, mulakan senaman untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana risiko orang yang “overweight”ialah terdedah kepada darah tinggi dan kencing manis. Jika semasa mengandung mempunyai “high blood pressure” dan  “diabetes” banyak komplikasi yang tidak baik bakal menanti. Mari kita amalkan gaya hidup sihat. 

                  minum jus buah-buahan juga salah satu cara nyah-toksin

  • Detoks
Toksin dalam badan yang tinggi tidak elok untuk badan kita. Ada banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita nyah-toksin dalam badan. 
  • Lakukan hubungan intim dengan kerap
Sudah bergelar suami isteri tentunya anda dan pasangan sudah tidak lagi malu atau ragu-ragu untuk “meminta” . Berterus terang dengan pasangan anda adalah lebih baik. Nikmatilah hubungan kelamin tersebut, bukan sekadar untuk mendapatkan anak sahaja. 

  • Ketahui waktu subur atau ovulasi
Ramai diantara kita yang ambil mudah dengan hal ini. Ada yang sudah dikaruniai anak pertama tetapi sukar untuk mendapatkan anak kedua. Untuk menghindari kekecewaan, anda harus belajar cara membaca atau mengetahui bila masa subur anda. Saya tidak boleh menceritakan disini bila masa subur itu berlaku, kerana setiap  wanita berlainan masa suburnya.
  • Jumpa doktor pakar untuk bertanya
Apabila anda sudah rajin berusaha tetapi tidak mendatangkan hasil. maka perlu bagi anda dan pasangan untuk berjumpa doktor agar doktor boleh mengetahui tentang kesihatan anda dan pasangan. 
  • Lakukan posisi yang betul
Melakukan posisi yang betul semasa melakukan hubungan seks juga salah satu yang sangat penting . Kerana ia memudahkan sperma berenang ke arah ovum, dan akhirnya akan memudahkan isteri mengandung. Posisi apakah itu..? cobaah sendiri yaa.
  • Elakkan daripada tekanan atau stress
Walaupun anda selalu dibebani oleh berbagai masalah dan tekanan di rumah atau di tempat kerja, jangan jadikan diri anda dan pasangan menjadi stress. Apabila anda jauh dari tekanan dan merasa tenang maka otak dan badan pun akan menjadi cergas. 
  • Elakkan meminum minuan keras dan merokok
Apabila suami menjadi perokok berat, usahakan agar ia berhenti merokok. Juga apabila anda dan pasangan mempunyai kebiasaan meminum minuman keras harap kebiasaan itu dihentikan. Kerana meminum minuman keras dan merokok akan mempengaruhi kebarangkalian anda mengandung. Kerana kajian saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung.
  • Meminta dan berdoa kepada Allah
Perbanyaklah membuat amalan kebaikan seperti sholat 5 waktu jangan ditinggalkan. Berpuasa atau bersedekah dan banyak lagi amalan-amalan kebaikan yang boleh anda dan pasangan lakukan. Berserah dan meminta kepada Allah agar dikarunia zuriat dan dikaruniai anak-anak yang sholeh dan shoeha yang sejuk mata memandangnya. 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Leave a Reply