Anak-anak Tersayang Adalah Amanah Dari Allah Swt

Memiliki anak-anak yang sholeh dan sholeha adalah impian setiap orang tua. Oleh kerana itu kita sebagai orang tua haruslah membimbing mereka ke arah kebenaran, dan kebaikan yang diridhoi Allah Swt. Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk menjadikan mereka sebagai hamba Allah yang taat dan patuh kepada ajaran agama dan juga menjadi anak yang berguna bagi agama bangsa dan negara.  Selain kita bertanggung jawab kepada mereka, anak-anak adalah amanah Allah Swt. Didikan yang sempurna akan menjadikan anak-anak kita menghargai dan menghormati kita sebagai orang tua mereka.

Apabila kita melaksanakan tanggung jawab sebagai orang tua dengan ikhlas dan hanya mengharapkan keridhoan Allah Swt,  pastinya kehidupan yang di lalui akan terasa indah dan bahagia. Kedudukan ibu bapa disisi Allah sangatlah istimewa, oleh sebab itu hendaknya anak-anak menghormati dan menaati kedua orang tua. Agak mudah rasanya kalau kita mempraktikan ketaatan dan kecintaan kita kepada kedua orang tua yang masih hidup.  Dengan peluang dan kesempatan yang ada kita boleh terus berbakti kepada mereka. Namun jangan sampai kita menyesal kerana kesibukan pekerjaan kita meninggalkan  ibu bapa hingga kita tidak sempat untuk membahagiakan mereka sampai mereka akhirnya meninggal dunia. Sedangkan kita sama-sama tahu bahawa orang tua yang dihadiahkan oleh Allah Swt kepada kita adalah hanya mereka sahaja. Oleh kerana itu, gunakanlah peluang yang ada untuk membahagiakan mereka.

Tetapi permasalahan akan timbul apabila bagaimanakah kita membahagiakan kedua orang tua yang telah meninggal dunia..? Apabila kedua orang tua sudah meninggal dunia, kita masih boleh terus berbakti kepada mereka dengan cara menguruskan semua pengurusan jenazah mereka ketika meninggal dunia, melunaskan hutang piutang mereka, mendoakan keampunan untuk mereka, melakukan kebaikan yang disyariatkan dan meniatkan pahalanya untuk mereka serta mengekalkan hubungan silahturahmi dengan orang-orang yang disayangi oleh mereka.

Disetiap hari kita diharuskan meminta keampunan untuk diri dan kedua orang tua kepada Allah Swt.  Allah Swt mengajar umatnya cara berdoa untuk kedua ibu bapa semasa masih hidup apatah lagi setelah ketiadaan orang tua. Sebagai anak kita tidak boleh merendahkan dan tak menghormati orang tua. Kerana ridhonya Allah tergantung ridhonya orang tua.  Oleh kerana itu setinggi manapun jawatan kita, atau sekaya manapun kita, kita tidak boleh meninggikan suara atau memperlekehkan orang tua kita. Sesungguhnya orang yang tidak pandai mensyukuri ibu bapanya, termasuklah rasa puas hati dan merendahkan orang tua akan merugi dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam oleh Allah Swt, nauzubillah.
Mungkin ada juga anak-anak yang dibesarkan dalam suasana ibu bapanya sering menghina, mencaci dan memaki hamun dirinya. Apabila dia membesar dalam didikan sebegitu, dia tentu berasa wajar bagi dirinya untuk membalas perbuatan ibu bapanya suatu ketika nanti. Begitu juga sebaliknya. Apabila ada keburukan dari sikap orang tua maka wajib kita untuk tetap taat kepada mereka selagi kita tidak disuruh atau diperintahkan untuk menyekutukan Allah Swt. Tunjukkan rasa terima kasih kita pada orang tua kerana telah mendidik dan membesarkan kita sehingga menjadi seperti sekarang ini. Apabila kedua orang tua kita melakukan kesalahan maafkan lah mereka. Anggaplah 1 kesalahan mereka itu membawa 1000 kali lebih banyak kebaikan berbanding keburukan.

Saya berharap anda semua dapat menghormati dan menyayangi kedua orang tua. Dan menjadi anak-anak yang sholeh dan sholeha.  Kerana jasa kedua orang tua memang tiada tolak bandingnya. Jagalah dan rawatlah mereka. Berbuat baik kepada kedua orang tua adalah sangat besar pahalanya disisi Allah Swt. Siapalah kita apabila bukan mereka yang melahirkan dan mendidik kita sampai seperti sekarang ini. Dan kepada semua yang membaca entry saya kali ini,  segeralah bertanyakan kabar kepada orang tua anda. Tanyakan apa keperluan mereka, mintalah restu dari mereka agar kehidupan anda lebih bermakna dan bahagia.  Dan kepada anda yang sudah tidak mempunyai orang tua, sedekahkan lah al fatihah untuk mereka. Kirimkan doa agar segala kesalahan mereka selama di dunia di maafkan oleh Allah Swt. Aamiin….ya rabballalamin…

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

Projek Blog Mega Shaklee 1.0 Banyak Memberi Kejutan Dan Impak Yang Positif

Alhamdulillah akhirnya selesai juga projek blogmegashaklee 1.0 yang berlangsung selama 2 minggu.  Banyak manfaat yang Kaknil dapatkan melalui projek ini. Lama tak menulis menjadikan Kaknil sangat teruja…

Spread the love
Set Promo Vivix beli 6 percuma 1

Promo Menarik Bulan ini, Harga Murah Tak Sangka

Assalamualaikum sahabat semua. Jumpa lagi dengan kaknil. Lama kaknil tak update entry. Memang agak sibuk belakangan ini. Tapi sekarang kaknil akan kembali bersama anda untuk berikan info…

Spread the love

Apa Kabar Anda Hari Ini

Alhamdulillah akhirnya dapat kembali menulis setelah sekian lamanya. Banyak perubahan yang ada dalam blog ini. Banyak data yang hilang, tapi tak mengapa kita akan betulkan sedikit demi…

Spread the love

Tamparan Besar Bagi Isteri Kerana Nampak Lebih Tua Dari Suami

Dalam zaman yang serba mencabar sekarang ini. Kita sebagai wanita dan juga seorang isteri harus pandai-pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Pelbagai kesibukan yang kita lakukan setiap…

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *