Berlapangkan Dada Saling Memaafkan

Berlapangkan Dada, Saling Memaafkan
            Kegembiraan, kemeriahan, keindahan, kesyahduan, kesyukuran dan pelbagai lagi rasa hati dan perasaan letaknya di hati kita. Semua itu memerlukan kelapangan hati untuk menerimanya. Jika hati kita sempit bagaimana kita mampu menampung segala perasaan itu. Antara perasaan yang memberatkan hati dan menyempitkan jiwa ialah kemarahan. Apabila api kemarahan menyelumbungi hati seseorang maka akan mempengaruhi jiwa seseorang itu. Jangan biarkan api kemarahan menguasai diri anda. Lapangkan perasaan untuk selalu memaafkan dan menerima apa yang terjadi dengan berlapang dada. Insan yang permaaf akan menikmati kelapangan jiwa dan perasaan. Kelapangan hati inilah yang sebenar-benarnya membawa ketenangan hidup.
          Saling memaafi akan membuka pintu keberkatan dan rezeki dalan hidup. Keberkatan hidup akan membuka kepada kelapangan rezeki dan rezeki yang berkat akan melapangkan hidup seseorang. Hutang akan berkurangan, pendapatan akan bertambah selesa. Sebaliknya hati yang tidak memaafkan akan menanggung kesakitan. Sakit hati tidak akan pulih, kedukaan akan meliputi diri dan juga menghakis kebaikan amal. Cubalah untuk saling memaafi antara satu sama lain dan panjangkan tali silaturahim sesama kita. Jauhi sifat kebencian dan tanamkan sifat kasih sayang. Hidup ini terlalu singkat untuk kita saling membenci dan menyakiti. Janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang kehidupan. Tabahla dalam melalui liku- liku hidup kerana ketabahan akan membawa kepada kebahagian. Kasihilah diri kita dengan memberi kemaafan kepada saudara yang lain. Kemaafan lambang kasih sayang. Kepada yang masih perang dengan kemarahan,  kebencian dan dendam fikirlah jauh-jauh. Dendam dan marah tidak membawa apa- apa selain kesakitan dalam jiwa. Maka berilah kemaafan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *