Jiranku Idolaku…

Dalam hidup bermasyarakat kita memang sudah seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Apalagi dengan orang-orang terdekat kita. Tak kira lah itu ayah, ibu, adik, kakak, semua anggota keluarga, teman atau pun jiran. Kerana apabila terjadi sesuatu kepada kita mestilah orang yang pertama tahu adalah orang terdekat kita. Disini saya ingin membahas orang yang dekat dengan kita selain anggota keluarga kita sendiri yaitu  jiran kita. Maka sebagai jiran yang baik haruslah kita mengambil berat tentang jiran-jiran yang berhampiran rumah kita. Apabila ada yang boleh kita bantu, bantulah semampunya. Ciptakan hubungan yang harmoni antara mereka. Tak rugi kita berbuat demikian, kerana mereka juga sebagian dari kita.

Tetapi pada zaman sekarang ini, kita nampak tidak harmoni dengan jiran sendiri. Di kampung-kampung, masih ada rasa kekeluargaan yang kental diantara sesama jiran, akan tetapi tidak begitu hal nya dengan di bandar. Kenapa terjadi hal sedemikian…?? apalagi di bandar-bandar besar, mereka bahkan tidak kenal dengan jiran sendiri. Siapakah yang harus dipersalahkan dengan hal ini….
Dengan kesibukan harian, kadangkala kita sudah menjadi robot yang tak perlu pedulikan orang lain. Kemanakah perasaan kita, apakah tak terpikir oleh  kita bagaimana seandainya terjadi sesuatu kepada keluarga kita dirumah dan pada saat itu kita tidak berada bersama mereka..?? siapa yang akan menolong keluarga kita..?? yang pasti sebenarnya jiran adalah orang yang pertama menjadi penolong keluarga kita bila terjadi sesuatu menimpa mereka. Jadi, mulai sekarang marilah kita ubah cara kita bermasyarakat. Ciptakan suasana akrab dengan jiran tetangga. Jadikan mereka sebagai kawan dan ahli keluarga kita juga. Buanglah sikap sombong dan acuh tak acuh yang selama ini mungkin ada dalam diri kita. Janganlah kita memandang dari segi kaya atau miskin, bangsa, agama dan keturunan. Berbaulah menjadi satu agar kita merasakan kita adalah sama di hadapan Allah Swt yang menciptakan kita semua.

Apabila ada majelis atau kesyukuran yang kita buat dirumah kita, jemput lah mereka agar mereka pun merasakan kebahagiaan yang kita rasakan. Saling tolong- menolong lah sesama kita. Sedangkan dalam Islam pun mengajarkan kita agar berbaik-baik dengan jiran tetangga. Kalau anda ingin tahu seperti apa seseorang itu, baik atau buruk perangainya…tanya saja pada jirannya, kalau jirannya berkata baik..maka baiklah sesorang itu tapi, kalau jawabannya sebaliknya maka itulah hakikatnya. Jadi, apabila anda nak tahu anda orang yang baik atau tidak tanya saja jiran anda. Saya rasa cukup sampai disini saja dulu entry kali ini. Kurang lebihnya saya mohon maaf. Yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah. Selamat beramal dan semoga kita menjadi jiran yang baik untuk jiran-jiran kita yang lain. Aamiin…

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *