Kemanakah Anda Akan Membimbing Mereka

Cuti sekolah menjelang, dimulailah aktifiti melancong atau pun balik kampung ke kampung halaman. Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta sebenarnya susah untuk bercuti bersama anak-anak, apabila tidak boleh mengambil cuti oleh majikan. Kepada yang dapat cuti tu memang menyenangkan sekali kerana dapat menikmati masa liburan dengan anak-anak tersayang. Meluangkan masa bersama orang-orang tersayang adalah merupakan terapi minda yang akan membuatkan seseorang itu merasa bebas dan jauh dari tekanan kehidupan yang terpaksa di lalui setiap hari. Kepada yang tak bercuti, anda boleh ciptakan suasana yang lain dirumah anda untuk anak-anak anda. Pergi beriadah di petang hari ke taman pun boleh juga dilakukan tanpa harus pergi ke tempat jauh seperti ke luar kota atau melancong. Yang penting kebersamaan kita dengan yang tersayang, bukan kemana tempat kita nak pergi kan…Anda boleh juga memasukkan anak ke kem-kem motivasi atau bengkel-bengkel motivasi yang mengadakan event  di musim percutian sekolah.

Bagi kanak-kanak yang sudah masuk ke alam persekolahan yang sudah mengerti tentang kecanggihan tehnologi sekarang ini, pada saat cuti tanpa pergi kemana-mana mereka biasanya manghabiskan masa dengan gajet ataupun komputer. Perlu anda ketahui bahawa banyak sekali informasi yang dapat mereka ketahui dengan peralatan seperti itu dengan tersedianya layanan internet sekarang ini. Mereka akan dapatkan banyak informasi kebaikan dan juga keburukan. Kerana semua informasi ada dalam layanan internet, oleh sebab itu bimbinglah anak-anak anda untuk bijak menggunakan kecanggihan dan kemudahan internet ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet dirumah, mereka akan pergi ke Cyber Cafe yang berdekatan. Bolehkah anda bayangkan kalau mereka pergi ke Cyber Cafe melayari internet sesuka hati mereka tanpa pengawalan ibu bapa atau keluarga..??Oleh itu peranan kita sebagai orang tua untuk tetap memantau anak-anak kita dari perilaku yang tak baik.

Cubalah rapat dan berbincang dengan anak. Bentuk pribadi mereka yang takut kepada Allah. Kerana bila mereka takut kepada Allah, maka setiap tindakan dan perilaku mereka akan menjurus kepada hal yang disukai Allah. Ingatkan mereka jika mereka pergi kemana saja atau pun melakukan apa saja ada Allah yang melihat perbuatan mereka. Apabila sudah tertanam di hati mereka, mereka akan takut untuk berbuat hal-hal yang tak baik kerana mereka tahu Allah senantiasa memerhati mereka. Ajarkan mereka sholat 5 waktu sedari kecil, agar mereka terbiasa kelak bila dah dewasa. Tanggung jawab kita sebagai orang tua harus mengarahkan mereka ke jalan kebaikan. Betapa bahagianya kita apabila kelak ada anak-anak sholeh yang mendoakan kita.

Apa yang dilakukan atau tabiat anak sebenarnya adalah cerminan dari orang tua mereka. Contohnya saja apabila orang tua selalu menunaikan sholat tepat  masa, insaaAllah anak-anak pun akan mengikut kebiasaan itu. Jadi mulai dari sekarang buatlah apa yang patut dan menjadi contoh ikutan yang baik di mata anak-anak kita.  Siapa lagi kalau bukan kita yang akan mendidik anak-anak menuju kearah kebaikan selain guru di sekolah. Berikan masa yang cukup untuk mereka mengenal siapa yang menciptakan mereka dan apa tujuan kita semua hidup di dunia ini. Mudah-mudahan dengan kita mendidik mereka sejak kecil akan membawa kepada terlahirnya seorang pemimpin di masa hadapan yang beriman dan berjaya di dunia serta akhirat. 

Pada zaman serba moden ini kebanyakan orang tua sibuk dengan pekerjaan sampai terlupa hak dan kewajiban mereka kepada anak-anak. Berilah masa anda untuk mereka, luangkan masa bersama. Apalagi dalam cuti sekolah, mereka tentunya inginkan kebersamaan bersama keluarga dan orang-orang terdekat. Jangan anda tidak mempedulikan mereka, kerana akhirnya hubungan anda tentunya tidak akan baik. Binalah hubungan yang baik dengan anak-anak anda, kerana mereka adalah masa depan anda. Anda lah yang mencorakkan mereka. Mereka adalah amanah yang paling berharga dari segalanya. Dalam kesempatan ini suka saya berkongsi dengan anda agar menjadikan anak-anak sebagai kawan dan bimbinglah mereka ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Saya harap percutian anda bersama mereka menjadi percutian yang boleh mengakrabkan anda sekeluarga.  Ciptakan kengan indah bersama mereka agar kenagan itu terpahat di hati mereka sampai mereka menjadi tua seperti kita. Dan pada akhirnya mereka pun akan terbiasa dengan kebaikan hingga membimbing keluarga mereka kelak ke arah kebaikan juga. Ciptakan moment yang baik di benak anak-anak anda agar di masa akan datang mereka mempunyai kenangan indah yang tak kan terlupakan bersama anda dan keluarga. Semoga kita semua menjadi orang tua yang menjalankan tanggung jawab dengan baik. Yang dapat melahirkan anak-anak yang sholeh yang berguna bagi agama, bangsa dan negara , aaminn ya rabbal alamin.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Mengapa Saya Masih Memilih Vitamin Shaklee Sampai Kini?

Alhamdulillah tak terasa dah masuk 10 tahun kaknil dan keluarga amalkan Vitamin Shaklee. Cepatnya masa berlalu kan? Banyak perubahan yang kami rasakan sejak amalkan Vitamin shaklee. Yang…

Spread the love

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari

Sebagai wanita banyak hal yang kita buat dalam 24 jam masa kita sehari. Perasaan bercampur baur, kadang sedih, gembira dan sebagainya. Wanita tak lepas dari emosi perasaan…

Spread the love

Menariknya Percutian Shaklee Tahun 2023 Ni

Dalam Shaklee ada hadiah percutian dalam dan luar negara yang diberikan kepada Shaklee Independent Distributor (SID) yang layak. Sudah tentu percutian ini amatlah dinanti-nanti dan amat berharga…

Spread the love

7 Amalan Gaya Hidup Sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat adalah sangat penting untuk kita lakukan setiap hari, kapan sahaja dan dimana sahaja. Tak kiralah kita masih muda mahupun sudah meningkat umur. Amalan…

Spread the love

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

This Post Has 8 Comments

Leave a Reply

%d