Kenapa Anak-Anak Perlu Makan Sayur

Anak-Anak Perlu Mengambil Sayur

Menurut pakar pemakanan, anak-anak perlu makan sayur kerana ia adalah antara makanan yang paling banyak mengandungi zat.  Sayur membekalkan banyak nutrisi penting seperti vitamin C dan B Complex, mineral, serat, karotenoid dan bahan bio aktif yang dikenali sebagai bahan fitokimia. Nutrien-nutrien ini boleh melindungi anak daripada pelbagai jangkitan penyakit kronik.
Sayur memberi imuniti pada tubuh,  jika anak tidak makan sayur, maka sistem imun badan mereka menjadi lemah dan tidak bekerja secara optimum. Antara kesannya ialah mereka begitu mudah jatuh sakit.

Aneka Sayuran

Sayur tidak boleh digantikan dengan makanan tambahan kerana kesannya tidak serupa. Sayur juga tidak mengandungi lemak. Jadi, ia amat baik sekali khususnya buat ibu-ibu yang selalu berdiet. Kanak-kanak tidak boleh bergantung sepenuhnya pada sayuran, kerana ianya tidak cukup untuk pertumbuhan dan tumbuhbesaran mereka. Kanak-kanak amat memerlukan protein terutamanya dari sumber haiwan.

Tapi bagaimana apabila mereka tidak menyukai sayur-sayuran..? Masaklah sayuran setiap hari dan pujuklah mereka untuk memakannya. Pujuk tanpa henti dan katakan kepada mereka bahwa ahli sukan atau pun dokter yang hebat diseluruh dunia adalah mereka yang setiap harinya mengamalkan kebiasaan memakan sayur-sayuran. Percayalah kesannya akan mempengaruhi anak anda apabila mereka dewasa kelak. Malah, ianya akan menjadi tabiat dan seterusnya memelihara kesihatan yang berpanjangan.

Berapa banyak sayur yang perlu diambil…? Menurut pakar pemakanan lagi, kanak-kanak memerlukan 3-5 hidangan sayuran dan buah-buahan sehari. Namun berapa banyak kuantitinya untuk satu hidangan..? Menurut pakar ada satu kaedah yang boleh anda lakukan, yaitu dengan cawan kaca, setengah cawan kaca dikira satu hidangan.
Bagaimana kalau selama ini anda jarang memberikan sayuran kepada anak anda.? anda harus membiasakan diri untuk selalu membiasakan diri untuk selalu memasak sayur dirumah anda, agar kebiasaan ini akan menjadikan anak-anak anda suka kepada memakan sayur-sayuran.

Menurut satu kajian, selera kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu-bapa. Walaupun kanak-kanak tidak akan menyentuh atau merasa makanan itu sewaktu kali pertama dihidangkan., lambat laun setelah beberapa kali melakukan demikian dan sambil bercakap mengenai khasiat makanan tersebut, mereka akan berunah sikap.

Pentingnya kita memperkenalkan  sayur kepada kanak-kanak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

This Post Has 8 Comments

  1. anak-anak saya susah nak makan sayur walaupun mak bapak dorg makan jenis makan sayur dan ulam. tapi dorg makan bila saya bagi sandwich telur campur timun, lobak. atau kimbap roll..tp syukur dorg xde masalah makan buah

    http://bit.ly/1raeyMk ni resepi sandwich telur eheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *