Perhatikan Pengambilan Makanan Anak Anda

Usia 6 tahun kebawah adalah sangat penting untuk kanak-kanak,  kita sebagai ibu bapa harus cermat memperhatikan tentang pengambilan makanan bagi mereka.  Berilah anak-anak belbagai jenis makanan yang dapat membekalkan tenaga untuk aktifiti harian mereka. Dan pastinya anda perlu juga memperhatikan dari segi zat yang ada dalam makanan itu cukup zat untuk perkembangan  dan pertumbuhan mereka.  Bermula dari umur 1 tahun, kanak-kanak sudah boleh diberikan makanan keluarga. Pemilihan snek juga penting agar mereka terindar dari makanan-makanan yang tak berkhasiat. Anda boleh memberi snek seperti buah-buahan, jagung, sayur-sayuran, susu, dadih, keju dan kuih muih seperti pau atau apam.


Elakkan dari memberi makan anak makanan yang tinggi lemak, garam dan gula serta makanan yang kurang berkhasiat seperti gula-gula, kek, coklat, ais krim, kentang goreng segera dan minuman berkarbonat. Pupuklah amalan memakan makanan secara sihat dikalangan kanak-kanak. Bagaimana anda untuk membiasakan mereka memakan makanan sihat..?

Senang sahaja, seperti biasakan anak makan mengikut jadwal makan yang ditetapkan. Anda boleh juga menghidangkan jenis belbagai sayur sayuran disetiap waktu makan. Biasakan kanak-kanak minum air kosong berbanding air manis atau berkarbonat. Galakkan kanak-kanak makan buah-buahan pada waktu utama dan juga snek. Anda perlu jugaa menghidangkan makanan yang rendah gula ataupun garam. Dan yang paling penting, jangan biasakan kanak-kanak manikmati hidangan makanan sambil menonton televisyen.

Untuk menggalakkan anak makan, anda harus ciptakan suasana bahagia ataupun gembira disaat makan. Jadikan waktu makan sebagai waktu yang menyeronokkan bagi mereka. Jangan sesekali anda memarahi mereka semasa mereka sedang makan. Belbagaikan kombinasi warna makanan agar nampak menarik di depan mereka, sehingga menarik minat mereka untuk makan timbul. Jikalau anda pergi ke pasaraya dan melihat bekas makanan yang cantik, jangan lupa untuk membelikannya untuk mereka. Kerana ini salah satu cara untuk menarik minat mereka untuk makan, yaitu memberi makanan dalam bekas yang mereka sukai. Seperti tokoh cartoon kesayangan mereka. Ataupun mungkin boleh juga dengan aneka bentuk pinggan yg menarik.  Berinteraksi dengan baik dengan kanak-kanak waktu makan juga lebih baik untuk mereka merasa lebih kita hargai.

Samasa kanak-kanak demam ataupun sakit, seperti selesema atau pun cirit birit, Berilah mereka air kosong yang mencukupi agar mereka tidak mengalami dehidrasi. Apabila mereka tidak mau minum air kosong, pilihan yang paling tepat yaitu air jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran segar. Berilah mereka makanan yang lembut dan berkhasiat.  Pastikan makanan mereka bersih dan selamat di makan.

Kita sebagai orang tua sememangnya menginginkan yang terbaik untuk mereka. Oleh kerana itu cubalah untuk memantau kanak-kanak dalam pemakanannya dirumah atupun dimana sahaja anda membawa anak-anak anda. Semoga perkongsian kali ini boleh bermanfaat untuk anda dan kita semua. Jagalah dan sayangilah anak-anak anda kerana mereka adalah permata bangsa dan juga harapan anda di dunia dan di akhirat nanti.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *