Prasangka Menghalang Keyajaan

Kita adalah dituntut untuk bersikap terbuka. Dengarlah terlebih dahulu sebuah ucapan, setelah itu kita bebas memilih untuk menerima atau menolak. Sebab hikmah itu ada kalanya terbit daripada sumber yang tidak kita sangka-sangka. Prasangka seringkali menutup pintu kejayaan diri. Berapa banyak peluang kejayaan yang dilepaskan begitu sahaja kerana pelbagai fikiran negatif, seperti “ini mustahil dilakukan” dan “saya tak mampu”. Berapa banyak rekonsiliasi umat Islam terbantut kerana sangkaan ada ” agenda tersembunyi” , ” konspirasi“, “berbeza party” dan sebagainya. Padahal kenyataannya sering kali tidak segelap seperti yang kita bayangkan.

Sikap penuh prasangka ini juga sering kali menutup pintu ilmu pengetahuan.  Saya seringkali melihat orang yang berpikiran negatif, lalu enggan mendengar, apalagi menerima pendapat. Sikap seperti ini jika di lakukan oleh orang awam bukan suatu masalah. Tetapi akan menjadi bencana yang sangat besar apabila orangvyang “terpelajar” bersikap seperti orang awam. Sikap ini tentunya akan merugikan diri sendiri.

Bahaya buruk sangka
Setelah mengetahui akibat buruk yang ditimbulkan oleh sikap ini, kita jadi mengerti mengapa Allah Swt menyuruh kita untuk menjauhinya.  Para ulama menetapkan buruk sangka sebagai salah satu maksiat bathin. Malah mereka mengatakan bahawa kebiasaan ini jika semakin parah dan tidak segera ditinggalkan, dapat mengakibatkan penutup usia yang buruk ( su’ul khatimah).  Imam al-Syafiibberkata, ” sesiapa yang ingin agar menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu bersangka baik kepada manusia.
Selain itu buruk sangka ialah cerminan hati yang kotor. Seorang pencuri akan senantiasa berasa khuatir dan menyangka setiap  orang yang dilihatnya adalah polis. Sehingga setiap teguran di dengarnya seperti pekikan untuk menangkapnya. Itulah yang terjadi kepada jiwa orang -orang munafik. Kekotoran hati melahirkan buruk sangka dalam fikiran mereka.

Bersih Hati
Saya selalu berasa kagum dan iri setiap kali melihat sesorang yang tidak pernah berburuk sangka kepada orang lain. Joka ia orang awam, maka ia lebih saya sukai daripada golongan terpelajar yang fikiran nya penuh dengan buruk sangka kepada orang lain. Selain menikmatibkejayaan di dunia, ia akan mudah melalui hisab di akhirat nanti. Ini kerana Allah tidak akan menghukum sesorang kerana telah banyak baik sangka, namun Allah akan menghisab dan menghukumnya kerana buruk sangkanya terhadap orang lain.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *