PUPUK MINAT KANAK-KANAK MENABUNG SEAWAL MUNGKIN

Menabung adalah pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang.  Sebagai orang tua yang bijak, sudah semestinya kita mengajarkan kepada kanak-kanak agar mereka mulai belajar menabung seawal usia dini. Banyak manfaat dari menabung ini. Salah satunya membolehkan anak berdisiplin dan berjimat cermat. Pada zaman saya kecil, apabila nak menabung saya akan masukan duit sisa dari belanja sekolah ke dalam bekas seperti tin atau bekas roti yang sudah tak digunakan lagi. Pada masa itu hidup susah, jadi apabila mau membeli sesuatu saya harus menabung terlebih dahulu. Apabila tabungan atau bekas roti itu telah penuh, maka barulah saya membeli apa saja yang saya inginkan. Tapi walaupun sudah memiliki uang yang cukup untuk membeli apa yang dihajati, rasanya sayang pulak untuk membelanjakannya. Akhirnya saya berikan duit itu kepada ibu untuk disimpan di bank.

Zaman sekarang dengan zaman dahulu jauh berbeza. Kebanyakan dahulu orang tua-tua ada yang menyimpan uang di bawah bantal dan di atas siling rumah. Kerana mereka menganggap lebih selamat bila disimpan disitu. Tapi pada zaman sekarang kita boleh menabung dimana jua bank dan boleh menyimpan uang dalam bekas-bekas yang cantik dirumah.  Menabung sangat baik kerana tentunya kita mempunyai bekal ataupun persiapan di masa hadapan. Contohnya saja apabila terjadi sesuatu pada kita atau keluarga kita yang memerlukan kita untuk mengeluarkan sejumlah uang, maka pada masa itu kita sudah siap sedia dan tak perlu lagi risau.  Itulah hebatnya menabung ini. Maka dari itu marilah kita bersama-sama mendidik generasi muda atau anak-anak kita untuk mencintai amalan menabung ini. Ianya untuk mendidik mereka agar tidak bersikap boros dan berfoya-foya. Masih belum terlambat untuk memulainya.

Dimulai dari sedikit dengan membeli kan anak-anak bekas tabungan seperti tokoh cartoon kesayangan mereka, hadiahkan lah kepada mereka masa hari jadi atau pada kesempatan apa saja. Tumbuhkan minat mereka pada menabung sedari usia dini agar mereka nanti akan terbiasa. Apabila tabungan mereka sudah penuh,  ajaklah mereka ke Bank untuk memasukkan duit itu kedalam account. Sangat bermanfaat sekali bukan…?
 Saya harap perkongsian kali ini membawa kepada kebaikan untuk saya dan anda semua, aamin..insaaAllah…jangan lupa untuk menabung demi anda dan masa hadapan yang cemerlang.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Mengapa Saya Masih Memilih Vitamin Shaklee Sampai Kini?

Alhamdulillah tak terasa dah masuk 10 tahun kaknil dan keluarga amalkan Vitamin Shaklee. Cepatnya masa berlalu kan? Banyak perubahan yang kami rasakan sejak amalkan Vitamin shaklee. Yang…

Spread the love

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari

Sebagai wanita banyak hal yang kita buat dalam 24 jam masa kita sehari. Perasaan bercampur baur, kadang sedih, gembira dan sebagainya. Wanita tak lepas dari emosi perasaan…

Spread the love

Menariknya Percutian Shaklee Tahun 2023 Ni

Dalam Shaklee ada hadiah percutian dalam dan luar negara yang diberikan kepada Shaklee Independent Distributor (SID) yang layak. Sudah tentu percutian ini amatlah dinanti-nanti dan amat berharga…

Spread the love

7 Amalan Gaya Hidup Sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat adalah sangat penting untuk kita lakukan setiap hari, kapan sahaja dan dimana sahaja. Tak kiralah kita masih muda mahupun sudah meningkat umur. Amalan…

Spread the love

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

This Post Has 3 Comments

Leave a Reply

%d