Syukur atas nikmatMu

Alhamdulillah….dengan ijin Allah akhirnya lahirlah puteri kedua kami pada 7hb7 2014 yang lalu. Syukur kepada Allah persalinan berjalan lancar dan tak mengalami sebarang masalah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya. Seperti perawat-perawat dan doktor -doktor di hospital yang telah memberikan layanan terbaik mereka hingga saya selamat bersalin.  Alhamdulillah persalinan saya normal. Saya duduk di hospital hanya sehari sahaja dan keesokannya diberi keijinan untuk pulang ke rumah.

Syukur kepada Allah dalam 2 kali persalinan saya, saya ditemani dan dibantu oleh ibu dan adik-adik saya. Saya termasuk bertuah kerana sebelum saya bersalin ibu saya terbaring sakit dan mungkin tidak akan dapat datang membantu dan menemani saya semasa melahirkan. Begitu juga dengan adik-adik saya yang sibuk bekerja.  Saya pasrah kepada Allah. Apabila ditakdirkan saya bersalin tidak ditemani mereka, saya terima dengan tangan terbuka. Tetapi alangkah terkejutnya saya, bahwa ternyata ibu dan adik-adik saya akan datang dan tentunya akan menemani saya dalam persalinan nanti. Alangkah sangat bersyukur saya kepada Allah kerana ibu saya yang telah 6 bulan terbaring sakit ternyata pulih,  juga boleh sampai ke rumah saya untuk menemani saya. Kuasa Allah sangat luar biasa. Begitu juga dengan adik-adik saya yang sebelumnya sibuk bekerja tak memperoleh keijinan cuti, dengan tiba-tiba diberikan cuti oleh majikannya. Alhamdulillah…tak sia-sia saya berdoa selama ini. Kesabaran adalah suatu yang sangat luar biasa ganjarannya.

Genap sebulan usia puteri saya, kami mengadakan acara potong rambut dan doa selamat untuknya. Alhamdulillah acara berjalan dengan lancar. Dengan dihadiri keluarga dekat, rakan dan jiran tetangga. Dengan kelahiran puteri kedua ini sangat bermakna bagi kami sekeluarga. Di kemudian hari tentunya si kakak akan bermain dengan adik. Tidak seperti sebelumnya sendiri dan tak ada teman untuk bermain.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada suami, ibu,  adik-adik dan keluarga semua. Kerana menjaga saya selama ini. Dari persalinan sampailah kesaat ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan yang telah anda semua lakukan kepada saya.

                                               
   Inilah suasana Marhaban pada masa itu

Saat menulis ini, ibu dan adik-adik saya telah kembali ke kampung semula untuk menjalankan aktifitas masing-masing. Tinggallah kami keluarga anak beranak saja. Rasanya berbeza sekali dengan masa ibu dan adik-adik ada membantu. Sekarang semua dilakukan sendiri, memang mencabar sekali. Tetapi itu semua harus dijalani dengan sabar dan yakin bahwa saya pasti boleh lakukannya.
InsaaAllah….

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *