Aktiviti Sihat Atasi Mengantuk Di Siang Hari

Aktiviti harian anda boleh dikatakan senantiasa sibuk dan padat. Hinggakan tidur anda pun agak lewat malam dan terpaksa bangun pada awal pagi. Dalam keadaan begini, anda sanggup mengambil minuman berkafein untuk memastikan anda senantiasa bertenaga sepanjang hari. Walaupun hirupan kafein bertenaga lebih daripada 8 jam tetapi kafein juga boleh mengurangkan waktu tidur anda. Ada cara lain yang dapat mengatasi masalah anda agar lebih segar untuk melakukan aktiviti harian tanpa bergantung pada kafein.

 Diantaranya ialah :

  • Bangun dari tempat duduk dan bergerak

Kajian yang dilakukan oleh Profesor Robert Thayer dari California State University mengatakan berjalan kaki selama 10 menit dapat meningkatkan tenaga selama 2 jam. Ini kerana berjalan kaki dapat nenampung darah ke pembuluh darah, otak dan otot. Berbanding mengunyah gula-gula getah, ia dapat memberikan tenaga tetapi juga ia lebih cepat berkurangan.

  • Kudapan sihat Untuk Bertenaga

Walaupun makanan manis boleh memberi tenaga tetapi ia juga boleh membuatkan kadar gula pada  darah menjadi rendah dan mejurus kepada keletihan. Ambillah kudapan yang sihat seperti biskut kraker atau yogurt dengan kacang dan buahan segar.

  • Tidur Waktu Siang

Menurut Barry Krakow, penulis Sleep, Sound Mind: 7 Keys To Sleeping Through The Night, jangan lakukan lebih daripada sekali sehari dan jangan tidur siang hari terlalu hampir dengan waktu tidur malam. Sebaiknya, tidur pada pada waktu siang antara 5-45 minit. Adlah lebih baik, jika anda tidur pada waktu siang 6- jam sebelum waktu tidur malam. Jika di pejabat gunakan waktu rehat agar tidak mengganggu waktu kerja. Jika anda tidak ada masa untuk tidur di siang hari, memadai dengan duduk seketika dengan mata tertutup selama 10 minit sahaja. 

  • Rehatkan Mata

Menghadap komputer terlalu lama menyebabkan mata mengantuk dan penat. Cuba alihkan pandangan anda dari monitor selama beberapa minit demi untuk merehatkan otot mata anda.

  • Perbincangan 

Jika anda mula merasakan mengantuk, cubalah berbincang atau berkumpul bersama kawan seketika untuk mengaktifkan otak  anda. Bincang berkenaan dengan minat anda atau hal-hal yang menjadi kontroversi belakangan ini. 

  • Cari Cahaya

Suasana yang redup dan malap boleh menambahkan rasa mengantuk. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada cahaya terang mampu mengurangkan rasa mengantuk. Jadi, cuba tingkatkan pencahayaan di pejabat atau rumah anda. 

  • Tarik Nafas Dalam

Menarik nafas dalam-dalam dapat meningkatkan tahap oksigen dalam darah. Ia membantu melambatkan denyutan jantung, menurunkan tekanan darah, melancarkan perjalanan darah dan menambahkan tenaga mental. Tarik dan hembus nafas secara teratur selang beberapa minit.

  • Tukar Jadual Kerja

Dalam kajian yang dilakukan di Finland mendapati kebanyakan mereka yang bekerja 12 jam pada waktu malam boleh memberikan kesan kurang baik. Sekali sekala, cubalah menggantikkan tugas untuk menggerakkan otak dan pikiran anda. 

  • Banyak Minum Air

Dehidrasi boleh menyebabkan anda keletihan. Pastikan anda mendapat air yang cukup dalam badan dan mengambil makanan yang mengandungi air seperti buah-buahan dan sayuran.

  • Cahaya Matahari

Gunakan masa sekurangnya 30 minit setiap hari untuk berada di ruangan yang cerah. Malah, bagi yang menghidap insomnia, anda disarankan menghabiskan masa selama satu jam di bawah sinaran matahari setiap hari. 

  • Senaman Tingkatkan Tenaga

Sebanyak 70 kajian yang dilakukan mendapati senaman sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan pada waktu siang. Memadai dengan latihan secara rutin selama 30 minit setiap hari dapat membantu menungkatkan tenaga. Mengambil makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat, selepas 2jam melakukan senaman dapat mengurangkan kehilangan tenaga. Pastikan anda bersenam beberapa jam sebelum waktu tidur agar anda tidur dengan lebih lena.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 2 Comments

  1. Atasi rasa mengantuk anda di siang hari dengan sebaiknya, baik jika anda mempunyai kualiti tidur di malam hari yang cukup agar anda tidak rasa mengantuk keesokan harinya.

Leave a Reply

%d