Inginkan Percutian Yang Menyenangkan

Anda Perlu Melakukan Beberapa Persediaan Sebelum Pergi MelancongAnda merancang percutian akhir tahun ini.? Tetapi masih tertanya bagaimana mengimanginya dengan bajet sepanjang perjalanan nanti.?
Sebenarnya banyak petua boleh dijadikan panduan jika anda mahu mendapatkan percutian menyenangkan.

Nikmati percutian dengan tenang

Tempah percutian ke Bali untuk menikmati pemandangan indah begini

 Ikuti beberapa tips dan beberapa panduan berikut ;

  • Tempah penerbangan dan hotel

Alangkah bagus jika anda dapat membuat sedikit Rujukan mengenai tempat yang bakal di tuju sebelum mengatur sebarag parancangan. Andai sudah pasti dengan tempat tujuan yang akan anda pilih, tempahlah penerbangan pada waktusebelah  pagi atau lewat malam untuk memanfatkan hari anda sebaiknya. Pertimbangkan juga pembelian tiket penerbangan yang lebih fleksibel jika destinasi pilihan anda terdedah pada bencana alam. Bawa kelengkapan perlu saja, jadi anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk caj lebihan bagasi. Untuk mendapatkan hotel dengan tawaran harga terbaik, rujuklah komen yang ditinggalkan pelancong dilaman Agoda dan TripAdvisor. Jika anda mahu terus berjimat, jangan malu mendapatkan kadar diskaun dan kupon tambang murah kapal terbang, kereta api, bas, penginapan dan juga makanan. 

Salah satu restaurant di Ubud Bali

Pilihlah makanan kesukaan anda

  • Insurans dan Visa perjalanan

Adalah penting untuk mempunyai perlindungan untuk keadaan kecemasan atau kehilangan bagasi. Insurans jenis ini boleh disapati ketika pembelian tiket penerbangan atau melalui ejen berkaitan.  Bagaimanapun perlu dipastikan bahawa tempoh perlindungan insuran diambil sesuai dengan racangan perjalanan anda. sesetengah negara memerlukan visa perjalanan. Jadi, buatlah permohonan visa lebih awal untuk mengelak sebarang masalah di saat akhir. 

  • Barang berharga dalam satu beg

Pelancong selalu diingatkan agar tidak menyimpan barang-barang berharga dalam satu beg. Namun ramai terlupa tentang hal ini setiap kali bepergian. Elakkan meggunakan kad kredit sepanjang perjalanan anda kerana memakai wang cash lebih menguntungkan anda.

  • Gunakan Peta

Lupakan saja niat memneli buku panduan pelancong jika anda sudah memiliki telepon pintar. Muat turun aplikasi seperti Maps With Me Lite, OSMAnd dan NavFree. Aplikasi Advisor juga memudahkan anda untuk memuat turun informasi berkaitan bandar dan laluan popular. Semua aplikasi ini percuma, namun anda harus berhati-hati dengan kadar penggunaan bateri telepon. Pastikan anda selalu membawa “Power Bank”. 

  • Berhati-hati dengan penipuan

Setiap negara yang dikunjungi ada versi penipuan tersendiri. Apapun pastikan anda membaca sedikit mengenai destinasi yang bakal dikunjungi. Ketahui hak anda selaku pelancong dan simpan nombor telepon pejabat kedutaan untuk waktu kecemasan. sekiranya anda perlukan bantuan atau kehilangan pasport dan barangan berharga, buat laporan polis dengan kadar segera. Simpan salinan laporan yang dibuat untuk memudahkan tuntutan insurans. 

Sekian dulu perkongsian kali ini tentang kemana dan sedikit tips untuk anda melancong ketempat yang anda inginkan. Rancang perjalanan anda dengan baik untuk keselesaan anda selama melancong nanti. Semoga percutian anda menyenangkan dan membawa sejuta kenangan indah bagi anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

%d