Lima Langkah Makan Lebih Lambat

Aktifiti bersama kawan-kawan sambil menikmati makanan memang menyeronokkan. Ketika makan sambil bercerita hinggakan anda tidak sedar telah meminta lebih banyak makanan. Malah, dengan waktu yang terlalu singkat dan terhad membuatkan anda makan dengan lebih cepat.
Menurut Sasha Loring, pakar terapis dari Duke Integrative Medicine, di Durham, North Calorina, mengatakan makan dengan cepa boleh menimbulkan masalah kesihatan. Bukan sahaja sukar untuk menghadamkan makanan tetapi juga lebih banyak pengumpulan kalori dalam badan. Keadaan inilah yang membuatkan berat badan anda semakin meningkat tanpa di sedari. 

Makanlah sekadarnya untuk elakkan berat badan yang naik melambung

Tip ini boleh membantu anda mengubah cara makan dengan betul dan timbangan berat badan anda tidaklah melambung tinggi. Diantara tips yang boleh anda lakukan iaitu:

  • BERTENANG SEBELUM MAKAN

Sebelum anda ingin menikmati hidangan, berhenti seketika untuk bertenang dan pikirkan tahap kelaparan anda dan berapa jenis yang peru anda makan. Ambil masa dua menit untuk duduk, bernafas dan tidak bercakap.

  • SUDU DAN GARPU

Kita akan mengambil masa 20 menit untuk memberi isyarat kenyang. Namun anda selang-selingkan suapan dengan meletakkan sudu dan garpu  serta mengurangkan suapan berikutnya. Terbukti, apabila anda betul-betul melakukkannya beberapa kali pasti akan terjadi setiap anda makan.

  • UBAH  POLA PEMAKANAN

Apabila anda makan bersama pasangan di restaurant, tentu anda berusaha untuk kelihatan tenang, menikmati hidangan dengan iringan musik. Berbanding dengan makan bersama kawan-kawan di restaurant makanan segera. Cubalah pasangkan musik yang lembut dan gunakan piring yang kecil. Cara ini membuatkan anda lebih  menikaati makanan dan melambatkan anda. 

  • TUTUP TELEVISIYEN

 Kebanyakan daripada anda sudah terbiasa maka sambil meonton televisyen. Tayangan di televisyen juga mampu mengalihkan perhatian anda sehingga anda makan  terlalu cepat dan tidak tahu bila akan berhenti makan. Untuk memastikan televisyen tidak mengganggu tumpuan dan fokus anda, segera matikan siaran atau makan di tempat makan yang tidak ada televisyen. 

  • 4 GIGITAN PERTAMA

Menurut Jean Kristeller, pakar psikologi dari State University, orang yang makan dengan cepat adalah mereka yang ingin mengejar masa. Begitu juga ketika anda menonton televisyen sambil mengambil makanan ringan. Anda pasti tidak akan berhenti makan selagi makanan itu habis. Untuk mengatasi masalah ini, cuba biarkan makanan ringan yang anda ambil berada pada lidah untuk beberapa saat. Anda mampu menikmati makanan ringan itu dengan empat gigitan pertama sahaja.
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 2 Comments

  1. Makan seperlunya sahaja agar anda daparkan berat badan yang ideal…makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral..cukup zat dan menyihatkan lebih baik daripada makanan yang tinggi lemak dan kolesterol…

Leave a Reply

%d