Membesar Kuat, Sihat & Cerdas

Jom Makan Bayam

Sayur bayam mengandungi zat besi

Begitu hebatnya peranan bayam sebagai pemberi tenaga terbaik kepada tubuh manusia, Bayam punya pelbagai manfaat kepada manusia baik untuk golongan dewasa mauun kanak-kanak, Justeru, didiklah anak anda  untukmenikmati bayam dari kecil  kerana manfaatnya kekal sepanjang usia.
Bayam merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan Vitamin A, C, dan E serta zat besi seperti Kalsium, Potassium, magnesium, mangan dan zink. Tumbuhan ini yang dikenali sebagai  Spinacia oleracea” dari segi saitifiknya, berdaun hijau yang lembut dan berbentuk bulat atau bujur. Seperti sayuran lain, bayam bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah  yang ada kaitan dengan anemia. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengan segelas air kemudian di minum dua kali sehari. 

Bagaimana Jika Ingin Anak Menyukai Bayam?

  • Pelbagaikan Sajian. Langkah paling mudah untuk melatih si kecil anda di awal usia setahun adalah dengan mengisar bayam bersama nasi untuk dijadikan bubur atau dikisar bersama bijirin bayi. 
  • Cuba campurkan hirisan bayam kedalam makanan kegemaran anak anda seperti ke dalam hidangan telur hancur. Gabungan warna kuning bagi telur dan hijau bayam akan memberikan variasi warna yang menarik untuk selera makan anak anda. Jadika ia sebagai sarapan pagi yang menyihatkan bersama segelas susu.
  • Kanak-kanak juga suka makanan yang ringkas seperti spagheti.  Cara ini juga mampu melindungi kewujudan sayuran tersebut disebalik warna kuahnya. Potong halus dan campurkan bersama sos.
  • Gantikan penggunaan salad dengan bayam sewaktu anda menyediakan sandwich untuk si kecil anda. Rasanya yang bercampur dengan rasa roti dan hirisan ayam atau telur akan membuatkan kanak-kanak tidak menyadari kehadiran bayam di dalam makanan tersebut.
  • Bayam juga boleh ditambahdi dalam hidangan makaroni dan keju serta sebagai tambahan “topping” Pizza yang anda buat sendiri di rumah.

Enam manfaat Bayam untuk kesihatan

  • Untuk Membina salur darah yang lebih baik

Satu hidangan bayam ( anggaran satu cawan) mampu membekalkan 40% dari keperluan zat besi harian. Keperluan zat besi amat penting dalam membina sel darah merah yang membantu membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan  zat besi dalam tubuh akan membawa kepada keadaan dimana kita mudah berasa letih, kehilangan tenaga dan akhirnya berisiko untuk mendapat gejala anemia. 

  • Baik untuk jantung anda

Bayam juga merupakan sumber antioksidan yang baik dari Vitamin A, C dan E yang membantu mencegah berlakunya oksidasi kolesterol ( pengumpulan plak kolesterol) pada arteri. Keadaan ini boleh membawa risiko berlakunya serangan jantung secara tiba-tiba. Selain itu bayam juga kaya dengan zat mineral lain seperti magnesium, kalsium, dan potasium yang membantu mengawal tekanan darah.

  • Tulang lebih kuat 

Bayam adalah sumber Vitamin K yang terbaik, ramai yang tidak mengetahui bahawa vitamin K ini sebenarnya mampu membantu mencegah osteoporosis. Fungsinya adalah memastikan tulang menyerap kalsium secara maksimum. Bayam juga adalah sumber kalsium dan magnesium yang juga penting untuk mengekalkan kesihatan tulang.

  • Baik untuk mencegah kanser

Kaya dengan kandungan flavanoid yang membantu mencegah jangkitan pada tubuh. Flavanoid ini juga berfungsi merendahkan risiko mendapat kanser kolon, ovari dan juga paru-paru. Kandungan karatenoidnya juga bertindak mengurangkan risiko kanser prostat.

  • Sepasang mata yang lebih indah

Ucapkan terima kasih pada khasiat  Vitamin A yang terkandung di dalam bayam. Keperluan Vitamin A yang cukup telah diketahui mempunyai manfaat untuk memastikan penglihatan anda kekal berada dalam keadaan baik khususnya penglihatan di malam hari. Satu saiz hidangan  ( anggaran 1 cawan) bayam dapat membekalkan tiga kali ganda keperluan vitamin A yang disarankan dalam diet harian. Bayam juga merupakan sumber lutein ( pigmen karatenoid yang terkandung dalam tumbuhan hijau) yang baik. Lutein ini berfungsi memberikan perlindungan kepada mata dari penuaan atau “age-related macular degeneration of the eyes”. Masalah ini jika tida diatasi akan embautkan mata kehilangan fungsinya mengikut pertambahan usia. 

  • Banyak khasiat untuk ibu mengandung

Vitamin A yang ditawarkan oleh bayam amat baik diambil oleh ibu mengandung kerana vitamin A ini amat diperlukan bagi pembentukan paru-paru janin dan juga bagi ibu semasa menyusui bayi. folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran janin terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. Kecacatan seperti bibir sumbing atau “spin bifida” boleh terjadi disebabkan kekurangan folat sewaktu mengandung.


Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

 JADI AHLI SHAKLEE
                     
        CARA JADI AHLI SHAKLEE PERCUMA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 4 Comments

Leave a Reply

%d