Pentingnya Air Untuk Tubuh Badan

Setiap sistem pada tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar tubuh badan terdiri dari air. Otot yang kecil, darah dan otak memgandungi 70 peratus air. Cecair penting yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari.  Tetapi sebaliknya orang tidak meminum air yang mencukupi.
Air mengawal suhu badan,  pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksid daru buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan menghalang badan daripada kecederaan. Setiap hari badan kehilangan secara purata 10 hingga 12 cawan air yang perlu diganti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan.

Minum air yang mencukupi di saat cuaca panas

Setiap hari seseorang perlu minum air sekurang-kurangnya lapan aun cawan sehari. Jumlah ini perlu dipertingkatkan lagi jika kita selalu melakukan senaman. Lebih banyak air perlu diminum dalam keadaan dihidrasi yang tinggi seperti  panas, kering atau sejuk atau bila berada pada altitude yang tinggi.
Air ialah yang terbaik, tetapi susu, air buah dan minuman lain terdiri dari 90 peratus air. Oleh itu dapat menampung keperluan hidrasi tubuh. Sebaliknya minuman berkafein dan beralkohol bertindak sebagai diuretik dan menambah kehilangan cecair. Sebenarnya untuk setiap gelas minuman berkafein ini, satu gelas air biasa perlu di minum.

Minum 8 gelas sehari 

Minum air sebelum dahaga dan minum segelas air selepas bangun dari tidur. Dan sebelum tidur. Minum air yang tetap dengan meminum air pada kadar yang sama setiap hari. Sekiranya anda mendapati diri  anda merasa dahaga berlebihan atau membuang air dengan banyak tanpa diketahui sebabnya, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sebabnya. Merasa dahaga dan banyak membuang air ( kedua-duanya iaitu pada jumlah yang banyak dan kerap) mungkin salah satu tanda penyakit, termasuk pelbagai jenis kencing manis.

Sumber: www. Sabrinawoods.com/fitness1.htm

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

%d