Selamat Menyambut Awal Muharam

Sama seperti tahun baru masehi, tahun baru islam pun dirayakan oleh semua muslim di seluruh dunia. Di masing-masing negara ataupun wilayah melaksanakan perayaan 1 muharam ini dengan pelbagai jenis kebiasaan. Ada yang mengadakan ceramah akbar atau pun melakukan perarakan di sepanjang jalan-jalan utama di ibukota.
Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam ( hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yatrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwah dan syiar Islam itu sendiri.


gambar dari google

Muharram yang berarti diharamkan atau yang sangat dihormati, memang merupakan bulan genjatan senjata atau bulan perdamaian. Hal ini menunjukkan bahwa umat Islam dimanapun harus selalu bersikap aman damai, tidak boleh mengobarkan api peperangan jika tidak diperangi terlebih dahulu. Berbeza dengan bulan Ramadan umat muslim diperbolehkan untuk berperang. Contohnya adalah perang Badar, salah satu perang termasyur di jaman Rasulullah Saw justeru terjadi pada tanggal 17 ramadhan.

Gambar diambil dari google

Antara amalan disunatkan pada bulan muharam

  • Berpuasa , maksud hadis ; barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tqhun. Maksud hadis: barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan muharam, iaitu hari khamis, jumaat dan sabtu , Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyaklah amal ibadat seperti sholat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan zulhijah selepas asar sebanyak 3x
  • Berdoa awal tahun pada 1 muharam selepas magrib 3x

gambar diambil dari google

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura ( 10 muharam)

  • Melapangkan masa bersama anak isteri . Fadhilatnya Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya Allah akan melapangkannya di dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadhilatnya di akhirat nanti Allah akan memasukkan nya ke dalam golongan yang ridho.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadhilatnya Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekedar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya Allah akan mengkurniakan hidupnya senantiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi sunat. Fadhilatnya tidak sakit  (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat ” sahaja aku mandi sunaf hari asyura kerana Allah Taala”.
  • Bercelak. Fadhilatnya tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000x . Fadhilatnya Allah akan memandanginya dwngan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat . Fadhilatnya Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat ” sahaja aku sembahyang  sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala” pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwallah 11x.
  • Membaca “hasbiallahu wa nik mal wa jeel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya diberi pahala seperti memberi sekalian orang berbuka puasa.
  • Puasa . Niat “sahaja aku berphasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah Taala .fadhilatnya  diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umroh dan seribu kali syahid. Diharamkan daripadanya neraka.

Kekuatan bulan muharam adalah pengendalian diri demi terciptanyan kedamaian dan ketentraman hidup, baik secara fisik, sosial maupun spritual. Kerana itu dibulan muharam Nabi Muhammad SAW menganjurkan umatnya untuk berpuasaa sunah Asyura  ( puasa pada hari kesepuluh di bulan muharam ).
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda  ” puasa yang paling utama setelah ramadhan adalah puasa di bulan muharam dan shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam ” ( HR Muslim).

Ibnu Abbas berkata ” aku tak melihat  Rasulullah SAW mengintefsikan puasanya selain Ramadhan , kecuali puasa asyura”. (HR Muslim). Dalam hadis lain yang diriwayatkan dari Abi Qatadah Nabi Saw bersabda ” puasa Asyura itu dapat menghapus dosa tahun sebelumnya”. (HR Muslim).
Melalui puasa sunah itulah umat islam dilatih dan dibiasakan untuk dapat menahan diri agar tidak mudah di jajah oleh hawa nafsu , termasuk nafsu dendam dan amarah. Sehingga perdamaian dan ketentraman hidup dapat diwujudkan dalam kita bermasyarakat berbangsa dan bernegara.

Rujukan :dari pelbagai sumber
http://www.nu.or.id/lang,id-.phpx, http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Badr, http://www.missionislam.com/quran/Surah%20Al-Ikhlas-At-Tauhid.htm, http://www.missionislam.com/quran/Surah%20Al-Ikhlas-At-Tauhid.htm.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :
  CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 5 Comments

Leave a Reply

%d