Annual Concert Dalam Auditorium Dewan Dato Abdul Hamid Batang Kali

Hari ini adalah hari yang sangat special untuk anak kami Siti Rania. Sekolah rania mengadakan Annual Concert dan Gradution for supper kids Tadika Alfa Omega. Rania sekarang kiddi kids ( 4tahun), jadi masih ada 2 tahun lagi untuk rania belajar di Tadika Alfa Omega.  Suasana di dalam Auditorium Dewan Dato Abdul Hamid Batang Kali sangat meriah sekali. Orang tua dan guru serta murid-murid berkumpul bersama dalam dewan yang telah dihias dengan cantik dan sederhana.

pentas yang cantik dan ceria

Hari ini papa Rania sengaja mengambil cuti, kerana tidak mahu melewatkan detik bersejarah Rania menari diatas pentas. Rania sungguh teruja kerana akan menari untuk pertama kalinya di atas pentas. Semasa menunggu giliran untuk menari, Rania sempat juga bercaption ria dengan papa dan adik aira. Oh ya adik aira juga berkesempatan mengambil gambar bersama anak pengetua sekolah tadi. Cantik anak pengetua rania. Anak teacher Bunny. Teacher Bunny adalah pengetua sekolah Rania.

berselfie sebelum persembahan

adik Aira bersama anak pengetua Teacher Bunny

Seronoknyer adik aira kat dalam dewan nie sampai boleh berselfie dan borak-borak dengan kakak yang comel ni.

sudah mengantuk nampaknya adik Aira

Persembahan kali ini memang luar biasa. Kerana semua murid-murid tampil mempersembahkan tarian kepada semua yang hadir dalam dewan ini. Persiapan sudah lama diatur oleh cikgu-cikgu di sekolah. Murid-murid setiap hari berlatih agar mereka boleh memberikan persembahan yang baik pada hari ini. Disini saya ada menyertakan gambar-gambar yang sempat diambil ketika mereka menari tadi. Diantaranya ada juga seorang cikgu yang turut sama menari. Guru ini namanya teacher Jo, menurut guru-guru yang lain, Rania sangat rapat dengan teacher Jo.

aksi Rania menari di atas panggung
Kanak-kanak bersama dalam sesi bergambar

Taecher Jo pun ikut menari

teman-teman Rania  yang comell

Rania rancak menari

Sangat meriah suasana dewan kali ini, biasanya apabila ada annual concert dewan tak penuh seperti ini ujar salah satu orang tua murid berborak dengan papa rania. Mungkin tahun ini agak meriah  kerana bilangan murid yang ada semakin bertambah ujar papa rania membalas obrolan mereka. Sangat suporting sekali kanak-kanak  ini, ada juga sempat saya terharu kerana melihat anak sudah meningkat usia kanak-kanak. Dan melihat dia menari diatas pentas itu rasanya sangat bahagia. Rania mempunyai keberanian untuk menari diatas pentas. 


inilah murid 6 tahun yang graduition hari ini

Tiba masanya untuk sesi upacara graduation, murid supper kids yang berusia 6 tahun naik satu persatu ke atas pentas untuk menerima jambangan bunga dan ucapan tahniah dari guru pengetua. Dan diikuti ucapan selamat oleh kedua ibu bapa. Selepas itu mereka mengambil gambar bersama. Rasa sedih dan terharu pulak masa nie, sebab murid-murid  harus berpisah dengan guru-guru yang selama ini mendidik mereka. Dan mereka harus pergi ke sekolah yang lain, berpisah dengan guru yang setiap hari bersama mereka. 

upacara graduation merid 6  tahun tadika Alfa Omega

Akhirnya selepas 3 jam berada di dalam dewan ini. Akhirnya acara pun akan ditutup. Selamat kepada murid-murid  super kids. Tahniah dan semoga anda semua berjaya di peringkat yang seterusnya. Sekarang Rania akan melangkah ke tahun yang ke 2 di Tadika Alfa Omega Batang Kali. Semoga anak mama akan semakin pandai dan rajin pergi ke sekolah. Tahniah kepada guru-guru selama ini yang bertungkus lumus dalam menjayakan annual concert ini.

sempat berselfie bersama teacher Lili

Sebelum pulang Rania sempat mengambil gambar bersama papa, adik Aira dan teacher Lili. Terima kasih untuk menjaga dan mendidik rania teacher. Jumpa lusa disekolah kerana esok cuti ganti hari ini. Sangat banyak pengalaman berharga yang kita dapat  apabila menyertai acara seperti ini untuk kanak-kanak  kita. Tentunya kita selama ini tidak pernah tahu menahu dengan keadaan anak-anak  kita dan bagaimana anak kita berinteraksi dengan kawan dan guru-guru mereka. Kesibukan kita setiap hari dengan pekerjaan, kadang kala tidak mempedulikan hal yang menyangkut anak kita. Mulai saat ini, genggamlah tangan anak-anak  kita. Rasakan kasih sayang mereka terhadap kita dan begitu juga sebaliknya. Luangkan masa bersama anak anda semua. Mereka adalah permata kita, jangan abaikan mereka. Binalah hubungan yang baik dengan mereka, agar perkembangan mental dan fizikal  mereka tumbuh dengan baik.

berselfie bersama mama

Terima kasih kepada anda yang telah sudi membaca entry saya kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua dan sayangilah anak-anak  anda. Jumpa lagi di entry-entry berikutnya, insaaAllah  aamin.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :
 CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has One Comment

Leave a Reply

%d