Bibir, Kulit Dan Kuku Akan Berubah Menjadi Pucat Bila Ibu Mengandung Menderita Masalah Ini

Pagi ini saya membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan bulanan bayi. Sekarang usia bayi saya sudah masuk 4 bulan. Biasalah rutin bulanan. Tapi hari ini bayi humairah tak kena cucuk macam bulan lepas. Jadi agak cepat proses kat klinik kali ini. Sambil-sambil menunggu nombor giliran tu saya berborak dengan salah seorang adik yang duduk disebelah saya. Adik ini datang untuk memeriksakan kandungannya yang berusia 7 bulan. Mukanya sangat pucat dan nampak tak bermaya. Adik ini bercerita kena ambik darah setiap 2 minggu sekali kerana “hb” nya yang sangat rendah. Patutlah saya lihat mukanya pucat sahaja.



ibu mengandung dengan anemia

Apakah Hb itu ?


Hemoglobin merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu -tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam Hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah  mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.



gambar dari bastianrapa.blogpost.com

Terdapat beberapa cara bagi mengukur kandungan Hemoglobin  dalam darah, kebanyakannya dilakukan secara automatik oleh mesin yang direka khusus untuk membuat beberapa ujian terhadap darah. Di dalam mesin ini, sel darah merah diceraikan untuk mengasingkan Hemoglobin  dalam bentuk larutan. Hemoglobin  yang terbebas ini dibcampur dengan bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat kuat dengan molekul hemoglobin  untuk membentuk cyanmethemoglobin. Dengan menyinarkan cahaya melalui larutan cyanmethemoglobin dan mengukur jumlah cahaya yang diserap ( khususnya bagi gelombang antara 540 nanometer), jumlah hemiglobin dapat ditentukan.



gambar dari www.rainbowpediatric.net

Paras hemoglobin yang rendah merupakan suatu keadaan yang sering disebut anemik. Anemia atau yang dikenal di masyarakat sebagai berkurangnya jumlah sel darah merah atau jumlah sel hemoglobin  dalam sel darah merah yang mengakibatkan darah tidak mampu membawa oksigen dalam jumlah yang cukup sesuai  dengan keperluan  tubuh.

Bagaimana pulak Anemia yang diderita Ibu Mengandung ? Apakah ianya berbahaya ?

Selama kehamilan, tubuh memproduksi lebih banyak darah untuk menopang pertumbuhan bayi. Jika tidak mendapatkan cukup zat besi atau zat gizi lain tertentu, tubuh mungkin tidak mampu menghasilkan  jumlah sel darah merah yang di perlukan untuk membuat tambahan darah. Adalah normal bagi ibu mengandung menderita anemia ringan dalam tempoh kehamilannya. Akan tetapi beberapa orang mungkin mengalami  anemia yang lebih serius  akibat dari rendahnya kadar zat besi  atau vitamin ataupun kerana sebab lainnya.




ibu mengandung dengan anemia

Anemia dapat membuat sang ibu merasa letih dan penat. Jika anemia terjadi secara signifikan dan tak ditangani, ia akan menjadi lebih berisiko seperti kelahiran bayi premature.




kredit dari google

Faktor risiko Anemia pada kehamilan

Semua wanita  mengandung  berisiko untuk menderita anemia, kerana mereka memerlukan lebih banyak asam folat dan zat besi dari biasanya. Tetapi risiko akan lebih tinggi apabila terjadi dalam situasi seperti :

• Mengandung dengan lebih dari satu bayi (kembar)
• Dua kehamilan berdekatan
• Muntah banyak kerana morning sickness
• Kehamilan remaja
• Tidak makan cukup mengambil makanan kaya zat besi
• Mengalami masa berat sebelum hamil ( fisik dan psikis)

Gejala yang paling umum dari anemia selama kehamilan

• Kulit,bibir, dan kuku pucat
• Merasa lemah tak bertenaga
• Sesak Nafas
• Kerap pening
• Detak jantung laju
• Sulit untuk menumpukan perhatian

kredit dari google

Risiko anemia pada kehamilan

Anemia pada masa mengandung dan tak di obati akan dapat meningkatkan risiko :
• Bayi premature atau berat badan bayibrendah
• Transfusi darah ( jika terjadi kehilangan sejumlah besar darah selama persalinan )
• Tekanan selepas melahirkan

Jika seorang ibu mengandung mengalami anemia selama tempoh kehamilannya, ia mungkin perlu untuk  mulai mengkonsumsi supplement zat besi seperti VITA-LEA, dan/atau supplement asam folat seperti B COMPLEX disamping vitamin prenatal lainnya. Doktor ataupun nurse di klinik akan menyarankan untuk menambahkan lebih banyak makanan yang tinggi asam folat dan zat besi dalam makanan. Selain itu ibu hamil boleh mengkonsumsi makanan seperti daging, telur dan produk tenusu lainnya. Dan juga makanan yang kaya akan vitamin C agar dapat membantu tubuh menyerap zat besi lebih banyak seperti buah dan jus orange, strawberi, buah kiwi, dan tomato. Atau anda boleh ambil sebiji VITA-C PLUS Shaklee.

Vitamin  membantu  ibu mengandung yang kekurangan Hemoglobin

Pada prinsipnya, nutrisi seimbang sesuai dengan piramida makanan adalah yang terbaik untuk mencegah terjadinya anemia saat kehamilan atau dalam mempersiapkan diri untuk kehamilan. Selain itu mengkonsumsi supplement selama kehamilan juga sangat membantu untuk mengatasi masalah anemia ini. Seperti supplement Shaklee yang boleh anda dapatkan disini.


 beli sekarang juga.jpg

Berikut ini ada beberapa tips  yang  perlu  ibu  mengandung lakukan untuk mengatasi dan mencegah anemia disaat kehamilan :

  • Ketika mengetahui anda hamil, segera periksa kondisi kesihatan anda dan apabila ada faktor genetik anemia pada ibu mengandung. Ibu mengandung harus mengenali gejala dan jenis anemia yang dialami ibu mengandung. Gejala yang umumnya terjadi pada ibu mengandung seperti cepat merasa letih, badan terasa sangat kurang bersemangat dalam melakukan aktifitas harian, mudah mengantuk, kepala selalu pening dan muntah yang kerap.

  • Lakukan pemeriksaan darah dan cek kadar hemoglobin di klinik berdekatan.
  • Mengkonsumsi makanan yang mengandungi zat yang bergizi dan seimbang yang tidak hanya baik untuk kesihatan ibu mengandung itu sendiri, namun dapat juga melindungi bayi yang ada dalam kandungan.
  • Mengkonsunsi buah-buahan yang mampu meningkatkan penyerapan zat besi yang lebih baik dengan mengkonsumsi vitamin C seimbang yang mudah didapati dari buah orange, strawberi, brokoli, papaya dan buah sumber vitamin C lainnya.

  • Kurangi meminum teh atau minuman mengandung kafein. Wanita hamil seharusnya mampu untuk menahan rasa ingin minum minuman berkafein, agar tubuh badan sihat dan begitu juga bayi yang ada dalam kandungan. 

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini : 

 join ahli shaklee sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya whatsapp Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Keperluan Wanita Mengandung Yang Patut Kita Tahu

Percaya atau tidak, ramai orang di luar sana yang berkira untuk membelanjakan sejumlah uang untuk membeli Vitamin atau makanan tambahan yang lain, berbanding dengan membeli baju berbagai…

Spread the love

Perlukah Senaman Bagi Ibu Mengandung Untuk Persiapan Kelahiran

Kita selalu dengar orang selalu kata orang hamil tidak boleh melakukan kerja berat dan hanya perlu berehat sahaja bagi mengelak terjadinya komplikasi pada bayi. Sebenarnya, hamil bukan…

Spread the love

11 Nutrien Utama Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil

Tempoh kehamilan 40 minggu adalah 270 hari pertama daripada tempoh 1,000 hari. Pada masa ini, keperluan pemakanan wanita hamil penting untuk menentukan perkembangan kesihatan bayi. Pemakanan adalah aspek penting…

Spread the love

This Post Has 31 Comments

  1. Masa hamil dulu memang selalu sangat HB rendah, selalu jugak lah kena marah dengan nurse…tapi bila pertengahan kehamilan dan dekat nak bersalin HB alhamdulillah elok sebab banyak makan sayur bayam.

  2. Alhamdulillah walaupon waktu hamil belum kenal shaklee… hb saya sentiasa 11 keatas…
    lepas bersalin nie.. dktr ckp hb saya turun teruk…tapi xrisau sebab ada shaklee..

  3. saya masa mengandung pun hb rendah.. tapi masa tu xkenal lg shaklee..
    lepas amik esp alhamdulillah sekarang hb dh ok

  4. alhamdulillah, 2 kali hamil xde lg alami hb rendah.. cuma dekat-dekat nak due je hb turun sikit.. tapi jika para ibu yang mengalami masalah hb rendah jgn dibiarkan.. amat bahaya jg pd kandungan.. Set hamil shaklee amat mbantu menyelesaikan masalah hb rendah dikalangan ibu hamil..

Leave a Reply

%d