Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah

Karnival yang di nanti-nantikan kembali lagi pada tahun ini, pasti kanak-kanak seronok nak datang. Bagi peminat Upin dan Ipin sudah pasti tak sabar nak datang kan? Karnival upin ipin ini setiap tahun diadakan oleh ‘lescopaque Production bersama anak syarikat LC Merchandising dan juga para peniaga lainnya.


PICC PUTRAJAYA

Tahun ini karnival upin & ipin diadakan sangat meriah di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 21 hingga 23 November 2014. Kali ini kami sekeluarga datang pada hari pertama iaitu 21 November hari Jumaat, setelah pulang dari sekolah mengambil Rania. Kebetulan hari ini hari terakhir bersekolah dan mulai cuti esok hari sampai awal tahun. Tak sabar nak berjumpa Upin & Ipin.

Rania bergaya di depan poster Upin & Ipin

Kami bertolak dari rumah pada sebelah petang dan kira-kira 2 jam perjalanan dari rumah. Alhamdulillah  perjalanan lancar walaupun ade sedikit kepadatan lalu lintas. Sesampai disana parking penuh dan kami terpaksa mencari kekosongan. Setelah beberapa lama mencari akhirnya dapat juga parking yang kosong. Tanpa menunggu lama, kami pun bergerak ke tempat karnival itu.

Concourse level tempat acara diadakan

Pertama kami naik lift ke Concourse level dan menuju ke dewan B dimana karnival itu diadakan. Dalam lift pun kami terpaksa berasak-asak kerana ramai peminat Upin & Ipin mulai beranjak pulang dan ada juga yang baru datang seperti kami. 

pemandangan di pintu masuk dewan  B

Nah disini pintu masuk ke dalam dewan. Masa ni peminat ipin &Ipin memang sangat ramai. Dan sangat meriah acara di dalam dewan ini. Macam-macam aktifiti yang dilaksanakan. Tanpa melengahkan masa kami pun melangkah masuk ke dalam. Perlu anda ketahui, kerana tersangat ramai orang disini ada juga terdengar suara-suara ibu bapa memanggil anak-anak mereka yang tak nampak, mereka memanggil nama anak mereka yang mungkin berlarian kesana- kemari. Oleh itu perlu anda menjaga anak-anak anda apabila berkunjung kesini untuk mengelakkan kejadian yang kita tak inginkan berlaku. Jangan kerana anda leka sampai anak anda hilang dan tak tahu kemana pergi. Senantiasa pegang dan jaga pergerakan anak anda. 

kemeriahan di dalam dewan 

Inilah pemandangan yang kami dapat sejurus masuk ke dalam dewan. Mereka tengah melaksanakan aktifiti berkenalan dengan tokoh Upin & Ipin dan melontarkan beberapa pertanyaan kepada pengunjung yang hadir. 

sangat meriah suasan di dalam dewan ini

Karena tidak mahu bergambar di depan pentas, akhirnya Rania dan Rayyan mengambil gambar di tepi pentas sahaja. Kerana mereka tidak suka berasak-asak dan suasana yang sangat bising. Tak apa lah bergambar disini pun boleh, janji kan ada gambar Upin & Ipin. 

Rania berpose dengan Rayyan
ramai pengunjung yang duduk di lantai menonton pertunjukan 

Lihat sahaja kat gambar ini, sangat meriah dan penonton sangat antusias melihat persembahan upin & ipin di atas pentas. Kerana sangat ramai pengunjung kami hanya berdiri jauh dan melihat aktifiti yang berdekatan sahaja. Maklumlah kami ada membawa seorang bayi kecil yang agak takut dengan pembesar suara yang bising. 

kami disini

Disini pelbagai aktiviti diadakan seperti penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan Pada zaman dahulu dan ada juga watak Ultraman Ribut. Memang sangat banyak aktifiti, selain itu juga banyak boot-boot yang menjual pelbagai barangan Upin&Ipin dan juga minuman serta cendramata dan lainnya. 


berpose di hadapan watak Pada Zaman Dahulu

Ada juga aktiviti meniru suara watak upin & ipin, bagi anda yang mempunyai keahlian kelab upin & ipin, sangat banyak hadiah menanti anda. Kepada yang belum sign in ahli kelab upin & ipin, ada baiknya anda mendaftar ahli kelab upin & ipin dahulu agar dapat menikmati pelbagai keistimewaan dalam karnival ini. Ada satu sudut saya ternampak tempat untuk bergambar bersama upin & ipin, jadi jangan lewatkannnya. 

botol minum Upin & Ipin

set melamine Upin & Ipin

Diantara barangan upin & ipin yang menarik perharian rania. Sempat juga membeli beberapa barangan Upin & Ipin sebagai kenangan pada karnival Upin & Ipin tahun ini. Setelah lama menikmati penampilan Upin &  Ipin  kami pun bersiap nak balik rumah, kerana Rania dan Rayyan dah penat berjalan di sekitar dewan berkenaan. Selasai lah pengembaraan karnival upin & ipin tahun ini, mudah-mudahan kami boleh datang lagi pada karnival upin & ipin yang akan datang. 


restaurant Ikan Bakar Tasik Empangan Putrajaya

Sebelum pulang kami singgah di restaurant  ikan bakar seri empangan putrajaya yang menyediakan ikan bakar. Kerana perut pun dah lapar kami terus ke sasaran. Di restorant ini kami makan ikan stim, lala, sayur ,tomyam ,sup cendawan dan telur dadar. Cukup untuk mengisi perut sambil menikmati pemandangan tasik yang menawan. 

pemandangan yang menawan dari restaurant

Diantara gambar masakan yang kami pesan pada petang itu. Tak sempat nak ambil gambar semua makanan yang dipesan kerana sudah terlupa dek asik melahap hidangan. Jadi hanya sempat mengambil beberapa sahaja. Kalau anda berkesempatan datang ke Putrajaya, singgahlah ke restaurant ini. Ada kemudahan surau disediakan, jadi anda boleh bergegas sholat bila tiba waktunya. 

Lala masak Chili

ikan bawal emas stim

Cukup tenang makan disini kerana menghadap pemandangan terus ke tasik dan bila malam menjelma anda akan disuguhkan oleh lampu-lampu bangunan dan jembatan yang indah. Tentang makanan di restorant ini sangat sesuai kepada anda yang menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang. Nak tahu rasanya makananya bagaimana, anda kena datang sendiri dan cuba ya. 

Selepas lama singgah di Putrajaya, akhirnya kami pun bergegas pulang kerana malam telah larut. Semoga di lain kali kami mempunyai kesempatan untuk melawat Putrajaya lagi, kepada anda peminat Upin & Ipin marilah datang ke karnival ini, begitu banyak aktiviti yang anak-anak anda dapat lakukan untuk perkembangan mental dan fizikal mereka. Aktifiti luar seperti ini sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak kita. Disamping tetap memberikan pemakanan yang sihat dan seimbang, kanak-kanak perlu juga beriadah dan berinteraksi dengan orang lain. 



Omega Guard baik untuk pekembangan si manja anda


Jangan lupa kepada anda ibu bapa di luar sana tentang Promosi Omega Guard November beli 6 percuma 1 botol dan beli 2 botol dapat less 5% yang akan berakhir tak lama lagi, jadi jangan lupa untuk buat pembelian sebelum akhir bulan ini  untuk dapatkan haga yang special. 

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini : 

 join ahli shaklee sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 25 Comments

  1. Huhuuhuu…mmg best sgt.dpt free brg upin ipin masa register member.yg lgi best mak nyer bakar lemak…hehee…panjat bukit.demi anak ku turutkan juga.

Leave a Reply

%d