Penyusuan Susu Ibu Begitu Istimewa Bagi Ibu dan Bayi

Susu ibu amat baik sekali untuk bayi yang baru lahir dibandingkan dengan susu lain. Susu Ibu terpelihara kesterilannya daripada kuman dan hama. Susu ibu pun mudah dihadam. Susu ibu lebih banyak mengandungi Lactase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Lactase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa ( gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa).



penyusuan susu ibu

Walaupun kini para saintis pemakanan telah mencipta “susu formula” yang dihasilkan daripada susu lembu, yang hampir menyamai susu manusia, namun susu itu memerlukan perhatian yang teliti ketika dicampur dan disimpan bagi mengekalkan keadaan sterile (bersih daripada kuman) dan selamat untuk bayi.

pelbagai manfaat penyususan susu ibu kepada bayi

Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang antara kedua pihak, ibu dan bayi. Hisapan bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim. Susu ibu mempunyai kandungan protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit. Najis bayi yang menerima susu ibu akan menjadi asid dan ini menyebabkan ketidaksuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus.


kaedah penyusuan susu ibu

Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada ibu. Susu ibu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi. Secara purata, seseorang ibu mampu mengeluarkan 400-900 mililiter (ml) susu setiap hari. Daripada jumlah ini, terdapat 80.9% protein, 2.13% lemak dan 6.9 hingga 7.2 % laktos. Kandungan garam dan seperti natrium dan kalsium pula rendah.

Bayi juga berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.

Oleh itu bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, digalakkan memakan makanan berkhasiat agar bayi yang disusui menerima manfaat dari pati makanan yang terbaik. Antaranya ialah ikan, telur, ayam, sayur-sayuran dan lain-lainnya.


piramid maknan yang sihat untuk ibu menyusu

Anda boleh juga mengamalkan pemakanan makanan tambahan seperti Set Ibu Menyusu Shaklee yang boleh anda amalkan setiap hari agar pengeluaran susu ibu lebih baik dan melimpah untuk bayi. Makanan tambahan peenting untuk ibu menyusu agar ibu dan bayi mendapatkan nutrisi dan vitamin yang mencukupi agar senantiasa sihat dan ceria. Tentunya ia sangat baik untuk ibu agar bertenaga dan dapat memberikan penyusuan yang terbaik kepada bayi. 

set menyusu shaklee

Makanan tambahan seperti set menyusui shaklee ini penting untuk pemulihan selepas melahirkan, pengeluaran susu, mengurangkan penyakit kepada bayi, dan meningkatkan keadaan kesihatan (osteoporosis, bahu/ sakit punggung) bagi ibu menyusui. Anda boleh mendapatkan Set Menyusu Shaklee ini disini, hanya klik sahaja gambar dibawah ini, anda akan dapat terus membuat pembelian tanpa harus perlu mencari kemana-mana. Pengkhidmatan Cash On Delivery tersedia untuk anda yang tinggal berhampiran area Batang Kali, Ulu Yam, Bukit beruntung, Gohtong Jaya dan Genting Highland disertai dengan konsultasi percuma yang kami berikan kepada anda secara ekslusif sekitar tips dan cadangan vitamin apa yang patut anda dapatkan. 

Barang yang anda pesan akan dikirim oleh pihak shaklee melalui kurir ke alamat yang anda berikan, sangat mudah sekali bukan ? nah tunggu apalagi, pesan sekarang juga. 


 beli sekarang juga.jpg

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar ahli Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini : 


 join ahli shaklee sekarang.png

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 9 Comments

  1. Susu ibu terbaik walaupun kita disgokkan dengan pelbagai susu formula.. ibu2 kena pastikan yg mereka amalkan pemakanan yg sihat dan seimbang agar nutrien tu dapat diberi pd bayi melalui penyusuan

Leave a Reply

%d