Bahayanya Bila Ibu Mempunyai Kadar Hemoglobin Yang Rendah Semasa Mengandung

Anemia dapat menyerang siapa sahaja, tetapi dari banyak-banyak diantara kita yang paling berisiko sekaligus paling berbahaya mengalaminya adalah wanita mengandung. Mengapa boleh dikatakan seperti itu? Pada umumnya wanita mengandung mengalami mabuk, mual dan muntah pada awal kehamilan bahkan ada yang sampai ke saat hendak bersalin. Jadi kemungkinan Hemoglobin boleh sahaja turun, oleh itu perlu bagi wanita mengandung untuk menjaga keperluan gizi mereka.

ibu mengandung dengan Hemoglobin yang rendah

Apakah anda tahu apa itu anemia? Anemia atau yang lebih dikenali di masyarakat sebagai kurangnya jumlah sel darah merah atau jumlah sel Hemoglobin dalam sel darah merah yang mengakibatkan darah tidak mampu membawa oksigen dalam jumlah yang cukup sesuai dengan keperluan tubuh.



Anemia pada saat kehamilan amat berbahaya


Anemia merupakan suatu kondisi dimana kadar Hemoglobin atau berkurangnya jumlah eritrosit dalam 1 mm3 ( 1milimeter kibik) darah atau kurangnya volume sel darah merah yang bertumpu dalam 100 ml darah (darah kurang dari ukuran normal).

penjagaan untuk ibu mengandung yang mempunyai anemia sangat penting

Seseorang yang mengalami anemia akan mudah mengalami penurunan kondisi secara fisik seperti cepat lelah, kurang semangat, fokus menjadi lemah, hilang selera makan, serung mengalami pening, sesak nafas, mudah krem, jantung senantiasa berdebar. Kebiasaannya individu yang mengalami anemia sukar untuk melakukan aktifiti harian mereka dengan sempurna.

Pada saat kehamilan, tubuh ibu mengandung memerlukan untuk memproduksi lebih banyak darah demi mendukung tumbuh kembangnya janin dalam kandungan. Dengan kata lain, jika ibu mengandung tak mendapatkan nutrisi tertentu seperti zat besi, maka tubuhnya takkan mampu menghasilkan sel darah merah untuk memenuhi keperluan darah tambahan tersebut.



makanan kaya zat besi

Apabila ibu hamil menghidap anemia, ibu akan senantiasa merasa penat dan lemah. Jika keadaan anemia ibu tidak ditangani secara baik, maka akan meningkatkan risiko komplikasi yang serius seperti bayi akan lahir tak cukup bulan atau persalinan premature dan bayi cacat pada tulang belakang atau otaknya (Neural tube defect), sedangkan bagi ibu akan mengalami tekanan setelah melahirkan.


Nueral Tube Defect

3 nutrisi penting untuk ibu hamil yang tidak boleh dilewatkan begitu sahaja dalam pola makan ibu hamil sehari-hari agar terhindar dari anemia ini iaitu adalah mengambilzat besi, asid folik dan Vitamin B12. Apabila ibu hamil gagal untuk melengkapkan 3 nutirisi ini dalam pengambilan makanan sehari-hari, maka risiko kesihatan bayi akan terjejas seperti boleh jadi perkembangan dan pertumbuhan bayi akan lambat dan juga boleh mengakibatkan bayi lahir dengan berat badan yang rendah.


baby kekurangan asid folik

Oleh itu pentingnya kepada ibu mengandung untuk mengetahui keperluan nutrisi semasa hamil untuk ibu dan bayi yang dikandung. Agar boleh menghindarkan pelbagai masalah yang kita tidak inginkan. Amalkan makanan yang sihat dan mengandungi nutrisi lengkap agar ibu dan bayi sihat. Selalu mengkonsumsi sayur dan buah-buahan dan juga supplement sebagai makanan tambahan. Jangan abaikan pengambilan sumber makanan yang kaya akan zat besi dan asam folat. Ceriakan diri anda dan nikmatilah masa kehamilan dengan sihat dan cergas.

Set darah rendah untuk ibu hamil

Disini kami ingin berkongsi kepada ibu-ibu mengandung semua agar dapat dengan mudah mendapatkan Set Ibu Mengandung yang mengalami tekanan darah rendah ataupun ibu yang mengalami anemia semasa kehamilan boleh mengambil set darah rendah ini. Ianya baik untuk keperluan nutrisi anda dan bayi yang dikandung. Sangat senang di konsumsi dan jimat masa anda. Nutrisi yang lengkap dan juga mudah untuk anda mengambilnya.



 beli sekarang juga.jpg

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar ahli Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini : 

 join ahli shaklee sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 14 Comments

  1. Memang bahaya hb rendah ni terutamanya pada ibu yang mengandung. Bagi memudahkan penyerapan iron, pastikan ianya diambil bersama-sama vitamin C. Dalam masa yang sama elakkan pengambilan produk tenusu/susu dalam tempoh 2 jam bagi mengelakkan gangguan penyerapan iron oleh badan.

Leave a Reply

%d