Terpaksa Melalui Pembedahan Kerana Tak Bersarapan Setiap Hari

Pada masa sekarang ramai diantara kita yang mengalami masalah pundi hempedu. Ianya tanpa sedar sering terjadi kerana gaya hidup dan pemakanan yang tak seimbang yang selalu kita amalkan dalam kehidupan sehari-hari. 


Pundi hempedu (cholecyst, biliary vesicle) merupakan organ badan kecil yang penting bagi penghadaman lemak dan memekatkan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Bagi manusia, kehilangan pundi hempedu dalam kebanyakan kes, mudah dihadapi. Pembedahan membuang pundi hempedu dikenali dengan Kolesistektomi


salur hempedu

Simptom pundi hempedu termasuklah penghadaman, loya, angin, sembelit, merasa penuh, masalah mata(termasuklah tompok pada mata, kataraks) dan pergelangan kaki bengkak.


gambar hiasan 



Simptom-simptom lain termasuklah ketidak upayaan menghadam lemak, tekanan di bawah dada, rasa pahit ketika sendawa, sinptom sakit jantung, jaundis, peluh sejuk, rasa gatal di belakang badan, saluran darah membengkak. Pengidap penyakit ini kadang selalu mengalami sakit kepala dan rasa tak selesa.

Simptom-simptom ini boleh dilegakan dengan cara seperti berikut ini:


  • Simptom pundi hempedu boleh dilegakan melalui pembedahan tetapi kerapkali berulang, walaupun setelah organ dikeluarkan
  • Kebanyakan pesakit pundi hempedu tak bersarapan dan sebaiknya mereka bersarapan dan mengganti sarapan dengan gantian yang baik untuk memulakan aliran jus hempedu Dr. Neil Painter dan Kenneth Heaton daripada England mengatakan bahawa makanan seperti ” bran menyapu garam hempedu yang merosot keluar dari kolon dan ramai pesakit yang melaporkan kelegaan simptom”.
  • Seorang lagi doktor mengatakan anda boleh mengambil sesudu minyak zaitun sebelum setiap kali anda makan. Ia akan memulakan aliran pundi hempedu sebelum makanan yang lain memasuki perut. Mungkin pada awalnya anda akan merasakan kesukaran tetapi pada 2 minggu berikutnya akan nampak hasil yang baik.

Pengambilan rendah lemak amat digalakkan. Ianya membanti menghalang serangan. Sedikit lemak diperlukan untuk membiarkan jus hempedu terus mengalir dan untuk melarutkan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak boleh diserap tanpa lemak. Makanan berlemak seperti digoreng, khinzir, dan pastri yang berlemak dan lainnya tidak boleh di makan. Makan makanan yang tak berlemak seperti makanan yang di rebus, dibakar lebih baik selain buah-buahan dan sayuran.



Pakar pemakanan telah pun menyarankan bahawa makanan seperti Yis, kacang dan bijirin yang tak dikisar meningkatkan pengeluaran lecithin, yang memecahkan atau melarutkan batu hempedu.




Kajian menunjukkan bahawa penderita pundi kencing jarang minum air dan minum air kurang daripada orang lain. Oleh kerana itu sangat digalakkan meminum banyak air.Senaman dan rehat amat di galakkan untuk pesakit pundi kencing ini. Agar perjalanan pundi kencing aktif. Amalkan pemakanan yang sihat dan hidup secara seimbang agar masalah ini dapat teratasi dengan baik. Elakkan daripada tekanan atau stres yang berkepanjangan kerana ianya berpengaruh kepada penyakit yang anda sedang derita.

senaman amat digalakkan

Oleh itu pentingnya bagi anda untuk menjaga pemakanan setiap hari, terutama dengan mengambil sarapan setiap hari untuk sihat dan bertenaga. Juga dengan bersarapan dapat mengelakkan terjadi penyakit yang kita tak ingini. Sekurang-kurangnya ambillah sarapan yang mudah dan sihat agar tubuh badan anda tetap sihat dan jauh dari pelbagai masalah kesihatan. 

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Mengapa Saya Masih Memilih Vitamin Shaklee Sampai Kini?

Alhamdulillah tak terasa dah masuk 10 tahun kaknil dan keluarga amalkan Vitamin Shaklee. Cepatnya masa berlalu kan? Banyak perubahan yang kami rasakan sejak amalkan Vitamin shaklee. Yang…

Spread the love

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari

Sebagai wanita banyak hal yang kita buat dalam 24 jam masa kita sehari. Perasaan bercampur baur, kadang sedih, gembira dan sebagainya. Wanita tak lepas dari emosi perasaan…

Spread the love

Menariknya Percutian Shaklee Tahun 2023 Ni

Dalam Shaklee ada hadiah percutian dalam dan luar negara yang diberikan kepada Shaklee Independent Distributor (SID) yang layak. Sudah tentu percutian ini amatlah dinanti-nanti dan amat berharga…

Spread the love

7 Amalan Gaya Hidup Sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat adalah sangat penting untuk kita lakukan setiap hari, kapan sahaja dan dimana sahaja. Tak kiralah kita masih muda mahupun sudah meningkat umur. Amalan…

Spread the love

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

This Post Has 6 Comments

Leave a Reply

%d