Petua Dan Tips

Tahukah Anda Daun Salad Boleh Keluarkan Angin Sampai Anda Rasa Lega

Salad atau dalam nama saintifik nya ialah Lactuca Sativa, dipercayai sejak 4500 tahun sebelum masihi lagi masyarakat telah menggunakannya sebagai sayur dan ubatan herba. Kini hampir di pelosok dunia kita akan mendapatkan sayuran ini. Seringkali kita melihat daun salad digunakan untuk menghias makanan tapi pada hakikatnya ia juga sedap untuk dimakan begitu sahaja. Daun salad dan batangnya digunakan sebagai ulaman,dibuat salad atau dicampur dengan menu yang lain.

 

salad hijau

 

Boleh dikatakan seluruh bahagian salad boleh dimakan dengan cara merebusnya sebelum dijadikan penawar, mengeluarkan angin dari dalam perut dan usus, melawaskan pembuangan air besar serta mengatasi masalah kehausan. Sementara getah salad pula sesuai disapukan keatas bisul setelah nanah dipicit keluar. selain itu boleh juga digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan membunuh parasit. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa terdapat minyak dalam biji salad. Dikatakan, minyak tersebut sesuai digunakan sebagai afrodisiak, merawat masalah pembuangan air kecil, merawat sakit pinggang, masalah bisul, luka buasir dan bengkak di bahagian organ seks.

 

green salad

Salad juga boleh dijadikan sebagai ubat untuk merawat penyakit insomnia atau gangguan tidur. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, magnesium serta zink. Didalamnya terdapat sejenis bahan yang dikenali sebagai lactucarium dimana ia bertindak sebagai sedatif. Daun salad juga mempunyai karotin, serat dan air yang mana ketiga bahan tadi dikatakan mampu menghilangkan rasa dahaga selain membantu melancarkan sistem pernafasan. Kajian turut menunjukkan bahawa daun salad berupaya mengurangkan paras gula di dalam badan, mencegah kanser, mengubati diabetis, gout, penyakit jantung serta membaiki sistem penghadaman.

Oleh itu biasakan diri anda untuk sentiasa mengambilsalad dalam hidangan makanan anda. Kerana ianya sangat bermanfaat sekali untuk kesihatan tubuh badan. Yang paling senang saladdapat dinikmati begitu sahaja tanpaharus mengolahnya. Sangat mudah dan menjimatkan masa anda. Bagi anda yang banyak angin kat dalam badan tu, rajin-rajin lah makan salad.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

6 Comments to “Tahukah Anda Daun Salad Boleh Keluarkan Angin Sampai Anda Rasa Lega”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam