Istimewa Vivix

Misi Tawan Broga iReachFit 2016

Dalam liburan kali ini kami berkesempatan untuk turut serta dalam misi tawan Broga yang dianjurkan oleh keluarga besar iReach, rasa tak percaya bahwa kami merupakan salah satu peserta pendakian yang membawa sekali anak-anak bersama. Pastinya anda semua dah tahu dimana terletaknya Bukit Broga, Bukit Broga terdapat di kawasan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ianya terletak diantara sempadan Negeri Selangor  dengan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur. Simpang ke Bukit Broga ini dekat dengan Rabbit Farm. Jalan menuju bukit Broga ini cukup berliku dan tajam, jika anda berniat nak kesana pasti kendaraan anda diselenggara dengan baik.

Sesampai di area pintu masuk Bukit Broga anda boleh meletakkan kendaraan dikawasan parking yang telah disediakan. Ada bayaran parking sebanyak RM 3 untuk setiap kereta. Ada juga kemudahan tandas yang disediakan dan anda hanya membayar RM 1 untuk masuk. Keadaan parking agak sesak jika dimusim cuti. Oleh itu disarankan untuk anda datang awal agar dapat kemudahan parking kereta nanti.

Sesi taklimat sebelum pendakian
Sesi taklimat sebelum pendakian

Agar tidak terlambat berkumpul di tempat yang dijanjikan oleh pengajur, kami datang ke Semenyih lebih awal, pada Jumaat malam kami dah cek in di salah satu hotel bajet di pekan Semenyih. Jarak dari rumah kami ke Semenyih agak jauh yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Oleh itu ada baiknya kami menginap semalam di Semenyih dan boleh bergerak awal pada paginya ke Bukit Broga. Jika anda berada dikawasan luar Semenyih dan merencanakan untuk melakukan pendakian pada awal pagi, pilihan untuk menginap di hotel adalah salah satu idea yang boleh anda pikirkan. Banyak hotel bajet yang mungkin anda boleh pilih. Dan tentunya harganya pun berbaloi untuk anda dapatkan.

Kumpulan kami seramai lebih kurang 40 orang dan juga kami bersama kanak-kanak. Misi kali ini bertujuan untuk menjalinkan ukhuwah  diantara kami sesama kumpulan iReach dan juga melatih kanak-kanak untuk lebih berani menjalani aktifiti lasak agar sentiasa bersikap positif dan terbuka dimasa hadapan. Juga bertujuan mengajarkan kanak-kanak untuk tahu apa arti kerjasama diantara kumpulan.

kanak kanak ireach berjaya tawan bukit broga
Kanak kanak iReach yang berjaya menawan Bukit Broga

Sebelum melakukan pendakian, kami membuat warming up sedikit dan melemaskan otot agar badan tidak tegang. Senaman ini perlu agar tidak terjadi cram ataupun masalah kesihatan yang tak diingini. Jarak pendakian cukup jauh dan mencabar, ketinggian bukit broga ini lebih kurang dalam 400 meter. Perlu ada stamina dan kondisi kesihatan yang baik untuk anda sampai ke atas puncak Bukit Broga.

Berikut ini sedikit panduan untuk anda yang berhasrat untuk melakukan pendakian di Bukit Broga.

  • Datang awal agar dapat parking kendaraan dengan mudah
  • Memakai pakaian yang tidak tebal dan menyerap keringat
  • Bawa barangan untuk keperluan pendakian sahaja seperti tuala, air botol
  • Pakai kasut sukan yang tak berat dan tak licin
  • Memakai baby carrier bagi yang membawa kanak-kanak bawah 2 tahun
  • Tidak membuang sampah sembarangan
  • Tidak mengganggu alam sekitar

Pendakian Bukit Broga ini agak mencabar. Masa naik di cek point pertama, mungkin anda akan merasa biasa sahaja. Tetapi apabila sampai cek point kedua, jalan semakin mencabar dan curam. Ada juga ramai pendaki yang berehat ditepi-tepi bukit. Masa melakukan pendakian ini macam-macam rasa yang ada, rasa penat, rasa nak menyerah, rasa nak naik lagi tinggi, dan rasa nak pitam pun ada.Tapi semua itu adalah cabaran bagi kami dan kami harus hadapinya dengan kuat dan tak mengalah. Dengan membawa kanak-kanak yang sangat aktif tentunya cabaran semakin menarik, tetapi alhamdulillah semua rintangan kami dapat tempuhinya. Pendakian ini sebenarnya banyak memberikan pengajaran kepada kami agar lebih sabar dan saling bekerjasama satu sama lain untuk mencapai matlamat bersama.

puncak bukit broga
Nikmati keindahan alam dari atas Bukit Broga

 

pendakian broga bersama keluarga
kami sampai puncak Broga

Masa pendakian kami, ramai juga pendaki lain yang silih berganti naik turun. Ramai juga warga emas yang tak ketinggalan turut sama dalam pendakian. Rasa puas dan terharu bila kami sampai di puncak Broga. Jalan yang berliku, naik turun, bergayut dengan tali menegak pun ada dalam track Bukit Broga ni. Pendakian memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang baik. Keringat keluar bercucuran tanpa anda sedari. Rasa haus dan penat yang teramat sangat pun akan jadi igauan pada masa pendakian. Tetapi bila sesampainya di atas puncak, anda akan dapat merasakan hal yang sangat menakjubkan. Keindahan alam semulajadi yang sangat dekat dengan anda. Anda boleh menikmati keindahan alam dan merasakan sejuknya angin di atas puncak bukit dan boleh memandang keindahan bandar Semenyih dari ketinggian 400 meter. Luas mata memandang dan sangat nyaman.

kanak kanak mendaki bukit broga
Bergayut pada tali adalah pengalaman sangat mencabar
kanak kanak naik bukit broga
Kami disini

 

pendakian bukit broga dengan kanak kanak
Kami dah sampai atas Bukit Broga, anda bila lagi?

Minuman Terbaik Untuk Bantu Pulihkan Tenaga Semasa Pendakian

Pendakian kali ini  kami membekalkan diri dengan minuman Performanced Drink dan Vivix untuk menambah stamina dan tenaga. Memang bertenaga selepas meneguk air orange Performanced Drink dan si sirap merah Vivix. Kami menyediakan Performanced Drink dan Vivix awal-awal lagi didalam botol air minum. Memang terasa kelainannya jika kami minum. Lebih bertenaga dan ceria. Hilang rasa penat dan gementar kerana pendakian yang curam. Kanak-kanak juga boleh mengambil Perfomanced Drink. Memang berkesan dan patut anda semua cuba. Jika kami ibu bapa membawa anak-anak kecil bersama pun boleh tawan Bukit Broga, tak kan anda yang bujang atau pun sihat tak boleh menerima cabaran ini. Memang terbaik lah naik Bukit Broga. Jika anda berminat nak dapatkan Performanced Drink dan Vivix, anda boleh dapatkannya  disini.

 

vivix bantu lebh bertenaga semasa pendakian
vivix bantu lebih bertenaga semasa pendakian

 

Vivix minuman semasa pendakian kami
Vivix minuman semasa pendakian kami

Jangan pernah merasa lemah dan rasa tak mampu untuk lakukan hal yang belum pernah anda cuba. Kuatkan semangat dan tanamkan dalam diri anda yang anda mampu lakukannya. Tetap bersikap positif dan berprasangka baik yang anda tentunya juga boleh melakukan hal yang sama seperti orang lain. Buang semua pikiran negatif yang kata anda tak boleh buat. Sertakan anak-anak anda dalam pelbagai aktifiti sukan dan aktifiti yang boleh menjadikan mereka lebih sihat dan lebih kreatif. Jangan manjakan kanak-kanak kita dengan gadget yang lebih melalaikan mereka. Ajak mereka untuk kenal lebih dekat dengan alam semulajadi dan aktifiti yang boleh membangunkan peribadi yang lebih berdikari dan bertanggung jawab kepada diri sendiri dan orang lain.

Berikut ini sedikit video pendek yang perkongsian #iReachfit Broga 2016. Terima kasih kepada penganjur dan semua peserta. Tahniah semua kerana anda berjaya menawan puncak Broga.

 

Jika ada kesempatan dan peluang lain untuk menyertai cabaran lain di iReach, in sha Allah kami akan berusaha untuk turut serta. Memang pengalaman yang sangat berharga sekali bagi kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua peserta yang turut sama membantu dalam pendakian menjaga anak-anak kami dan juga tentunya pihak penganjur yang sudi membawa kami bersama dan juga menyediakan sarapan dan juga minuman untuk kami. Semoga ukhuwah tetap terjalin diantara kita. Dan semoga lebih maju jaya, aamiin ya Allah.

makan bersama selepas menawan Bukit Broga
makan bersama selepas menawan Bukit Broga

 

makan makan selepas panjat bukit broga 2
iReachfit 2016
Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

4 Comments to “Misi Tawan Broga iReachFit 2016”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam