Bulan Ramadhan

Pentingnya Makan Sahur Yang Sihat Di Bulan Ramadhan

Makan sahur adalah perkara penting bagi seseorang muslim untuk menjalankan ibadah puasa. Dengan bersahur, kita akan rasa lebih bertenaga dan kuat semasa menjalankan ibadah puasa di siang hari. Islam juga sangat menerapkan kita agar melambarkan sahur kerana ada pahalanya dan ada keberkatan dalam sahur kita. Berpuasa adalah salah satu cara untuk membuang kotoran yang lama terpendam dalam tubuh badan. Dengan berpuasa tubuh badan akan menjadi sihat dan juga boleh menyembuhkan penyakit yang tengah diderita. Dengan berpuasa, tubuh kita akan mengeluarkan racun-racun yang mengganggu kesihatan kita. Selain itu Berpuasa juga tentunya lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Swt.

sahur

Makan sahur yang sihat adalah sangat dianjurkan agar kita boleh berpuasa dengan sihat dan ceria. Kekurangan makanan berzat akan mempengaruhi daya tahan tubuh kita. Badan lemah dan sangat senang terkena serangan pelbagai penyakit. Pada umumnya kita akan mengalami peningkatan kadar asam lambung semasa berpuasa. Tetapi kadar tersebut akan kembali normal pada masa kita berbuka. Penting untuk kita menjaga kesihatan selama berpuasa agar puasa dan ibadah lain di bulan ramadhan tetap berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

bersahur

Berikut ini tips sahur sihat yang perlu anda ketahui

  • Memakan makanan yang memgandungi khasiat dan kaya akan vitamin dan mineral agar sentiasa bertenaga dan ceria selama berpuasa
  • Mengamalkan pengambilan kurma pada saat berbuka dan bersahur
  • Banyakkan mengkonsumsi sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Mengambil makanan tambahan seperti vitamin Omega Guard, Esp dan B complex yang baik untuk menjaga stamina selama berpuasa
  • Mengkonsumsi minuman yang kaya dengan elektrolit seperri Performance Drink.
  • Hindari makan makanan yang bergoreng kerana makanan yang di goreng tak memberikan asupan air yang cukup dan mengandungi minyak yang tak baik bagi kesihatan kerana menimbulkan radikal bebas dalam tubuh badan kita.
  • Jangan makan berlebihan kerana akan melonjakkan lagi jumlah lemak dan kolesterol jahat dalam badan.

berpuasa dengan ceria

Dengan rutin bersahur, anda akan merasa lebih bertenaga dan kesihatan tetap terjaga meskipun mungkin badan akan merasa lemah ketika berpuasa. Jangan abaikan mengambil makanan yang sihat dan seimbang agar kesihatan anda tetap terjaga. Bulan puasa sudah semestinya diraikan dengan suka cita. Semoga ibadah puasa kita tetap berjalan lancar dan mendapatkan keridhoan Allah Swt. Selain berpuasa tentunya perbanyakkan amalan yang lain yang boleh mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah. Saling mengingatkan perkara yang baik adalah harus untuk kebaikan kita semua.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

2 Comments to “Pentingnya Makan Sahur Yang Sihat Di Bulan Ramadhan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam