9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni. Sebelumnya ada juga kaknil join MLM lain dan pengalaman yang diterima memang tak sama dengan berada dalam kalangan Shaklee.

Banyak betul kebaikan dan kelainan yang kaknil rasakan selepas berada dalam kalangan komuniti bisnis shaklee ni. Jom kita senaraikan apa sahaja yang menarik tentang komuniti bisnis shaklee ni.

Kumpulan G7 besama Master Norita

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnis Shaklee Best

  • Ukhuwah yang terjalin sesama Sid (Shaklee Independent Distributor) amatlah erat tanpa melihat latar belakang dan siapa diri kita. Semua perbezaan yang ada lebur menjadi satu dan sangat akrab. Walaupun kaknil seorang suri rumah, namun tetap boleh bergaul mesra dengan mereka yang berkejaya tanpa mengenal pangkat dan gelaran. Semua bersikap positif dan saling membantu.
  • Adanya suport yang kuat antara satu sama lain. Walaupun kami kadang berbeza pangkat tapi tetap saling membantu. Tak kira master mahupun Sid biasa. Ada suport group yang disediakan. Kita boleh bertanyakan soalan dan mengemukakan pendapat masing_masing.
  • Dalam komuniti bisnis shaklee ini kami sangat dititik beratkan tentang hubungan dengan Allah. Pengisian rohani yang sangat mantap dan saling mengingatkan untuk kemajuan bersama.
  • Banyak kelas-kelas yang boleh dihadiri secara offline mahupun online yang di sediakan dan diselenggarakan oleh master-master untuk semua Sid. Kita boleh menghadiri pelbagai kelas untuk menambah ilmu dan meningkatkan lagi pengetahuan kita sebagai pengedar shaklee yang berilmu. Kelas-kelas ini ada yang berbayar dan percuma. Kita boleh belajar macam-macam tentang produk. Mengenal dan mengetahui kebaikan setiap produk untuk kesihatan tubuh badan. Ilmu ini penting untuk kita lebih mudah dalam memasarkan dan menjual produk kepada customer.
  • Yang paling mengujakan adalah melakukan perjalanan ke luar negara mahupun dalam negara bersama-sama kawan-kawan untuk lebih mengeratkan hubungan dan juga menambahkan lagi kegembiraan dalam kumpulan kami. Teringat masa sebelum terjadinya Covid 19, kaknil bersama kawan-kawan Kumpulan G7 melancong ke Japan. Kenangan yang indah dan tak akan kaknil lupakan. Kami melancong Ke Japan, dan Philipina ketika itu. Banyak suka duka yang kami ukirkan ketika itu dan tak akan pernah terlupakan. Mudah-mudahan di masa akan datang akan dapat melancong ke tempat lain pulak.
  • Dalam komuniti bisnis shaklee juga kita akan dapat banyak kenalan baru dari pelbagai negeri dan juga anda boleh bertukar – tukar idea untuk memajukan bisnis masing-masing.
  • Walaupun kami sama-sama menjual produk yang sama, akan tetapi tidak pernah sekalipun kami akan membenci atau saling menjatuhkan. Malah kami akan saling mendukung satu sama lain agar tercapai matlamat bersama. Kami percaya dengan konsep rezeki membuatkan kita dengan senang hati ingin melihat teman seperjuangan berjaya.
  •  Tak kurang menariknya juga komuniti bisnis shaklee juga banyak mengajarkan kaknil tentang erti kesabaran dan juga keikhlasan kita dalam perniagaan. Banyak liku-liku bisnis yang kaknil pelajari dari kawan-kawan dan juga master-master yang ada. Alhamdulillah penuh dengan kebaikan.
  • Dalam Komuniti shaklee juga kita akan dapat memajukan diri dan team agar dapat meraih apa yang kita nak dalam berbisnis. Sudah tentu kita nak berjaya dalam bisnis, tanpa team dan ahli kumpulan mungkin matlamat kita akan susah tercapai. Berjalan beriringan sudah tentu akan membuat kumpulan kita lebih kuat dan dapat meraih matlamat lebih mantap.

 

Jalan-jalan ke Japan bersama kumpulan G7

 

bersama kumpulan Ireach

 

kumpulan G7 di Bamboo Forest, Kyoto Japan

Memang tak rugi bergabung dalam komuniti bisnis shaklee ni. Menjadikan kita pribadi yang lebih taat pada Allah dan menjadi lebih penyayang kepada sesama. Menjadi insan yang lebih bermanfaat adalah impian semua orang, dan tak mustahil kita adalah sebahagian dari insan-insan yang berbahgia tu. Kerana dalam komuniti bisnis shaklee ini selain kita boleh mengembangkan bisnis dan masa depan, kita juga dapat mengembangkan bakat yang ada dalam diri untuk kebaikan orang lain.

#shakleetriumph2023  #blogmegashaklee  #shakleethrive2023   #agenshakleebatangkali

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

Projek Blog Mega Shaklee 1.0 Banyak Memberi Kejutan Dan Impak Yang Positif

Alhamdulillah akhirnya selesai juga projek blogmegashaklee 1.0 yang berlangsung selama 2 minggu.  Banyak manfaat yang Kaknil dapatkan melalui projek ini. Lama tak menulis menjadikan Kaknil sangat teruja…

Spread the love
Set Promo Vivix beli 6 percuma 1

Promo Menarik Bulan ini, Harga Murah Tak Sangka

Assalamualaikum sahabat semua. Jumpa lagi dengan kaknil. Lama kaknil tak update entry. Memang agak sibuk belakangan ini. Tapi sekarang kaknil akan kembali bersama anda untuk berikan info…

Spread the love

Apa Kabar Anda Hari Ini

Alhamdulillah akhirnya dapat kembali menulis setelah sekian lamanya. Banyak perubahan yang ada dalam blog ini. Banyak data yang hilang, tapi tak mengapa kita akan betulkan sedikit demi…

Spread the love

Tamparan Besar Bagi Isteri Kerana Nampak Lebih Tua Dari Suami

Dalam zaman yang serba mencabar sekarang ini. Kita sebagai wanita dan juga seorang isteri harus pandai-pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Pelbagai kesibukan yang kita lakukan setiap…

Spread the love

Betulkah Bapa Boleh Menyusukan Bayi

Dalam kehidupan sehari-hari kita selalu mengaitkan peranan ibu sangat besar bagi seorang bayi. Tetapi sebenarnya peranan seorang bapa juga tak kalah pentingnya untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi….

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *