Pernah dengar tak istilah Intermittent Fasting? jujur KakNil memang baru sahaja dengar istilah ni. Tak pernah laluinya juga. Rupanya ramai orang yang dah buat Intermittent Fasting ni. Bukan hanya orang biasa yang lakukan kaedah diet ini, akan tetapi ramai artis, ahli sukan juga lakukannya. Setelah mengetahui apa itu Intermittent Fasting, rupanya banyak juga manfaatnya untuk kesihatan tubuh badan kita. Kaedah Intermittent Fasting ni ialah kaedah diet yang dilakukan secara berjadual dan ada masa tertentu untuk melakukannya. Ada jadual untuk makan dan berpuasa ataupun menahan lapar. Contohnya kita berpuasa dalam beberapa jam dalam sehari dan disamping itu kita harus mengurangkan kekerapan mengambil makanan.
Banyak kaedah yang boleh diterapkan dalam Intermittent Fasting ni, tapi ianya boleh disesuaikan dengan kemampuan dan kemudahan kita melakukannya. Contohnya ada yang berpuasa pada waktu malam sahaja, ada yang 8 jam hingga 16 jam, 24 jam dan ada juga berpuasa dalam selang sehari. Macam hari ini berpuasa, esoknya tak berpuasa. Ianya bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan individu itu sendiri. Macam kita sebagai umat Islam mungkin tidak begitu asing lagi kaedah sebegini kerana kita selalu berpuasa dalam bulan Ramadhan dan juga puasa sunat hari isnin dan khamis.
Walaupun kita lakukan Intermittent Fasting ni, bukan bermakna kita boleh meninggalkan aktifiti senaman dan tidak perduli dengan kalori makanan yang kita ambil semasa berpuasa. Semua ini kena diambil berat. Tetap lakukan senaman dan aktifiti harian yang seimbang dan pilih makanan yang hanya berkalori rendah. Lakukan aktifiti ringan yang membantu proses diet berjalan dengan lancar.
Intermittent Fasting ini sesuai sangat untuk mereka yang nak kurus dalam masa singkat dan mereka yang sudah terbiasa dengan amalan berpuasa. Intermittent Fasting ni juga tak perlu mengeluarkan kos. Jadi kaedah ini selamat dan tak berbahaya kerana tiada paksaan dari segi apapun, ianya bergantung kepada individu tersebut menyesuaikannya dengan aktifiti dan kemudahan sendiri. Jika anda berminat nak turunkan berat badan dan buang lemak jahat dalam badan, kaedah ini boleh di cuba. Akan tetapi diet ini mungkin tak sesuai bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti paru-paru, kanser, darah tinggi mahupun kencing manis. Anda perlu meminta nasihat doktor terlebih dahulu agar tiada masalah kesihatan di masa akan datang. Bagi ibu mengandung diet ini tidak disarankan.
Jadi kesimpulannya Intermittent Fasting ni boleh dilakukan asalkan kita faham akan cara dan kaedahnya. Banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Diantaranya ialah dapat mengawal nafsu makan, dapat mengawal tekanan darah dan juga kadar gula dalam darah. Juga kesihatan fungsi sistem kardiovaskular dan sistem saraf. Anda boleh ketahui lebih lanjut lagi apa itu Intermittent Fasting disini.
#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #pengedarshakleebatangkali
Apa Itu Intermittent Fasting? Selamat Tak Untuk Kita Amalkan?
Spread the love
wah.. menarik info ini.. boleh amalkan lepas ni
ya sis..terima kasih sudi singgah.
Nice sharing sis. Membantu sangat untuk misi kurus dan sihat…
betul sis..terima kasih sudi singgah