Projek Blog Mega Shaklee 1.0 Banyak Memberi Kejutan Dan Impak Yang Positif

Alhamdulillah akhirnya selesai juga projek blogmegashaklee 1.0 yang berlangsung selama 2 minggu.  Banyak manfaat yang Kaknil dapatkan melalui projek ini. Lama tak menulis menjadikan Kaknil sangat teruja untuk kembali aktif berblog. Sejujurnya Kaknil ikut serta dalam projek ini adalah untuk membangkitkan kembali semangat yang lama hilang dan nak naikkan kembali blog Kaknil yang dah tercorot ke bawah, bak kata orang tu blog dah bersawang dan kena tebas sawang-sawang yang ada. Alhamdulillah banyak jumpa kawan-kawan yang hebat dalam projek ni dan moderator pun banyak membantu untuk menjayakan task. Sebelumnya Kaknil ada rasa sedih kerana projek akan berakhir, akan tetapi akhirnya kesedihan itu sirna kerana akan ada projek mega shaklee 2.0 dan Kaknil nak sangat ikut serta agar dapat menimba ilmu lebih dalam lagi. Doakan Kaknil dapat sertai blogmega shaklee2.0 ya.

 

Projek blogmegashaklee 1.0

Pada projek blogmegashaklee 1.0, kaknil ada membuat entry tentang kaedah intermittent Fasting yang boleh anda baca dan ketahui apa maksudnya. Intermittent Fasting ni boleh ada cuba untuk membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal dan bebas daripada lemak dan kolesterol jahat dalam badan. Kaknil juga membuat penjelasan yang terkait dengan Set Kurus Shaklee yang boleh di amalkan dalam kaedah intermittent Fasting. Disamping menjayakan task yang diberikan, kami juga dapat ilmu yang bermanfaat tentang intermittent fasting beserta set vitamin yang boleh diamalkan ketika mengamalkan kaedah ini dan dapat menuahkannya dalam entry kami. Memang sangat mengujakan. Alhamdulillah kaknil dapat kenal kawan-kawan baru dan juga mempunyai pathner yang sangat membantu dalam menyelesaikan task yang diberikan. Hadir dalam sekelompok orang yang sama minat dan kefahaman amat sangat membantu untuk sama-sama memajukan diri kita ke hadapan.

kaedah intermittent fasting

Tak dapat dibayangkan kegembiraan Kaknil kerana dapat menjadi sebahagian daripada peserta dalam projek blogmegashaklee 1.0 ini. Dan alhamdulillah Kaknil dapat selesaikan task dengan baik dan mendapat hadiah Collagen Shaklee daripada penaja utama iaitu master Norita. Lumayan hadiah yang diberikan dan boleh Kaknil minum untuk bantu cantikkan kulit dan elak daripada timbulnya jerawat. Alhamdulillah ramai juga kawan-kawan yang dapat hadiah Collagen dan Vivix. Semua peserta dapat hadiah. Memang berbaloi sangat ikut dalam projek ini. Bukan sahaja dapat ilmu akan tetapi dapat juga hadiah. Kaknil nampak banyak maklum balas positif dalam projek ini. Ramai kawan-kawan yang bersemangat membuat blog kembali dan ada diantara mereka yang baru sahaja ada blog dan baru belajar membuat entry. Ada juga yang ada blog yang telah lama tak berupdate dan kembali menulis. Banyak kejutan dalam projek ini. Termasuk juga kaknil yang amat berkobar-kobar nak sertai projek ini. Kerana jarang pengalaman sebegini akan kita dapatkan di luar sana. Jadi kena manfaatkan sebaik mungkin dan berusaha untuk sertai dengan baik. Dibawah ini diantara maklum balas daripada sebahagian peserta blogmegashaklee 1.0.

maklum balas peserta blogmegashaklee 1.0
maklum balas peserta blogmegashaklee 1.0
maklum balas peserta blogmegashaklee 1.0

Kaknil harap dapat teruskan menulis blog secara konsisten dan dapat sertai projek blogmegashaklee 2.0 serta berpeluang menimba ilmu dari kawan-kawan, master-master yang terlibat, selain itu dapat juga menaikkan kembali blog Kaknil ini. Kaknil nak sangat sertai projek blogmegashaklee 2.0 kerana nak berada dalam kalangan bloger-bloger hebat dan nak menimba ilmu lagi tentang blog dan juga nak dapatkan hadiah yang di tawarkan oleh Master Norita. Mudah-mudahan semuanya dapat terwujud dan doakan Kaknil ya kawan-kawan menang cabaran seperti projek blogmegashaklee 1.0 yang lepas. In sha Allah, aamiin. Apa hadiah yang ditawarkan pada perojek blogmegashaklee 2.0? nantikan entry Kaknil seterusnya.

#blogmegashaklee  #shakleethrive2023   #shakleetriumph2023   #pengedarshakleebatangkali

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love
Set Promo Vivix beli 6 percuma 1

Promo Menarik Bulan ini, Harga Murah Tak Sangka

Assalamualaikum sahabat semua. Jumpa lagi dengan kaknil. Lama kaknil tak update entry. Memang agak sibuk belakangan ini. Tapi sekarang kaknil akan kembali bersama anda untuk berikan info…

Spread the love

Apa Kabar Anda Hari Ini

Alhamdulillah akhirnya dapat kembali menulis setelah sekian lamanya. Banyak perubahan yang ada dalam blog ini. Banyak data yang hilang, tapi tak mengapa kita akan betulkan sedikit demi…

Spread the love

Tamparan Besar Bagi Isteri Kerana Nampak Lebih Tua Dari Suami

Dalam zaman yang serba mencabar sekarang ini. Kita sebagai wanita dan juga seorang isteri harus pandai-pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Pelbagai kesibukan yang kita lakukan setiap…

Spread the love

Betulkah Bapa Boleh Menyusukan Bayi

Dalam kehidupan sehari-hari kita selalu mengaitkan peranan ibu sangat besar bagi seorang bayi. Tetapi sebenarnya peranan seorang bapa juga tak kalah pentingnya untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi….

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *