3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis nutrien yang terkandung di dalamnya. Antara bahan penting yang memberikan warna di dalam buah dan sayur ialah KarotenoidKlorofil serta Flavonoid. Karotenoid  yang terdapat dalam makanan ialah beta – karotin xantofil. Ia boleh dilihat pada buah dan sayur yang berwarna merah kekuningan seperti lobak merah.  Selain itu, Likopen xantopil pula terdapat di dalam buah dan sayuran seperti tomato manakala xantofil pula memberikan warna kuning pada nenas.

Karotenoid, Klorofil dan Flavonoid yang terdapat di dalam buah dan sayur dipanggil Fitokimia. Kandungan nutrien bagi setiap makanan adalah berbeza. Warna hijau menunjukkan kandungan klorofil manakala oren memberi maksud  terdapat kandungan xantofil. Kajian menyarankan sekiranya kita mengambil 400 sehingga 500 gram buah dan sayur segar, ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, strok serta tekanan darah tinggi.

Kalium ialah salah satu mineral penting yang terdapat dalam sayur dan buah. Pengambilan kalium yang rendah boleh meningkatkan tekanan darah. Pengambilan kalium yang banyak bersama disertakan jumlah sodium mencukupi boleh membantu mencegah dan mengurangkan tekanan darah. Justeru, makanan yang kaya dengan kalium contohnya pisang, tembikai dan belimbing membantu mengurangkan risiko mendapat strok.

Jika tidak mengambil langkah pencegahan, individu yang dikenal pasti mengalami pradiabetes akan mendapat penyakit diabetes dalam tempoh 10 tahun. Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah mengamalkan pengambilan bijirin, sayur dan buah selain mengurangkan berat badan serta meningkatkan aktifiti fizikal.

Banyak kajian menunjukkan mereka yang makan banyak sayur dan buah kurang mendapat penyakit kanser. Sayur dan buah mengandungi nutrien serta fitokimia yang bertindak sebagai antipengoksida selain mencegah tindakan karsinogen ( penyebab kanser ) dalam usus.  Justeru, ia dapat membantu mengurangkan kerosakan sel dalam badan yang menjadi salah satu punca kanser. Fitokimia juga boleh didapati dalam kobis, bunga kobis dan brokoli.

Begitu pentingnya peranan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kehidupan kita sehari-hari. Agar tubuh badan kita terhindar dari pelbagai penyakit dan senantiasa hidup sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Selain mengkonsumsi makanan yang sihat lagi bergizi, ada baiknya juga anda membekalkan seisi keluarga dengan makanan tambahan seperti vitamin yang boleh membuat anda semakin sihat dan ceria. Makanan tambahan yang boleh anda ambil seperti sahaja Vitamin Shaklee, ianya baik untuk seisi keluarga.

 

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

Projek Blog Mega Shaklee 1.0 Banyak Memberi Kejutan Dan Impak Yang Positif

Alhamdulillah akhirnya selesai juga projek blogmegashaklee 1.0 yang berlangsung selama 2 minggu.  Banyak manfaat yang Kaknil dapatkan melalui projek ini. Lama tak menulis menjadikan Kaknil sangat teruja…

Spread the love
Set Promo Vivix beli 6 percuma 1

Promo Menarik Bulan ini, Harga Murah Tak Sangka

Assalamualaikum sahabat semua. Jumpa lagi dengan kaknil. Lama kaknil tak update entry. Memang agak sibuk belakangan ini. Tapi sekarang kaknil akan kembali bersama anda untuk berikan info…

Spread the love

Apa Kabar Anda Hari Ini

Alhamdulillah akhirnya dapat kembali menulis setelah sekian lamanya. Banyak perubahan yang ada dalam blog ini. Banyak data yang hilang, tapi tak mengapa kita akan betulkan sedikit demi…

Spread the love

Tamparan Besar Bagi Isteri Kerana Nampak Lebih Tua Dari Suami

Dalam zaman yang serba mencabar sekarang ini. Kita sebagai wanita dan juga seorang isteri harus pandai-pandai menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Pelbagai kesibukan yang kita lakukan setiap…

Spread the love

Betulkah Bapa Boleh Menyusukan Bayi

Dalam kehidupan sehari-hari kita selalu mengaitkan peranan ibu sangat besar bagi seorang bayi. Tetapi sebenarnya peranan seorang bapa juga tak kalah pentingnya untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi….

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *