Ceriakan Ramadhan Dengan Set Berpuasa Shaklee

Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, rasa sangat seronok menanti bulan puasa yang akan menjelang. Sudah kah anda bersedia? Sudah tentu semua bergembira dengan kehadiran bulan Ramadhan. Apa persiapan Ramadhan anda kali ini? Banyak persiapan yang selalunya dilakukan apabila bulan Ramadhan menjelang. Menu sahur, menu berbuka, kuih raya bahkan sampai kepada baju raya. Macam-macam persiapan. Akan tetapi sudah pasti kita tidak akan lupa untuk menyediakan persiapan set berpuasa shaklee.

Bulan Ramadhan yang di nantikan

Pengalaman Berpuasa Dengan Set Berpuasa Shaklee

Selalunya jika Ramadhan menjelang, kaknil dan keluarga akan sediakan persiapan vitamin untuk berpuasa. Dan kami memilih Set Berpuasa Shaklee yang telah terbukti keberkesanannya. Ianya sangat penting untuk membantu kelancaran sepanjang berpuasa. Bulan puasa biasanya penuh dengan aktifiti yang memerlukan kita lebih cergas, oleh itu penting untuk kita memilih Set Berpuasa Shaklee agar tetap semangat walaupun banyak kegiatan yang dilakukan dan sedang berpuasa. Badan tak letih dan tak terlalu merasakan haus.

Kami akan sediakan set berpuasa shaklee lebih awal agar dapat menjalankan ibadah puasa dengan lancar. Set berpuasa shaklee ini kaya dengan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Set ini terdiri dari Esp, Cinch Shake dan juga Performance Drink. 3 sekawan ini memang patut ada dirumah apalagi selama bulan Ramadhan. Bukan hanya untuk bantu kita lebih cergas dalam berpuasa, set ini juga baik untuk kesihatan. Contohnya sahaja pada mereka yang ada masalah kencing manis, pengambilan set ini adalah amat sesuai dan digalakkan.

Set Berpuasa Shaklee

Antara set berpuasa shaklee ialah Esp, Cinch Shake dan Performance drink.

  • Esp adalah minuman soya Non GMO yang membantu kita lebih bertenaga selama berpuasa. Selain itu Esp mengurangkan risiko serangan gastrik ketika berpuasa. Protein yang sangat penting untuk membaik pulih struktur kulit, rambut, kuku, dan boleh mengurangkan kolesterol.
  • Cinch Shake membantu kita untuk kenyang lebih lama. Cinch Shake ialah protein soya berkualiti tinggi dan juga Non GMO. Cinch Shake ini juga membekalkan tenaga yang berpanjangan jadi kita tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian. Ianya juga membantu meningkatkan metabolisme badan. Serta membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat.
  • Performance Drink lime minuman isotonic semula jadi rendah sodium dan gula. Produk yang sesuai diambik semasa berpuasa kerana ia mengelakkan badan daripada dehidrasi dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dengan perisa lime yang sedap. Performance drink lime membantu kita hilangkan dahaga dan menyegarkan tubuh badan.

Amalkan Set Berpuasa Shaklee Selama Bulan Ramadhan

Anda boleh hidangkan Esp atau Cinch Shake pada saat bersahur dan hidangkan Performace Drink pada masa berbuka. kita boleh pelbagaikan menu hidangan Set Berpuasa Shaklee seperti menu hidangan di bawah ini. Sudah tentu ianya akan lebih menarik perhatian untuk seisi keluarga kerana banyak menu yang boleh anda buat dengan pelbagai macam resepi. Anda patut cuba kerana rasanya sangat lazat.

Cinch Shake Recipe, kita boleh gunakan 2 scoop Cinch Shake perisa Vanilla, 1 cawan santan kelapa/susu dan 1 cawan mangga serta sedikit ais batu. Masukan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. Anda boleh tambahkan 1 sudu besar Yogurt untuk rasa yang lebih creamy.

Cinch shake vanilla

 

Recipe selanjutnya iaitu Performance Drink Lemon Laici Ice Blended. Bahan-bahannya sangat senang di dapatkan. Ada 3 scoop Performance Drink Lime, 2-3 helai daun pudina, 1 cawan air biasa dan 3-5 buah laici serta 1 cawan ais batu. Masukan semua bahan ke dalam jug minuman dan sedia untuk dihidangkan.

Performance Drink Lime

Selanjutnya ada aneka resepi Esp. Anda sediakan buah-buahan seperti mangga, kiwi, strawberry mahupun pisang. Boleh tambahkan susu segar untuk di blend bersama dengan sedikit ais batu. Sangat senang sekali penyediaannya kan? sudah tentu rasanya lazat dan menyegarkan.

Esp

Sekali lagi kaknil mengajak anda semua untuk dapatkan set berpuasa shaklee ini untuk anda sekeluarga. Mudah-mudahan dengan mengambil set berpuasa Shaklee ini, kita dapat lebih fokus menunaikan ibadah dan sentiasa sihat bertenaga sepanjang bulan Ramadhan. Semoga puasa kita lebih bermakna, ceria dan dapat redho Allah Swt. Kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada anda semua. Semoga anda dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan diterima semua amal ibadah oleh Allah Swt. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini  kita dapat lebih meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah Swt. Akhir kata jangan lupa untuk siapkan Set Berpuasa Shaklee anda dan keluarga ya.

#shakleethrive2023  #shakleetriumph2023  #blogmegashaklee

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Leave a Reply