Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan yang sihat dan bantu kita lebih bertenaga dan ceria sepanjang berpuasa. Menyediakan menu sihat sahur akan berdampak baik untuk tubuh badan kita. Dan pastinya kita dapat membuat menu yang ringkas dan lazat untuk seisi keluarga dengan masa yang tepat.
Kita kena pandai memilih menu sahur yang penuh dengan nutrisi dan sihat untuk tubuh badan. Pilih lah menu yang sesuai agar tubuh badan tetap menjalankan kegiatan nya seperti biasa. Yang paling penting jangan terlalu banyak mengambil karbohidrat agar kita tidak lemah, sakit kepala, senang rasa lapar, pening mahupun kadar gula naik mendadak. Usahakan untuk memilih menu sahur yang membantu kita lebih bertenaga, ceria dan bersemangat dalam menjalankan segala amalan ibadah mahupun aktifiti harian selama berpuasa. Mungkin diantara sahabat ada yang masih belum dapatkan idea untuk menu sihat sahur setiap harinya, jom kita ketahui sedikit sebanyak menu sihat kaknil selama bersahur sepanjang minggu ini, mungkin anda boleh dapat sedikit sebanyak idea untuk menu sahur sihat anda di hari mendatang.
Seperti KakNil dalam bulan puasa biasanya nak kan menu sahur yang ringkas dan cepat disediakan. Terlalu sibuk dengan urusan di siang hari dan berterawih di malam hari menjadikan kami harus memilih menu sahur yang ringkas tapi sihat. Kadang sukar juga untuk membuat pilihan, tapi lama kelamaan Kaknil terbiasa merancangnya. Sememangnya kita perlu bijak memilih idea menu sahur sihat setiap hari, tapi jangan lupa juga untuk mengambil makanan tambahan setiap hari untuk bantu kita lebih ceria, bertenaga dan tetap semangat berpuasa di siang hari. Kaknil sekeluarga mengambil Set Puasa Shaklee untuk bantu kekal sihat dan ceria sepanjang Ramadhan. Berpuasa sememangnya akan jadikan kita mudah letih, lelah dan kurang semangat. Dengan pemilihan menu sihat sahur yang tepat dan pengambilan set puasa yang betul akan dapat membantu kita lebih cergas dalam berpuasa.
Diantara Menu Sihat Sahur Yang Biasa Kaknil Ambil Agar Sentiasa Bertenaga Sepanjang Berpuasa Ialah:
- Ikan
Ikan adalah sumber protein yang senang didapat dan mudah dimasak dengan pelbagai olahan masakan. Kita boleh masak ikan ni dengan cara membakar, mengukus ataupun digoreng sahaja sesuai dengan selera kita. Selain mengandungi protein, ikan juga mengandungi asam lemak Omega 3. Kandungan ini membantu menyihatkan jantung dan menurunkan tekanan darah. Menu ini merupakan makanan kaya protein yang rendah lemak yang patut kita ambik semasa bersahur. Anda boleh cuba menu Ikan Siakap Steam ini, menyediaannya sangat mudah, kukus sahaja dalam beberapa minit dan boleh dihidangkan segera. Anda boleh sediakan bahan-bahan yang diperlukan pada malam harinya dan hanya mengukus pada awal pagi sahur.

2. Isi Ayam tanpa kulit
Daging ayam adalah salah satu makanan yang boleh kita jadikan menu sahur sihat yang tinggi kadar protein dan rendah lemak jika dikonsumsi tanpa kulitnya. Kita boleh buat menu ayam bakar, tumis ataupun dikukus. Anda boleh sesuaikan dengan selera masing-masing. Selalunya memang ayam adalah pilihan terbaik seisi keluarga Kaknil untuk dijadikan menu sahur.

3. Sayuran
Sayur sememangnya tak pernah tak ada dalam meja makan kami. Setiap hari menu sihat sahur kami memang wajib ada sayur. Selain mudah didapati, sayuran juga amat mudah disediakan. Contohnya sahaja timun, tomato dan daun salad. Kita boleh potong dan amalkan begitu sahaja. Kalau nak lebih cantik dan kreatif kita boleh olah menjadi salad. Sangat senang bukan? Sihat dan juga mudah disediakan dan kaya dengan Vitamin.

4.Kurma
Seperti yang kita ketahui, kurma adalah salah satu makanan sunah Nabi yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Kurma boleh dimakan terus mahupun boleh diolah menjadi minuman. Selain boleh diambik untuk bersahur, kurma juga boleh untuk hidangan berbuka puasa. Contoh minuman yang kaknil biasa buat dengan kurma iaitu campuran Energizing Soy Protin (Esp) dan Kurma. Cukup blend 3 biji kurma dan 3 sudu Esp dengan 400ml air dah boleh membuatkan kita lebih bertenaga sepanjang berpuasa.

5. Buah-buahan
Kaknil suka sangat dengan pisang. Anda juga boleh menjadikan pisang salah satu idea menu sahur sihat. Makan begitu sahaja ataupun dijadikan smoothies yang ringkas dengan cara penyediaan yang mudah dan cepat. Pisang boleh bantu kita untuk rasa lebih kenyang lebih lama.

6. Oatmeal
Biasanya oatmeal ni kita jadikannya menu sarapan di setiap pagi. Kita pun boleh jadikannya idea menu sihat sahur yang cukup sederhana dan ringkas penyediaannya. Cukup tambahkan susu dan juga kekacang bila perlu untuk menambahkan lagi nutrisi didalamnya. Sangat cepat dan mudah disediakan dengan penuh khasiat.

Banyak lagi sebenarnya menu sihat sahur yang boleh kita jadikan rujukan untuk idea sahur kita. Namun kita harus melihat dan memilih menu yang sesuai agar kita tidak mendapatkan masalah kesihatan sepanjang berpuasa. Hindari makanan yang tinggi gula, tinggi kolesterol. Elak juga daripada mengambil makanan yang digoreng, minuman teh dan kopi. Juga perlu dielakkan makanan yang tinggi bahan perisa, bahan pengawet dan juga tinggi garam.
Jom lah kita berpuasa dengan cara sihat dengan pemilihan menu sahur sihat dan berbuka yang tepat agar puasa kita lebih lancar dan bersemangat. Bulan puasa adalah bulan yang tepat untuk kita berlumba-lumba meraih pahala dan amalan yang baik untuk bekal kita di akhirat kelak. Jadi jom kita amalkan hidup sihat dan sentiasa memilih makanan yang sihat agar kita lebih cergas dalam bulan puasa agar dapat lakukan semua amalan di bulan puasa. In Sha Allah. Aamiin.
#shakleethriump2023 #shakleethrive2023 #blogmegashaklee
Cinch chocolate tu sedapnya! Dahla kenyang lama saya ibu menyusu ambil Shaklee waktu berpuasa memang membantu sangat. Susu meriah, bertenaga dan kenyanggg lama!
oat + pisang + kurma , sedappp
thank you for sharing
Menarik kak nil! Excited nak cuba ni.