Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu

Memang tak dinafikan ramai yang amalkan Intermittent Fasting sejak kebelakangan ini. Tak kira dari kalangan tua, muda , lelaki mahupun perempuan amalkan kaedah ini. Macam benda viral yang sekejap melejit dan orang lain pun turut sama jalankan kaedah ini. Tak dinafikan banyak manfaat serta kebaikan menjalankan kaedah Intermittent Fasting ini. Akan tetapi bukan semua orang sesuai untuk mengamalkannya. Contohnya ibu mengandung, orang sakit dan juga mereka yang ada gangguan pemakanan.

Sebenarnya kaedah Intermittent Fasting ni sama macam kita berpuasa setiap Bulan Ramadhan. Hanya bezanya waktunya mungkin lebih panjang dan anda dibenarkan untuk meminum air. Tanpa disedari sebenarnya ada keburukan kaedah Intermittent Fasting ni yang mungkin kita tak sedar. Diantaranya kita boleh lihat disini.

Keburukan Intermittent Fasting

  • Bagi mereka yang baru sahaja amalkan Intermittent Fasting ni, mungkin mereka akan mengalami masalah kadar gula dalam darah menurun. Hal ini menyebabkan seseorang yang amalkannya akan merasa pening, mual, sakit kepala dan juga denyutan jantung meningkat.
  • Kaedah Intermittent Fasting ni juga menurunkan kadar ghrelin dalam badan. Ghrelin adalah hormon yang merangsang rasa lapar.
  • Tahap kolagen di dalam badan akan berkurangan sebanyak 90%. mereka yang amalkan kaedah Intermittent Fasting ini akan alami masalah kulit seperti penuaan dini, keanjalan kulit yang merosot dan menjadi kering keriput. ini semua disebabkan kerana kekurangan kolagen didalam badan. alih-alih nak cantik tapi menjadi tua keriput pulak kan? Tak hairan mereka yang amalkan diet Intermittent Fasting nampak lebih berusia.
  • Tahap kolesterol meningkat. Jika anda melakukan kaedah Intermittent Fasting dengan kaedah yang salah, maka anda akan alami masalah kolesterol meningkat kerana diet yang tak betul. Jadi jangan sampai anda silap dan menjadikan anda tak sihat.

Autophagy dan Sihat

Nak tahu rahasia sihat? gunakanlah authophagy. Apa itu Autophagy? Autophagy antara manfaat terbesar apabila kita berpuasa atau semasa kita membuat Intermittent Fasting. Autophagy adalah cara-cara sel membersihkan, meriset, dan membaikpulih dirinya yang rusak dan menjana kembali dirinya menjadi sel-sel yang lebih sihat. Autophagy ini adalah membantu kita untuk lebih sihat secara keseluruhan. Autophagy akan bermula selepas Intermittent fasting selama 20 jam dan mencapai kemuncaknya selama 72 jam. Dan ini dilakukan tanpa makan dan hanya minum sahaja. Kita dapat mencapai autophagy hanya dengan berpuasa tanpa makan dan minum. Cara berpuasa ini lebih baik 3 kali ganda jika dibandingakan dengan melakukan kaedah Intermittent Fasting. Kerana kita ada jeda maka sahur dan juga berbuka yang membantu kita tetap ada asupan cecair dalam badan.

Kalau diikutkan sudah fitrah manusia nak lebih cantik, lebih sihat dan sebagainya. Tapi kita kena juga melihat daripada kemampuan diri dan juga tahap kesihatan kita. Tak salah kita nak buat Intermittent Fasting asalkan kena dengan caranya. Kita amalkan saja cara Nabi Muhammad yang amalkan puasa di bulan Ramadhan. Tiada masa yang panjang dan ada masa untuk kita mengambil makanan iaitu bersahur dan berbuka. Cara berpuasa ini lebih efektif untuk kita amalkan. Tak perlu kita berpuasa sampai 3 hari hanya untuk dapatkan berat badan ideal tapi ianya mungkin tak sesuai untuk kesihatan kita. Kerana kita perlukan sekurang-kurangnya 100 gram karbohidrat setiap hari untuk otak berfungsi dengan baik.

Manfaat Autophagy

  • Autophagy menghalang kanser. Autophagy memainkan peranan penting dalam mencegah permulaan dan pertumbuhan awal sel kanser yang diketahui dapat menekan beberapa proses yang membawa kepada kanser, seperti kerosakan DNA, keradangan kronik dan ketidakstabilan genom.
  • Autophagy meningkatkan prestasi otot. Semasa bersenam, anda memberi tekanan pada sel. Apabila ini berlaku, penggunaan tenaga meningkat dan komponen sel keluar pada kadar yang lebih cepat. Autophagy pastikan untuk mengimbangi penggunaan tenaga dalam sel.
  • Autophagy menghalang penyakit neurodegenerative. Merangsang autophagy boleh membantu melindungi otak anda dengan membuang protein tersalah lipat di dalam neuron dengan betul yang menyebabkan kematian sel dalam otak anda dan kehilangan keupayaan mental.
  • Autophagy mengawal keradangan. Autophagy boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan anda. Ia juga menyingkirkan sebarang molekul tindak balas pro-imun dari badan untuk menurunkan tahap keradangan
  • Autophagy mengurangkan kesan penuaan. Autophagy bersama-sama dengan Intermittent Fasting meningkatkan pengeluaran hormon pertumbuhan manusia (HGH). HGH sebahagian besarnya dikaitkan dengan peningkatan pertumbuhan otot yang sihat tetapi juga memberikan anti penuaan yang kuat
  • Meningkatkan tenaga selular. Mitokondria menjalani proses autophagy yang dipanggil “mitophagy” yang menyokong pembangunan mitokondria baru dan lebih kuat yang boleh menghasilkan lebih banyak tenaga selular

Untuk mendorong autophagy ini dapat dilakukan dengan baik, kita haruslah berpuasa dengan baik, mempunyai masa tidur yang cukup, mengambil supplemets terbaik dan juga membuat senaman.

Supplements Teratas Yang mengaktifkan Autophagy

Ada beberapa supplements terbaik yang dapat membantu kita untuk aktifkan autophagy ialah Resveratrol, Astaxanthin, Berberine, Citrus Bergamot, dan Turmeric. Didalam Shaklee, kita hanya boleh dapatkan Supplements ini dalam Vivix, dan CoQ trol.

Vivix

Resveratrol mendorong autophagy dengan menghalang mTor melalui pelbagai laluan. Seperti menggalakkan perkaitan antara mTor dan DEPTOR, mencetuskan fosforilasi Raptor melalui pengaktifan AMPK dan secara langsung menghalang MTOR, dan sebagai pengaktif SIRT1 untuk aktif dan menghalang MTOR secara langsung. Vivix adalah campuran proprietari saintifik termaju yang berasaskan anggur muscadine yang mengandungi rangkaian lengkap polifenol. Dan mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

CoQ Trol

Coenzim Q10 (COQ10), sebagai antioksidan yang kuat terdapat di mana-mana dalam banyak sel eukariotik, yang boleh meningkatkan integriti membran lisosom, fungsi degradasi lisosom dan menggalakkan autophagy. CoQ Trol Plus membekalkan sebatian semula jadi dan proprirtari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Formulasi berpaten untuk penyerapan CoQ10.

Jangan lupa untuk mengambil bersama Collagen Plus Powder untuk mengatasi masalah kekurangan kolagen dalam badan anda. Collagen Plus Powder ini sangat membantu untuk memenuhi keperluan kolagen dalam badan dan juga mengatasi kulit kering, kendur dan melawan radikal bebas serta menyokong metabolisme tenaga yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.

Jadi jangan terlepas untuk dapatkan Vitamin Shaklee ini yang membantu anda untuk tetap sihat walaupun menjalankan puasa dan dapat mengaktifkan autophagy tanpa harus berpuasa dengan jangka masa yang lebih panjang. Dapatkan info lebih lanjut lagi dari kami disini, dengan menghubungi kami ditalian yang tertera di bawah.

KakNil/ Firdaus +60176281787

Agen Sah Shaklee anda.

#shakleethrive2023   #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 4 Comments

Leave a Reply

%d